Thursday, December 22, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah...

Penah tak korang janji untuk jumpa dengan kawan korang, pastu kawan korang tu datang lambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (nama lain bagi alasan), then bila dia sampai-sampai je dia tak cakap pon sorry atau ape2 ayat yang membawa maksud yang sama. Penah tak? Penah tak? Ke korang adalah kawan yang dimaksudkan? Terasa? Takpe. It's never too late until it's too late. Tak paham? Saya pon... =.='

Sbnarnye kan, saya ni takde la pandai nak meletak sesuka suki ape2 hadis atau pon dalil untuk menerangkan tentang sesuatu. Tapi, saya amat yakin walaupun bende alah ni nampak kecik, tapi sbnarnye sume bende yang berlaku kat dunia ni, Allah dah pon ceritakan dalam Al-Quran. Jadi, sebagai manusia yang telah pon dikurniakan akal dan fikiran, tak salah rasenye untuk kita berfikir. Untuk apa Allah bagi akal kalau setakat hidup ni nak ikut nafsu semata kan?

Saya paham, manusia ni memang ada egonya yang tersendiri. Manusia mana yang takde ego kan? Manusia mana yang takde perasaan kan? Kalau orang cakap kau bodoh mcm lembu, takdak akai, akai letak kat lutut, sape pon akan panas punggung kan. Kepala dia kate aku takdak akai, letak kat lutut kejadah, dah tu yang memberat kat tengkorak aku ni pekebendenye. Kan kan kan? Kita cepat panas hati kalau orang keji kita macam-macam, tapi kita sendiri yang membuatkan orang tu keji kita dalam keadaan yang tidak kita sedari. T________T...faham x nih???

Jadi, dalam hidup yang sangat dahsyat pancarobanya, ada beberapa perkara yang walaupon nampak kecik, tapi kita takleh pandang lekeh. Antaranya adalah some magical words atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ramai adalah perkataan keramat. Perkataan ni, bukanlah bila kau sebut kau akan sampai kat Taman Keramat, K.L tuh. Tidaklah perkara tersebut akan berlaku ya kawan-kawan. Tapi, perkataan ni kalau kena cara, memang dapat menenangkan hati yang sedang panas, meredakan perasaan yang sedang membuak, menggagalkan proses "pencarutan" dan banyak lagi. Haa, nampak tak kesan perkataan keramat ni???

Dok bebel pasal perkataan keramat lah ape lah, ape ke bende perkataan keramat tu pon hang tak habaq mai lagi. Errr okay okay. Nak habaq la ni. 

Antara perkataan keramat tersebut adalah, “SORRY (ittew mintak maap yewww), THANKS (ime aceh udi olong ittew) & PLEASE (tolong amek kan ittew beg tu, pwishhhh).” 

Erk. Macam harem pon ada jugak dok tules menggedik cenggitu. Mmg cari pelempang kalo ade yg berani tulih cmnih!

Justeru, adalah molek kiranya kita dapat mempraktikkan these magical words in our lives. Seriously it won't harm anybody, especially ourselves. Salah ke kalau cakap terima kasih kat waiter yang tolong bawak makanan dan minuman kita? Salah ke cakap sorry bila terlanggar bahu orang masa berjalan kat shopping mall atau pasar malam? Salah ke cakap please bila mintak tolong seseorang to do us favors? Salah ke? Salah atau tak, anda sendiri jawab.


 TaufiqDesa berkata : jom tido awal!!!

No comments:

Post a Comment