Sunday, September 25, 2011

jalan2 cari makan...

Bismillah...

Sabtu, 24/9/2011

7.00 - 9.00 pagi 
mendaki puncak bukit cenderawasih...haaaaaaaaaaaaaa....yg nih style. walaupun x de r setinggi gunung kinabalu apetah lg kalau nk dibandingkan dgn gunung everest, tp boleh r dikatakan mencabar bg insan2 yg X AKTIF seperti saya dan KAWAN-KAWAN. ok. dua orang kawan ja yg ikut saya p daki bukit tuh. (salah statement. saya yg ikut diorg.) pecah peluh gak r pagi2 tuh. mujur x mandi lg. x de r kisah sgt kalau berpeluh bagai pelari pecut 100 meter mcm usain bolt. kah3... jalan nk ke puncak bukit tuh agak curam. bukan agak dh. memang curam. kalau jatuh berguling-guling dari atas tuh, sah-sah tempah kubur dgn batu nisan. dan apa yg telah saya kenal pasti, tempat nih bkn sahaja sesuai utk buat maksiat (kat puncak dan otw nk ke puncak, ada pondok rehat..mcm kat R&R), tp juga amat sesuai utk dijadikan tmpt bg siapa2 yg putus cinta, hutang dgn bank atau ah long yg dah belambak dan juga yg x tahan dgn tekanan hidop utk p bunuh diri. naik ke kawasan yg tinggi sikit, dh boleh terjun. kompem p neraka pastuh. nih bkn nk promote utk p bunuh diri kat sana, tp just nak menggambarkan bahawa betapa bahaya nya jalan nak ke puncak tuh. oleh itu, sila berhati-hati kalau naik ke bukit tuh. disebabkan kami bertiga nih x de r aktif bersukan sangat, maka masa yg diambil utk daki bukit tuh ade r dekat 30 minit. (rehat sewaktu nak naik tangga tuh aja dh dekat 15 minit). kalau dh fit nanti agaknya takat 10 minit ja kot...hahahahahahaa...dan lg satu benda yg best, kat situ kita dpt tgk kawasan satu perlis dari atas pucak. boleh nampak laut kat kuala perlis. boleh nampak kawasan maktab. perghhhh. style! kat situ gak ada disediakn taman permainan bg kanak-kanak. jadi, siapa rase umur nya masih lg x mencapai tahap remaja atau dewasa, boleh r p maen kat taman tuh. agak seronok sbb dah lama x main. 

1.00 - 3.00 petang
dah siap kemas bilik, mandi, online, tgk drama korea dan tidur, kami bertiga + tiga orang lagi kawan p r ke rumah seorang lagi kawan nih. (mesti pening nak fahamkan ayat ni kan). family dia buat kenduri akikah. ingat ke buat open house. tengok-tengok, tuh diaaaa...siap pasang khemah. mcm kenduri kawen dah! makan sampai kenyang, sembang dalam rumah, tgk tv....waaaaaaa...dh mcm rumah sendiri. kah3....bila rase dah ngantok, baru r sedar diri nak p balik ke maktab. 

9.00 - 11 malam
event malam nih x dirancang. tgh dok mengelamun atas katil, dpat satu call dr kawan. ajak makan kat luar dgn kawan2 yg lain. ok. sbb dah lapar (makanan yg dimakan ptg tadi, dah dihadam), maka join r sekali. agak malang sbb makanan yg diorder hanya indah harga drpd rupa. order mee hailam ja pun. tp harga lima hengget. bajet masak dlm claypot ke, banyak ke apa ke....tgk2 hidang dalam pinggan biasa ja. dah r tuh, punye r sikit. nih standard celah gigi ja...mmg x berbaloi. huhhhh...patutnya, makan tuh sejam ja. tp sembang punya pasal, lajak r lg sejam. mmg namanya Melayu....(mujur saya ada darah kacukan jawa)

tgh malam
tayangan lewat malam. tgk citer hindustan. khabi khusi khabi gham. yg nih tgk sikit2 ja dulu. sbb cerita nya 3 jam lebih, maka terpaksa dibahgikan jadual tontonan kepada sejam setiap hari. mau x tidor malam kalau tgk sampai habis. ceritanya mmg best! feeling der tengok sorang2. (rumate saya x de). nak nanges ke, nak guling2 ke, nak teriak ke, sume boleh sebab x de siape2 melainkan anda dgn Allah sahaja di dalam bilik. (ada lg makhluk2 laen). bila dah rase cukup masa, maka saya pun tidur sbb ada event laen pada hari esok.

25/9/2011
11 pagi - 3 petang
makan-makan di rumah kawan. buat bbq di tengah hari. kawasan halaman rumah kampung mmg kondusif utk buat aktivti2 mcm nih. best! sembang2 kat halaman sambil makan, mmg syok. berbaloi walaupun penat merempit atas jalan hampir sejam. 

3 - 5 petang
jalan2 sekitar perlis. melawat ke tasik timah tasoh. sebenarnya nak ceri teduh sbb hujan. tp dah alang-alang berada kat sana, kami semua jalan2 dan amik gambar sbg kenangan masa depan. bak kata kawan saya, "kalau bukan sekarang bila lagi..." ade betulnya kata dia. waktu lapang mcm nih r yg sesuai utk beriadah bersama kawan2. masa depan kita x tau lg apa yg telah ditentukan Tuhan. ajal dan takdir kita semua berbeza. jadi, masa dan peluang yg ada dimanfaatkan sebaik mungkin. tiada niat lain. tempat terakhir yg dituju ialah tasik melati. walaupun dah lama duduk kat bumi Perlis, ini r kali pertama jejak kaki ke situ. tempatnya cantik. dalam kawasan kampung. tp kebersihannya kurang. adat r. orang Malaysia. p r kat mana2 kawasan pelancongan yg free, mmg mcm tuh r keadaannya. nak melawat ke tempat yg bersih, cari r mane2 tempat yg berbayar. insyaallah bersih. Btw, terima kasih kepada kawan2 yg telah belanja saya makan dan minum kat sana. semoga Allah melimpahi anda berdua dgn rezeki halal yg lebih dari hari ini...aminnnnn...=D

taufiqdesa berkata : rumate saya p kursus kat pulau pun nak bawak bantal busuk. x adventure langsung.
                                 

No comments:

Post a Comment