Bismillah…
Tengah dok mengelamun tgh malam, memuhasabah diri tntg result exam yg x berapa baik…tiba-tiba…teringat kisah dulu2…
Masa : Sekitar 10 tahun yg lepas.
Lokasi : Sekitar Fasa 2D, Seri Manjung, Perak.
Suatu ketika dahulu, pokok tanduk rusa a.k.a pokok langsuyor menjadi kegilaan bg setiap suri rumah sepenuh masa dan peminat tanaman pokok hiasan. Hal ini demikian kerana, mereka menyatakan bahawa, pokok ini kalau ditanam di dalam pasu, ia nampak cantik dan berseri. Jika dibandingkan dengan keadaan pokok ini yg hidup di atas pokok2 yg besar yg kelihatan x berapa nak cantik. Tapi, disebabkan “cantik”nya pokok nih, rupa2 nya ia juga ada “peminat” lain selain daripada kita sebagai manusia…
Kisah Pertama – Diceritakan sendiri oleh jiran saya kepada mak saya :
Pada suatu malam, anak perempuan kepada jiran kpd jiran sebelah rumah saya telah membuka tingkap biliknya setelah mendengar suara orang sedang bercakap di luar rumahnya. Bila dibuka, dia nampak satu susuk tubuh makhluk yg cukup hitam dan tinggi. Pada mulanya, dia ingat mak dia sedang membuang sampah di luar. Tapi dia perasan satu perkara yg berbeza. Ketinggian mak dia. Mak dia nih pendek je orangnya. Jadi, kompem r anak dia dapat agak yg makhluk kat luar pagar rumah dia tuh, bukan emak dia. Lagi satu yg menjadi perhatian anak jiran saya ialah, makhluk tuh x bergerak pun walaupun ia telah diperhatikan selama 10 minit. Berdiri statik bersebelahan dengan rak bunga yg disayangi oleh mak dia. Dan benda yg buat saya kagum dgn anak jiran saya nih, dia x dak rase takut ke ape bila menghadapi situasi tuh. Dengan selamba badaknya, dia pun terus tidur dengan nyenyaknya. (ok. Yg nih saya tipu.)
Keesokannya, berlakulah perbualan antara anak dan mak.
Anak : mak, mak ada x keluar tengah malam tadi?
Mak : Bila? X de rasenya…kenapa?
Anak : Ohhh…x de ape. Malam tadi, akak ada nampak lembaga hitam berdiri kat luar pagar rumah. Betul2 kat sebelah rak pokok bunga mak. Akak ingat ke mak yg berdiri kat situ. Tapi lembaga tuh tinggi. Akak rasa tuh bukan mak. Mulanya, akak ingat nk tegur mak. Jadi, bila akak rasa tuh bukan mak, akak tak jadi r nak tegur. Akak terus tidur.
Mak : Ishhhh…akak salah tengok kot…x de ape2 r tuh…
nota kaki : jiran saya yg nih adalah yg pertama diganggu oleh langsuir. Tapi, dia x tau g yg makhluk hitam tuh adalah langsuir sbb anak dia hanya nampak lembaga hitam ja.
Kisah kedua – Juga diceritakan oleh jiran saya kepada emak saya :
Tak sampai tiga hari kisah anak jiran saya ternampak lembaga hitam, kini giliran jiran yg betul-betul berada depan rumah saya pulak yg diganggu.
Waktu tuh sekitar tgh malam. Mak cik depan rumah saya tuh baru je beranak walaupun umur dia dekat 40. Dan suami dia lak p outstation. Anak-anak dah tidur di bilik masing2…hanya tinggal dia dan baby baru dia dlm bilik utama. Kedudukan bilik utama berhampiran dengan dengan kawasan halaman rumah. Malam tuh, tengah dia syok tido, tetiba baby dia menangis. Lapar susu kot. Maka, mak cik nih pun bangun r p buat susu kat dapur. Tgh dok mamai buat susu anak dia, tiba-tiba dia terdengar bunyi benda dicakar. Setelah diamati betul2, dia rasa bunyi tuh bunyi meja plastik yang dicakar. Meja tuh diletakkan di halaman rumah dan di atasnya diletakkan tanaman pasu pokok langsuir. Waktu tuh, dia bajet kucing liar yg cakar meja tuh. Dia pun x kisah r. Meja plastik ja pun. X mahal. Lg pun, dia tu kaya. Boleh beli 10 meja mcm tuh kalau nak. Bila tgh bg baby dia minum susu, tiba-tiba dia terkejut apabila bunyi cakaran tuh tiba-tiba terhenti. Yg labih sadis, ia bertukar kepada bunyi hilaian tawa langsuir. Waktu ni la baru dia tahu yg dok mencakar meja dia time dia buat susu tadi tuh bukannya kucing. Tapi langsuir. Maka, dia pun dok menangis dalam diam. Berdoa dlm hati agar langsuir tuh x masuk dalam rumah dan mengganggu mereka sekeluarga. Dah r laki dia x dak. Bertambah-tambah r rasa takut dia tuh. X sampai 10 minit, bunyi hilaian tuh dah hilang. Lega.
Keesokannya,bila matahari muncul, mak cik nih cepat2 p buang pokok langsuir tuh. Dia tau, sebab pokok tuh r, langsuir malam tadi p singgah umah dia. Ingat R&R pa….sebenarnya, waktu dia nak beli pokok tuh dulu, laki dia ada pesan, x elok bela pokok tuh kat rumah. Pokok tuh pokok feveret langsuir. Tapi dia degil. Dia kata pokok tu cantik. Nak bela gak. So, terima la padahnya. Bila laki dia pulang dari outstation, dia pun ceritakan r pengalaman ngeri dia tuh. Laki dia kata :
“ tuh la awak. Saya dh pesan jgn bela, awak nak jugak bela pokok tuh. Padan muka. Esok kita beli 10. Letak kat sekeliling rumah. Biar dia datang hari-hari bawak kawan…” (sian mak cik tuh. Kena perli dgn laki sendiri.)
Kisah ketiga - Juga diceritakan oleh jiran saya kepada emak saya :
Dalam tempoh seminggu tuh, kawasan jiran tetangga rumah saya sering diganggu langsuir. Sapa yg ada bela kat rumah, kompem natang tuh akan datang bertenggek kat rumah walaupun sat. Maka, ada lagi r manusia yg x percaya dgn cerita tuh. Degil. Orang lain dok buang dan bakar pokok tuh, dia boleh bawak pokok tuh n letak kat ruang tamu dalam rumah.
Malam tuh, salah seorang anak dia nak terkencing. P la tandas kat dapur. Waktu nak masuk bilik dia balik, dia terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar dinding rumah dia. Maka dia pun bergerak ke ruang tamu untuk melihat ke luar rumah menerusi pintu sliding door. Baru je kaki dia tuh jejak ke ruang tamu, dia pengsan. Demam. Esok nya bila ditanya mak dan ayah dia, dia citer yg malam tuh dia nampak lembaga hitam berkuku panjang sedang mencakar-cakar dinding ruang tamu rumah dia berdekatan dengan pokok langsuir tuh. Nahhhh…langsuir tuh boleh masuk dlm rumah…style tuh…
Sejak kejadian 3 kes pelik nih, maka x dak sapa lg yg berani nak bela pokok tuh sehingga hari ini melainkan jiran yg saya cerita pada kisah pertama tuh. Dia berani r sbb dia tuh ustazah. Anak dara dia tuh pun alim gak. Sbb tuh dia x rasa pa time nampak lembaga hitam tuh dok berdiri kat luar rumah….
TaufiqDesa berkata : Cantik x semestinya baik…
aku sndri prnh di psan oleh seorang renjer jbtan hutan spaya jgn di bli pkok ni.kta ny pkok ni tk elok di ltak di rmah krna dlm htan dia org biasa jmpa bnda ni brada dkt pkok.pkok ni sbnar ny di knali sbgai srang langsuir slain dr tanduk rusa
ReplyDeletehmmm,,,kt aku p0n ko dh cter!
ReplyDeleteanonymous : yupppp...betol tuh...tp kalau sanggup nk ngadap muka benda tuh tiap2 mlm x pa r...he3...
ReplyDeletec.a : tetiba teringat citer nih pas tgk citer terowong mlm jumaat lepas...keh3