Dengan nama Allah…
Ada sorang junior nih tanya
kpd saya mcm mana nak guna game dlm cerita runningman a.k.a RM (bkn Ringgit
Malaysia k) dlm p&p kat sekolah???
Ok. Mcm mane nak start yerppp.
Hurmmmm, kpd peminat tegar cerita RM kompem kalian sedar ada bnyk game yg
seronok yg telah direka oleh produksi2 game show tuh… sampaikan korang sendiri
ade rasa teringin nk join RM sbb nk join game dia…kan??? Kan??? Haaaa…jadik,
disebabkan adalah SANGAT MUSTAHIL utk rakyat marhaen mcm kita nih utk masuk dlm
game show tuh. Maka, adalah lebih baik kalo kita sendiri yg buat game tuh. Bukan
susah pun nk buat.
Pada entri sebelum nih,
saya ade tulih pasai amali microteaching utk subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP)
dan dlm amali tuh saya telah mengadaptasi satu permainan dlm RM utk dijadikan
aktiviti permainan kecil dlm kelas. Permainan tuh hanya melibatkan aktiviti
melukis sahaja.
Kalo nk buat dlm p&p, para guru boleh r buat cmnih :
· Bahagikan murid2 kepada dua kumpulan besar. Tiga pun x pa..ikut suka
cikgu dan masa yg ada.
· Kemudian, minta setiap kumpulan pilih 5 – 6 orang utk masuk dlm game nih.
· Pasukan pertama akan mulakan dulu dan pasukan kedua dok tgk je r dulu. X leh
start serentak.
· Cikgu kena pastikan yg peserta tuh (5-6 orang) membentuk satu barisan
lurus. (Mcm nak pergi berkawad.) Setiap orang amik jarak yg sesuai. Dan pastikan
tiada yg saling menghadap antara satu sama lain.
· Cikgu akan bekalkan kepada setiap peserta sehelai kertas A4 dan magic pen
atau marker pen(kalo cikgu tuh kaye). Peserta
pulak kena bawak sebuah buku teks yg tebal utk dijadikan lapik utk melukis.
Kena ingat, aktiviti melukis nih kena buat dlm keadaan berdiri shj dan x dak
guna meja.
· Apabila semua dh sedia, cikgu akan pilih seorang murid dari pasukan lawan
utk menjaga masa. Bg r henpon kat budak tuh kalo x dak jam digital. Masa yg
diperuntukkan utk setiap peserta utk melukis adalah 15 saat. Nk bg 20 saat pun
x pa. Cuma jgn terlampau lama mcm 30 saat sbb takut x sempat nk ajar benda
lain. Maksudnya 15 saat x 5 peserta = 75 saat / 1 minit 15 saat.
· Peserta pertama akan dipanggil oleh cikgu untuk toleh ke belakang. Cikgu akan
tunjukkan perkataan yg ditulis atas kertas lain seperti nama haiwan, objek,
buah-buahan dan sebagainya (yg mudah utk dilukis oleh murid) kpd peserta yg
pertama sahaja.
· Peserta pertama akan lukis gambar perkataan yg ditunjukkan kepadanya dlm
masa 15 saat shj. Setelah penjaga masa membunyikan loceng, maka peserta pertama
tuh perlu berhenti melukis. Siap atau x siap, perlu berhenti gak. Kemudian,
peserta pertama akan memanggil nama peserta kedua yg berada di hadapannya utk
pusing ke belakang (menghadap dia r).
· Peserta pertama akan tunjukkan gambar yg telah dan sempat dilukis kepada
peserta kedua. Peserta kedua akan cuba meneka apa yg dilukis oleh peserta
pertama dan akan melukis kembali apa yg telah dilukis di atas kertasnya dlm
tempoh 15 saat. Perlu diingat, tiada komunikasi lisan atau pergerakan yg dibenarkan
sewaktu aktiviti ini berlangsung. Peserta x boleh menulis jawapan atau nama
gambar tersebut. Hanya gambar sahaja yg dibenarkan utk dilukis.
· Aktiviti ini akan berlangsung sehingga kepada peserta keempat. Peserta yg
terakhir iaitu peserta kelima tak perlu melukis. Sebaliknya, sebaik sahaja
melihat gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat, dia diberikan masa selama
15 saat utk meneka gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat tadi. Dia perlu
menyebut nama gambar tersebut. Kalau betul apa yg dilukis oleh peserta pertama
sehingga keempat, maka potensi utk peserta kelima utk meneka gambar tersebut
dgn tepat adalah tinggi. Kadang kala, kalau gambar yg dilukis tuh dh betul,tapi
peserta kelima tuh kadang2 pikir laen atau tak dapat tangkap apa yg dilukis,
maka akan salah gak tekaannya tuh. Atau pun, peserta pertama dh lukis dgn baik,
tapi sampai kat peserta kedua atau ketiga atau keempat, dh jadi lukisan laen. Menyebabkan
tekaan peserta kelima jadik salah. Maknanya, kesemua peserta memainkan peranan
dlm menentukan kejayaan pasukan mereka. Yg bestnya dlm game nih, kita dpt tgk
kreativiti murid2 kita melukis gambar dlm masa yg singkat. Mcm2 rupa yg ada. Kompem
gelak tak hengat dunia… keh3…
· Dan perlu diingat, sewaktu game nih berjalan, ahli pasukan yang
bertanding yang x masuk melukis, x boleh memberikan sebarang klu atau jawapan
kpd kawan mereka. Kalau bg tau jugak, pasukan mereka akan dikira kalah walau
pun x abes lagi aktivti melukis tuh. Tapi, ahli pasukan lawan boleh buat bising
bagi tujuan memprovokasi atau mengelirukan peserta lawan mereka. Contohnya,
peserta perlu melukis gambar lembu, tapi pasukan lawan membuat bising dengan
membuat bunyi mengembek bagi membuat pserta keliru sama ada utk melukis gambar
kambing atau lembu sbb gambar lukisan tersebut sudah pasti hampir sama.
· Apabila peserta pasukan pertama dh abes teka, peserta pasukan kedua pulak
akan masuk bertanding. Perkataan yg perlu dilukis perlulah ditukar agar tak
sama dgn pasukan pertama tadi. Langkah permainan juga sama seperti yg dilakukan
oleh pasukan pertama. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan tekaan yg
betul.
· Berdasarkan amali selama 30 minit yg telah saya lakukan, game nih boleh
dibuat sebanyak dua pusingan. Utk pusingan kedua, guru boleh mintak setiap
kumpulan hantar lima lagi wakil yang berlainan drpd wakil yang pertama tadi
bagi memberi peluang kpd semua murid utk terlibat dlm aktiviti p&p.
· Kalo x paham gak mcm mane nak buat, silalah tgk citer RM episode 30 dan
ke atas (x ingat episode yg mana). Yg pastinya,ada dua atau tiga episode dlm
range episode 30 – 40 tuh yg ada main game nih…
· Selamat mencuba! ^___^
TaufiqDesa berkata :
saya suka buah strawberi, perisa strawberi dan yg sama waktu dgnnya… keh3..