Saturday, December 24, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah…

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) 

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

*********************************************************

Hari nih, saya dh pun mencuba bekam! Abeh satu belakang badan dibekam. Dan apa yg menariknya, tukang bekam nih dilakukan sendiri oleh adik saya!!! Haaaaaa…hebat kan???kan??? keh3…

Disebabkan dia pun dh belajar cara nk berbekam, dh beli alat2, dh rawat ramai pelanggan, maka saya pun teringin nk cuba. Ayah dan abang dan ibu saya dh lama suh adik saya nih bekam badan diorg. Dan dh bnyk kali pun. Cuma saya baru kali pertama berbekam. Takut kot tgk adik saya cucuk2 badan orang guna pin khas. Dh mcm kena stapler je gayanya. Tuh yg seram tuh. Walaupun diorg kata x sakit pun waktu kena cucuk tuh. Bila dibayangkan belakang badan mcm kena stapler, terus mati niat nk berbekam. Ayah saya siap berbekam kat kepala! Adik saya siap bekam sendiri kat dahi! Dahsyat wohhh!!!  Cuma semalam ja saya “TERBERANI” cakap nk berbekam dan akhirnya, pagi tadi ia menjadi kenyataan!

Dan berbekam nih tak dak r sakit mana pun. Waktu kena cucuk tuh, mcm kena cucuk dgn mata pensel yg tajam. Kadang2 geli, kadang rasa gak r sakit sikit. Tp x dak r sesakit menerima suntikan ubat drpd doctor. Cuma waktu diurut oleh adik saya tuh, masyaallah…..teramat-amat sakit! Sbb tuh saya agak tak suka berurut.

Dan tadi, saya berkesempatan melihat sendiri darah kotor yg berjaya dikeluarkan sewaktu berbekam. Darahnya kaler merah kehitaman dan lembik-lembik seperti jeli. Bukan darah cair. Banyak gak r. Kata adik saya, tuh r darah kotor dalam badan. Baru r saya tahu cmne rupanya. Agak menarik! Keh3…

Walau apa pun, saya rasa saya akan berbekam lagi laen kali sbb ia free!!! Hehehehe…dan kpd sesiapa yg nak cuba berbekam, mai r rumah saya utk berbekam dgn adik saya. Utk orang luar, satu cawan bekam, hanya lima hengget! Murah tuh…kalo kat kedai bekam kat luar, normally harganya, satu cawan 10 hengget! Mahal giler…so, adik saya buat lg murah kan??? (jd duta bekam lak kali nih) ~__~”

Cuma yg x bestnya dlm proses berbekam nih ialah pantang larangnya. Hurmmm, adik saya pesan, lepas bekam, kena tunggu dlm sejam baru leh mandi. Pastuh, lepas 2 jam berbekam baru leh makan. Tapi digalakkan banyak minum air suam atau air kosong. Dan yg paling tak best, tak dibenarkan utk tidur sepanjang siang hari selepas proses berbekam (kalo berbekam waktu pagi r)...tujuannya supaya badan kita mendapat kesan berbekam yg maksimum. Haiyoohhh...arinih, saya x berpeluang tido petang....tuh yg gelong sikit kepala malam nih...

TaufiqDesa berkata : menunggu ketibaan orang Johor malam nih…  

1 comment:

  1. hahak. hbs da x cun bdn ko.kihkih.
    btw, kt mktb pun ade gak jurubekam. 5 rggt gak =p

    ReplyDelete