Tuesday, September 27, 2011

pagi!!!

Bismillah...

secawan kopi di awal pagi buta sudah cukup utk membuatkan saya tak boleh nk sambung tidur. guling2 berkali-kali atas katil masih tak boleh nak tidor. mata yg dipejam sekadar pejam. kemudian, celik. akhirnya, terus bangun utk solat subuh dan bersiap utk ke kelas. dan. sekarang, sudah online di pagi hari. 
minggu nih bermula dgn baik. (saya rasa dan harap). berjaya dtg awal ke kelas. berjaya menyiapkan kerja sebelum due date. alhamdulillah. laporan pbs hampir siap sepenuhnya. esaimen pentaksiran dan penilaian....hurmmmm,,,yg nih tak gerak ape2 lg...

perancangan aktiviti minggu nih barangkali agak padat. aktiviti hujung minggu dah dirancang. namun, biarlah Allah yg menentukan. utk debat IPG yg bakal berlangsung hujung minggu depan, persediaan masih lg di peringkat awal. tak nampak tanda2 presssure, takut, gemuruh dlm diri junior2 yg laen. ujian akhir kursus bakal menjelang. exam final mcm lambat lagi. 

dan kini, demam drama korea melanda kembali. bila dh dpt cerita best, semua kerja jd slow. (bukan x gerak langsung!). mula2 mcm x best. dah masuk next episode, dah kena sampuk. haishhhhhh!

taufiqdesa berkata : sahabat, saya mendoakan yg terbaik untuk anda...=D

Sunday, September 25, 2011

Uhibbuka Fillah...

Bismillah...

Alhamdulillah. Siap gak blog untuk tugasan pj. Tadi, sempat membaca sebuah cerpen yg agak bagus isinya. Daripada sebuah laman web islamik. Oleh itu, saya nak share cerpen nih dgn rumate saya yang tersayang. Semoga ang dapat baca dan fahami mesej yg dibawakan dlm cerpen nih...

"Uhibbuka Fillah..."


taufiqdesa berkata : "kita x selalunya senang. adakala kita akan susah. aku pesan kat ko, berdoa la dr skrg supaya kawan2 ko yg laen ade time ko susah nanti. so, aku harap ko x rase mcm mana aku rase skrg..."
- kredit to sahabat saya. terima kasih kerana sering mengingatkan.

jalan2 cari makan...

Bismillah...

Sabtu, 24/9/2011

7.00 - 9.00 pagi 
mendaki puncak bukit cenderawasih...haaaaaaaaaaaaaa....yg nih style. walaupun x de r setinggi gunung kinabalu apetah lg kalau nk dibandingkan dgn gunung everest, tp boleh r dikatakan mencabar bg insan2 yg X AKTIF seperti saya dan KAWAN-KAWAN. ok. dua orang kawan ja yg ikut saya p daki bukit tuh. (salah statement. saya yg ikut diorg.) pecah peluh gak r pagi2 tuh. mujur x mandi lg. x de r kisah sgt kalau berpeluh bagai pelari pecut 100 meter mcm usain bolt. kah3... jalan nk ke puncak bukit tuh agak curam. bukan agak dh. memang curam. kalau jatuh berguling-guling dari atas tuh, sah-sah tempah kubur dgn batu nisan. dan apa yg telah saya kenal pasti, tempat nih bkn sahaja sesuai utk buat maksiat (kat puncak dan otw nk ke puncak, ada pondok rehat..mcm kat R&R), tp juga amat sesuai utk dijadikan tmpt bg siapa2 yg putus cinta, hutang dgn bank atau ah long yg dah belambak dan juga yg x tahan dgn tekanan hidop utk p bunuh diri. naik ke kawasan yg tinggi sikit, dh boleh terjun. kompem p neraka pastuh. nih bkn nk promote utk p bunuh diri kat sana, tp just nak menggambarkan bahawa betapa bahaya nya jalan nak ke puncak tuh. oleh itu, sila berhati-hati kalau naik ke bukit tuh. disebabkan kami bertiga nih x de r aktif bersukan sangat, maka masa yg diambil utk daki bukit tuh ade r dekat 30 minit. (rehat sewaktu nak naik tangga tuh aja dh dekat 15 minit). kalau dh fit nanti agaknya takat 10 minit ja kot...hahahahahahaa...dan lg satu benda yg best, kat situ kita dpt tgk kawasan satu perlis dari atas pucak. boleh nampak laut kat kuala perlis. boleh nampak kawasan maktab. perghhhh. style! kat situ gak ada disediakn taman permainan bg kanak-kanak. jadi, siapa rase umur nya masih lg x mencapai tahap remaja atau dewasa, boleh r p maen kat taman tuh. agak seronok sbb dah lama x main. 

1.00 - 3.00 petang
dah siap kemas bilik, mandi, online, tgk drama korea dan tidur, kami bertiga + tiga orang lagi kawan p r ke rumah seorang lagi kawan nih. (mesti pening nak fahamkan ayat ni kan). family dia buat kenduri akikah. ingat ke buat open house. tengok-tengok, tuh diaaaa...siap pasang khemah. mcm kenduri kawen dah! makan sampai kenyang, sembang dalam rumah, tgk tv....waaaaaaa...dh mcm rumah sendiri. kah3....bila rase dah ngantok, baru r sedar diri nak p balik ke maktab. 

9.00 - 11 malam
event malam nih x dirancang. tgh dok mengelamun atas katil, dpat satu call dr kawan. ajak makan kat luar dgn kawan2 yg lain. ok. sbb dah lapar (makanan yg dimakan ptg tadi, dah dihadam), maka join r sekali. agak malang sbb makanan yg diorder hanya indah harga drpd rupa. order mee hailam ja pun. tp harga lima hengget. bajet masak dlm claypot ke, banyak ke apa ke....tgk2 hidang dalam pinggan biasa ja. dah r tuh, punye r sikit. nih standard celah gigi ja...mmg x berbaloi. huhhhh...patutnya, makan tuh sejam ja. tp sembang punya pasal, lajak r lg sejam. mmg namanya Melayu....(mujur saya ada darah kacukan jawa)

tgh malam
tayangan lewat malam. tgk citer hindustan. khabi khusi khabi gham. yg nih tgk sikit2 ja dulu. sbb cerita nya 3 jam lebih, maka terpaksa dibahgikan jadual tontonan kepada sejam setiap hari. mau x tidor malam kalau tgk sampai habis. ceritanya mmg best! feeling der tengok sorang2. (rumate saya x de). nak nanges ke, nak guling2 ke, nak teriak ke, sume boleh sebab x de siape2 melainkan anda dgn Allah sahaja di dalam bilik. (ada lg makhluk2 laen). bila dah rase cukup masa, maka saya pun tidur sbb ada event laen pada hari esok.

25/9/2011
11 pagi - 3 petang
makan-makan di rumah kawan. buat bbq di tengah hari. kawasan halaman rumah kampung mmg kondusif utk buat aktivti2 mcm nih. best! sembang2 kat halaman sambil makan, mmg syok. berbaloi walaupun penat merempit atas jalan hampir sejam. 

3 - 5 petang
jalan2 sekitar perlis. melawat ke tasik timah tasoh. sebenarnya nak ceri teduh sbb hujan. tp dah alang-alang berada kat sana, kami semua jalan2 dan amik gambar sbg kenangan masa depan. bak kata kawan saya, "kalau bukan sekarang bila lagi..." ade betulnya kata dia. waktu lapang mcm nih r yg sesuai utk beriadah bersama kawan2. masa depan kita x tau lg apa yg telah ditentukan Tuhan. ajal dan takdir kita semua berbeza. jadi, masa dan peluang yg ada dimanfaatkan sebaik mungkin. tiada niat lain. tempat terakhir yg dituju ialah tasik melati. walaupun dah lama duduk kat bumi Perlis, ini r kali pertama jejak kaki ke situ. tempatnya cantik. dalam kawasan kampung. tp kebersihannya kurang. adat r. orang Malaysia. p r kat mana2 kawasan pelancongan yg free, mmg mcm tuh r keadaannya. nak melawat ke tempat yg bersih, cari r mane2 tempat yg berbayar. insyaallah bersih. Btw, terima kasih kepada kawan2 yg telah belanja saya makan dan minum kat sana. semoga Allah melimpahi anda berdua dgn rezeki halal yg lebih dari hari ini...aminnnnn...=D

taufiqdesa berkata : rumate saya p kursus kat pulau pun nak bawak bantal busuk. x adventure langsung.
                                 

Saturday, September 17, 2011

hari ini dalam sejarah...

Bismillah.

16/9/2011

kalau diikutkan pada kalender, hari nih cuti sbb hari penubuhan malaysia. so, maktab pun cuti  r gak. oleh itu, hari ini, saya ambil keputusan utk kemas bilik. maksud saya kemas yang kemas. sbb esaimen tinggal lg satu ja yg perlu disettlekan, maka ia bkn lah masalah yg besar. jd, saya isytiharkan hari nih sbg hari utk membersihkan bilik. bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga ke pukul 1.15 ptg. (mujur sempat solat jumaat)
bermula dgn aktiviti mengemas almari pakaian, kemas meja ROOMATE, buang sawang, jemur carpet, sapu bilik, kemas2 barang ROOMATE sehinggalah ke aktiviti membasuh baju bersama uncle TOSHIBA. nak harapkan roomate sendiri yang buat semua nih, jgn mimpi r...
akhirnya, saya puas hati dgn keadaan dlm bilik nih. lebih bersih dan selesa utk tidur bila free. hahahaha...disebabkan ini kali pertama saya membersihkan bilik sedemikian rupa, maka saya anggap ia sbg hari yg bersejarah!

TaufiqDesa berkata : untung r sape yg jd bini aku...hahahaha...=D

kenangan...

Bismillah.



School Based Experience (SBE) 2011.

SBE kali nih mmg syok drpd sem lepas. sampaikan saya sendiri rase nak nanges bila tiba hari last day. lg2 bila nak ucap terima kasih dan minta maaf kat cikgu2 yg pernah mengajar saya dulu. satu perasaan yg x pernah saya rase waktu first time buat SBE dulu. mungkin sbb dulu saya buat kat sekolah yg saya sendiri x nak berapa kenal cikgu2 dan murid2 nya.(walaupun ade beberapa cikgu yg kenal saya sbb ibu saya). dan perasaannya mmg berbeza waktu buat dkt sekolah sendiri. 
first day masuk sekolah tuh, rase mcm nak tercabut jantung nih. nk jejak kaki naik tangga ke pejabat pun dh rase seram sejuk. takut nk jumpe cikgu2 yg masih ada kat sekolah tuh. sbb perasaan takut tuh jugak r yg menyebabkan saya x boleh tido malam tuh. dan dsbbkan itu, saya bangun awal pada pagi isnin tuh utk get ready ke sekolah sbb x boleh nak tido dah!!! perghhhhh...naseb bermula dgn agak baik apabila turun drpd motor, terjumpa seorang cikgu yg pernah mengajar saya (dulu) dan dia melintas tepi saya. dia x kenal saya. alhamdulillah! satu kelegaan. Buktinya, disebabkan saya nih bertamadun, saya pun bersalam r dgn dia. Dan dia x kata apa-apa pun. Hanya senyuman yg terukir di bibir beliau berserta jawapan salam. Nampak sgt dah "lost memory".hehehehe...naik ke pejabat, jumpe p.k, jmpe g.b....semua muka baru. sampai r jumpe dgn mentor sendiri, barulah diri ini dikenali.

Selesai esmbly pagi tuh, saya bergerak ke bilik guru dgn mentor...konon-konon nak tgk tempat menginap. best woh! ade pendingin hawa yg berfungsi dgn baik, meja guru yg x bnyk sbb cikgunye pun x ramai dan yg paling penting, first day tuh dh ade jamuan cikgu2 dlm bilik guru. Malangnya, tempat duduk saya adalah di tgh2 bilik guru, bersebelahan dgn meja jamuan. dh mcm jd haiwan dlm zoo. jd perhatian semua. hailaaaaa...segan! 

Setelah 8 tahun x pernah jejak, akhirnya dapat gak jejak kembali ke situ...sbg bakal guru....haaaaaaaaa...dan utk latihan sebelum bergelar guru yang sah, saya telah "dilatih" pagi2 utk buat dosa kering...mengumpat dgn cikgu2 kat situ....hahahaha...mmg best! (I love dat) sembang2 kosong...saja...buang masa....kah3....drpd citer mcm mana saya boleh jd kurus (waktu skolah rendah dulu cikgu2 kata saya chubby...phewittttt!), mcm mana boleh masuk maktab, sampai r pasal kereta yg diorg nak beli! tuh pun saya terpaksa join sekaki...(sampai satu ketika saya rase mereka nih amat hebat dlm bercakap sbb x nmpk tanda2 keletihan)

x sampai separuh hari dok dalam bilik guru tuh, tiba2 dtg seorang cikgu cina...muka cina. rupe2 nya dia nih orang Australia. muda belia. bergetah. he3... hasil temu bual dgn cikgu2 kat situ, saya berjaya mendptkan maklumat tntg dia nih. rupe2 nyer, parent dia org malaysia yg berhijrah ke sana dulu. dia nih langsung x boleh ckp melayu. dan  tugas dia adalah utk observe cikgu2 bi ngajor selama 3 tahun. duduk dgn tunang (cikgu2 ckp dia x bertunang pun. tp sbb x nak jd buah mulut org kat sini, dia ckp r tunang dia...panjang kisahnya). gaji RM 12,000 sebulan (bukan satu tahun), ada elaun, rumah disediakan dan kereta juga disediakan. datang sini hanya bawa badan. baju boleh beli kat sini dgn gaji sedemikian rupa. yg untungnya, meja dia sebelah meja saya.(ok..meja saya meja makan yg panjang. meja dia, mmg meja guru)

Tgh dok asyik facebooking dlm bilik guru :

"Hi....good morning! are u a new teacher?"

Agak terkesima sebentar....pertama sbb x paham apa yg dia ckp...(style omputeh kot...mcm harry potter ckp dlm movie) 
second sbb dia cun! kah3...
dgn mggunakan vocabulary yg ada dlm otak nih, jawab r sapaan dia. pastuh terus sembang dgn dia pulak. nak jd cerita, cikgu2 bi kat sekolah tuh punyer r menyampah dgn dia nih....sbb mereka akan diobserve oleh cikgu cina nih. bayangkan, dh dkt 20 tahun mengajar, tetiba nk kena diobserve balik selama 4 kali sebulan utk tempoh  3 tahun! kalau saya pun sakit jiwa gak cmtuh. sbb tuh r saya perasan drpd kami sedap2 bersembang, bila dia datang, semua terus senyap. saya pun pelik gak pada awalnya. ingat ke sbb amenda. rupa2 nya, nk tunjuk tanda x suka kat dia. (sian gak kat dia.)

Nak dipendekkan cerita (sbb malas dh nk taip), saya sempat mengajar (relief) beberapa kelas. tahun 1, 3 dan 5. first time mngajar, mmg agak gemuruh. tp alhamdulillah. dapat mengawal kelas dgn cukup baik. dan yg paling seronok bila saya dpt menjalinkan hbgn yg baik dgn murid2 kat sana. 

Saya sempat gak masuk ke kelas pemulihan. tgk budak2 kat sana ambil ujian pemulihan. x ramai pun. 7 orang ja. 6 lelaki, seorang perempuan. yg permpuan tuh dh tahun 5. tp masih lg x berapa pandai nak menulis. Kesian yg teramat sgt. Waktu saya tgk dia menulis jawapan ujian tuh, rase nak nanges. Saya terfikir, kenapa dan mcm mana mereka2 nih masih lg x boleh menulis dan mengeja. Pastuh, tgk budak2 laki nya pulak...Masya Allah...mcm2 cerita yg dikhabarkan drpd cikgu pemulihan tuh kat saya. drpd seorang kpd seorang. baru saya tahu kisah hidup mereka semua. ada seorang budak yg saya rase sedih r jugak bila dgr cerita dia. budak nih tahun 3. asalnya bersekolah kat sekolah rendah islam kat bandar manjung. sekolah swasta. (mcm anak orang kaya).  Tapi, ayah dia terpaksa berhentikan dia dr sekolah tuh sbb majoriti yg sekolah tuh pandai2...Hal ini demikian kerana, budak tuh nk menulis pun x reti2 lg walaupun dah tahun 3. Then, ayah dia cuba tukarkan dia ke sekolah kebangsaan biasa kat bandar manjung gak. Malang gak nasib dia, bila sekolah tuh x mau terima dia.(Yang ayah dia nih pun satu hal gak. Dah tau anaknya tuh x berapa genius, jgn r gatal2 p daftar kat sekolah tuh.haiyoooh) Based on pengalaman saya bila buat SBE kat sekolah tuh dulu, saya pernah dimaklumkan bahawa, sekolah tuh x kan terima budak2 baru dah sbb muridnya dh terlampau ramai, kecuali kalau deme tuh pandai dan melepasi ujian yg ade kat sekolah tuh. So, akhirnya ayah dia terpaksa hantar dia sekolah kat sekolah mad saman nih. Kat sekolah nih, dia masuk ke kelas pemulihan lepas cikgu bm dia dpt taw yg dia nih perlukan bantuan. Dan di sini lah saya jumpa dgn dia.  Dgn dia nih pun saya rase kesian gak bila dia x boleh nak mengeja perkataan2 yg bg saya cukup senang. Bukan sbb saya dh besar. Tapi saya membayangkan, waktu saya sebaya dgn dia dulu, saya x dek r masalah utk mengeja perkataan2 mcm tuh. Bkn nak riak atau membangga diri. Cuma saya rase sedih bila tgk keadaan dia dan kawan2 dia. Bila saya tolong diorg jawab ujian tuh, diorg seronok. Saya pun tumpang seronok r gak. Saya cuba bantu mereka selagi tidak memberikan jawapan sebenar. Hanya memberikan klu dan bayangan sahaja. Itu pun masih lg ada soalan yg gagal dijawab dgn betul. (patut r kena masuk kelas pemulihan)

Lepas drpd kelas tuh, saya dgn budak2 pemulihan tuh jd kamceng. Mereka hormat saya sbg seorang guru dan kadang2 mereka menganggap saya seperti abg mereka sendiri. Kadang2 mereka x panggil saya cikgu, tp dipanggil abang. Saya x kisah. Asalkan saya dan mereka selesa. 

Pada hari terakhir kat sekolah tuh, ada sambutan hari raya dan kemerdekaan. Budak2 tuh suma bawak kuih raya. Diorg berebut-rebut  mintak saya rase kuih raya yg diorg bawak. Dan bila saya makan, diorg paksa menghabiskan semua kuih yg diorg bawak! Mak aihhh....rase nk muntah bila makan tepung yg teramatlah banyak...tp disbbkan keberiaan mereka tuh utk suruh saya makan, maka saya pun makan r sampai habes.(hanya Tuhan yg tahu keadaan perut dan tekak saya waktu tuh). Mujur tidak kecirit-biritan selepas itu.

Waktu nak bawak budak2 nih masuk ke dewan utk acara sambutan kemerdekaan dan hari raya, tiba2 sorang budak yg saya cerita tadi, peluk saya kuat2...dia kata...

"cikgu...alif sayang kat cikgu..."

walaweyhhh. tersentuh r hati nih dgr budak2 ckp mcm tuh. saya kira  itu merupakan luahan ikhlas drpd hati dia. ok. saya rasa seronok bila drg ayat tuh. murid pertama yg meluahkan ayat sedemikian rupa.(harap2 bukan r yg terakhir). Walaupun dia x bg saya hadiah seperti mana yg kawan2 saya dapat, walaupun dia x puji saya hensem atau kacak seperti mana rumate saya dipuji oleh budak2 kat tempat dia, tp bg saya itulah hadiah yg paling bermakna...(tiba-tiba terasa nak tukar course pemulihan bm).

Meng'obeserve' mentor saya mengajar di makmal komputer
kelas tahun 1 utk LINUS. budak perempuan yg kat tengah2 tu pun ada kisah hidup yg menyedihkan
mak cik kerani yg amat rajin bersembang dgn saya di bilik guru.(hari-hari). asal masuk bilik guru je beliau akan menyebut :
"Topikkkkk...ooooo Topikkk..."

cikgu-cikgu saya dulu, kini dan selamanya...
geng "musyawwarah" di bilik guru. TERBAEK!!!
ok. ini r budak yg bernama Alif.
inilah cikgu dr Australia tuh. nama dia Ms. Candice.
suasana ujian budak2 pemulihan



TaufiqDesa berkata : terasa seperti nk posting ke sini kembali...

Saturday, September 3, 2011

late nite movie...

Bismillah.

Semalam, ada miss called dr seorang kawan.2 kali. kemudian dia mesej 6 kali. mesej yg sama. pukul 9.45 malam. 

"aku kat hosp. manjung..."

ingat ke dia yg masuk hospital...rupe2 nya atuk dia. 
status : tenat.
then, dia call.

"weyh, temankan aku jalan2 jap sebelum shif aku jaga tok aku..."
"shif ko pukul berape?"
"pukul 3" (pagi)
"owh...lambat lg...ko nk p mane???"
"aku ingat nk tgk wayang...tp x best r tgk sengsorang..eh, manjung ade cinema ke???"

cehhh...soalan tuh mmg memandang rendah kat manjung...
akhirnya, lepas dpt permission drpd "mem besar" (bos besar dh tidor awal), saya pun kuar r dgn dia sekitar pukul 10.45. destinasinya, satu ja. p wayang. dan cerita yg dipilih citer omputeh. x rugi r tgk. berbaloi gak. first time tgk movie lewat malam. abes pukul 1 pagi woooo...pastuh, abes takut nk tido akibat tgk citer td. dlm pukul 3 pagi, kawan saya terpaksa p hospital. shif dia dh sampai. ingat ke nak ikut sekali. temankan kawan. tp dia x bg. rase bersalah katanye. ok. saye x kisah sbb waktu tuh mmg saya mengantuk pun...hehehehehe..tp betol. saya dh kata kat dia yg saya nk ikut berbelas-belas kali. dh dia x bg. x kan nk ikot gak..lgpun, waktu pagi2 bute cmtuh, bkn senang org luar nk masuk wad...bnyk prosedur. so, drpd timbul masalah, baik jgn cari masalah walaupun plan asal mmg terbaek. last2, saya teman sampai ke pintu pagar je r...then, sambung tidor...ngantuk kot...teeeeeheeeeeeee...

taufiqdesa berkata : semoga doa kau diterima wahai kawan...
                            : selamat ber"SBE"...

Friday, September 2, 2011

Get away from my life!!!

Aku rase dh cukup r idop dgn kau utk satu tempoh masa yg agak panjang. seksa yg x seksi! aku x mintak pun utk kau wujud dlm hidup aku selama nih..tetiba je muncul dr mane ntah. haiiishhh...ujian dari Tuhan agaknya utk test kesabaran aku. so, bila aku dh buat gaya halau, asal r x paham2 lg utk berambus dr hidup aku???  come on r...mcm2 aku dh buat. tp kau respons mcm hareeemm...arghhhh...sakit jiwa gak r aku menahan seksa nih...aku rase kau mmg makhluk yg x reti bersyukur. kufur nikmat barangkali.asyik menyusahkan hidop org. arggghhhh!!!! mmg x tahan dh nih...sabor pun ade limit gak. tuh yg aku sengkang mata utk post natang nih...

p/s: mode : marah. rase nk main bunga api!!!
    : dun worry. aku marah sekejap jaa...