Bismillah.
Minggu ini, pelbagai insiden telah berlaku. Baik mahupun buruk. Lumrah kesemuanya. Tp tetap bersyukur kerana teringat kata2 yg diberikan kpd saya oleh seseorang sahabat:
"sesungguhnya ajaib bg orang mukmin kerana semua keadaan baginya baik,
jika dikurnia kebaikan ia bersyukur,
jika ditimpa kesulitan/musibah, ia tetap bersyukur.
yg demikian tiada pd orang lain melainkan pd org mukmin."
"berwaspadalah kamu sekiranya kamu tidak ditimpa sebarang musibah atau kecelakaan dalam tempoh 45 hari. Takut-takut, kamu menjadi seperti Firaun, tidak dipandang oleh Allah. Apatah lg utk disayangi dan dirahmati." (pernah terbaca dlm sebuah kitab mengenai ujian dan dugaan dari Allah.)
Semalam, seekor kucing telah mati digilis oleh kereta yg dipandu saya. Masyaallah...mmg tidak sengaja. Tidak perasan. Secara tiba2, kucing tersebut berlari laju utk melintas jalan tanpa melihat kiri, kanan dan kiri semula. Itulah akibatnya. Kawan2 saya kata, "mungkin dh mmg ajalnya kat tayar kereta nih..."(mood: lega seketika)
Mujur bukan kereta saya. Tp kereta sewa...x de r geli sangat...membayangkan bagaimana keadaan jasad kucing tersebut yg telah digilis oleh kenderaan2 seterusnya membuatkan saya rasa nak muntah...terasa dalam kereta bagaimana tayar kereta menggilis badannya. seperti melanggar seketul bata merah. agak keras. Rasa mcm nak menangis. mane x nye,,,,first time "melanggar lari..." haiyoooooh....mujur kucing,,,bukan orang...
Minggu nih, minggu demam esaimen bermula..semua subjek dah diberi esaimen. esaimen2 kali nih dh x mcm zaman PPISMP dulu2....lainnya ibarat langit dan bumi....nak kata susah,mcm senang...nak kata senang,kang orang kata saya genius pulak...payah cmnih...apa2 pun, nak senang bukan mudah!
topeque said: berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian...
Tentang kekalahan
7 years ago


