Friday, June 29, 2012

Bersyukur dgn Ujian dari Tuhan...

Bismillah…

Lama betul x melawat blog nih,,,sejak bukak sem baru,,,sejak jadi ketua kelas,,,pejam celik pejam celik, dah abis dah dua minggu berada di maktab…cepat betol masa berlalu. Dan seiring dgn masa yg beredar, mcm2 yg berlaku…ujian dari Allah datang dan pergi bersama-sama dgn rahmat yg diberi.

Okay. Dalam bnyk2 ujian yg Allah hadirkan ke atas diri yg kerdil dan hina ini, rupa2 nya Allah tak lupa nak berikan ganjaran kpd diri ini. Tgh dok susah hati dgn masalah yg dialami oleh laptop dan pengurusan kedai servis laptop yg mcm hampeh, ditambah dgn kerja2 yg perlu diselesaikan dgn laptop, Allah kurniakan kejayaan yg x pernah saya bayangkan dlm peperiksaan sem lepas…Alhamdulillah…dapat gak merawat keresahan hati nih. Kawan2 saya ada yg naik pointernye dan ada pulak yg kurang bernasib baik. Jadi, seharusnya saya wajib utk bersyukur atas kurniaan Tuhan nih.

Tapi, tak sampai seminggu saya berkongsi cerita gembira nih dgn family dan kawan2, Allah uji saya lagi dgn satu ujian yg hampir membuatkan saya menangis sorang2 tgh malam. Ujian yg saya kira antara yang terberat pernah Allah berikan atas diri saya. Melibatkan kepercayaan seorang kawan ke atas diri kita. Melibatkan amanah yg perlu dijaga dgn sebaik mungkin. Disebabkan ujian ini, saya tak boleh tidur malam walaupun badan nih rasa penat yg amat sgt…walaupun kelopak mata terasa berat. Tp apabila hati ini tidak tenang, gundah gelisah, saya x boleh tidur sampai jam 4 pagi. Sekadar tidur2 ayam utk malam itu.huk3...~__~"

Allah itu maha penyayang. Dia beri kita ujian. Namun dia juga yg berikan kita jalan penyelesaian. Dia hadirkan kawan2 yg setia utk membantu. Setia utk mendengar luahan hati saya. Walaupun x dapat menyelesaikannya, tp saya tetap bersyukur dan lega. Bila saya muhasabah diri balik, saya teringat kata2 nih:

“Allah tak kan uji hamba-hambanya tanpa sebarang sebab. Allah tak kan uji hambanya melebihi keupayaan diri hambanya itu sendiri.”

“Kita patut bersyukur apabila diuji Allah…sebab kita tahu, apabila Allah uji kita, itu tandanya Allah masih lagi mahu memerhatikan kita. Allah tak abaikan kita di dunia ini.”

“Kalau kita fikir kitalah manusia yg paling susah dan paling malang di atas dunia ini, sebenarnya masih ada jutaan lagi manusia di luar sana yg jauh lebih susah dari diri kita.”

Oleh sebab itu, saya yakin dan percaya bahawa semua yg berlaku, pasti ada hikmahnya. Bila teringat kisah ketua usrah saya dahulu yg ditinggalkan bas di RnR sewaktu dalam perjalanan dari perlis ke johor, ia menguatkan diri saya kembali. Kalau dia masih lagi boleh tenang, sabar dan bertawakal kpd Allah, mengapa tidak saya??? Dia ditinggalkan bas seorang diri di RnR dan barang2 miliknya masih lagi berada di atas bas tersebut. Dan dia masih lagi boleh bertenang, dan berkata lebih kurang mcm nih, 

“Insyaallah, kalau ada rezeki ana, x kan ke mana…”

Tersentap bila baca status dia di facebook.  Jadi, kisah senior saya nih sedikit sebanyak menjadi kekuatan utk diri saya sabar menghadapi ujian dari Allah. 

Sebenarnya, apabila manusia itu diuji oleh Allah dgn kesusahan, maka mereka akan lebih dekat dgn Tuhannya berbanding jika mereka diuji dgn kesenangan… =)

TaufiqDesa berkata : terima kasih ya Allah…terima kasih kawan2…

Saturday, June 2, 2012

kenduri kawen...


Bismillah…

Musim cuti sekolah cengginih mmg bnyk kenduri kawen. Dan individu yg paling seronok apabila menerima jemputan ke kenduri kawen ada dua golongan. 

Pertama, kanak-kanak sekolah rendah dan kanak-kanak riang tadika. Mereka seronok sbb trend pada hari ini tuan rumah akan menyediakan gula-gula dan jajan khas utk tetamu “kecil”. Namun, yg lagi sadis apabila mak bapak dan abang kakak si adik pun turut diberikan jajan...bukan TELUR…sadiskan??? Sapa nk makan jajan2 tuh melainkan adik2 mereka???? Dan itu bagi mereka yg ber”adik” kecil…bagi yg x ada adik kecil, maka jajan2 itu akan disimpan berzaman-zaman lamanya dlm peti sejuk bergantung kpd jenis jajan. Kalo takat gula2 yg x sedap dan x best, akan diletak dlm balang gula2..kalo yg nmpk mcm sedap akan diletak dlm peti ais utk tahan lama….kot-kot ada yg teringin nk makan seminggu kemudian…he3…namun selalunya, jajan2 nih akan diberikan kpd budak2 yg menjadi anak kpd jiran2 saya. Ibu saya r yg rajin menyedekahkan jajan tersebut…ha3….itu lebih mulia daripada membuang jajan tersebut ke dalam tong sampah. Paling tidak, keluarga saya tidak membazir dan menyelamatkan tuan rumah yg bg jajan tuh drpd dosa membazir. Bagus kan cara nih??? =)

Golongan kedua pulak ialah ibu-ibu yang menjadi suri rumah…tak kisah r part-time(yg bekerja) atau full-time..sbb nya apabila menerima jemputan kawen, mereka secara automatiknya akan mengisytiharkan hari cuti memasak serumah….ade yg cuti separuh hari (tgh hari) dan ada yg cuti full day bergantung kpd jumlah kenduri yg diterima. Pada pemerhatian saya, ibu2 yg menerima jemputan kawen nih seronoknya mcm dapat g honeymoon…walhal p makan je pun…tak tau ape yg mereka rasakan sebenarnya…~__~

Dan pada hari ini, keluarga saya telah menghadiri 3 jemputan kenduri. 2 daripadanya dihadiri oleh kami sekeluarga dan 1 lagi hanya ibu dan ayah saya saja sbb kami 3 beradik lagi dah kekenyangan yg teramat. Dan pada kenduri yg pertama gak, ada satu peristiwa yg berlaku yg menyebabkan saya nk riak sedikit….hehehehehe….

Almaklumlah, bila ibu2 membawa anak2 mereka ke kenduri kawen, pasti akan ditegur oleh kawan2 mereka. Soalan lazimnya,

“Nih anak ke???” – Gila punya soalan..dah nmpk muda dari maknya mmg r anak…x kan anak ikan kot…

“Mana yg sulung?”

“Ni yang kecik kan?”

“Wah…dah besar anak-anaknya…belajar kat mana sekarang?”

Itu sume adalah bentuk2 soalan yg akan diajukan di kenduri kawen…

Dan tadi, ibu saya diajukan soalan oleh kawannya,
“Yang ini yang last kan?” sambil jari menudingkan jari ke arah saya…adik saya dok sebelah abang saya yg dok sebelah kanan ibu saya dan saya dok sebelah ibu kiri saya. (pikay r sendiri cmne nk pahamkan…)

Hahahahahaa…nampak sangat saya nih awet muda…x macam adik saya…awet TUA!!! Kah3….ini bukan soalan pertama yg diajukan kpd saya…tapi ade r dekat 5-6 kali…(riak sikit2 ja…)=D


TaufiqDesa berkata : parents saya kata nk adakan kenduri kawen yg simple je utk anak2 nya…dengar citer mcm kenduri kesyukuran ja…=)

Friday, June 1, 2012

hohohohoiiii!!!


Bismillah…

Fuhhhhhh,,,lama x membebel kat sini…Bukan malas..bukan x dak masa…tak tau nak habaq lagu mana (try cakap utara sikit)…keh3..senang citer x dak mood mahu menulis. Rasenyer bercerita gune mulut lagi mudah sbb x dak r penat tangan nih nk tekan keyboard…=)

Walaubagaimanapun, Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, tamat sudah mengaji kitab “iqra’” jilid 3…2 minggu lagi dah boleh mengaji iqra’ jilid 4…he3…harap2 ade r peningkatan dlm exam sem lepas…insyaallah…(sangka baik dgn Allah itu perlu!)

Sem 3….banyak benda yg berlaku…dari awal tahun sampai la ke cuti sem nih. Kisah dgn kawan2, kisah dgn lecturer,,,semua tuh menjadi iktibar buat diri sendiri supaya mampu utk menjadi lebih baik. Okay.

Azam untuk sem depan…(orang lain pasang azam setahun sekali)…mahu bersara dari segala macam benda yg melibatkan mulut…maksudnya, yg kena bercakap dpn khalayak ramai…debat dan m.c…bukan m.c cuti sakit derrr…mister chairman a.k.a pengerusi majlis…cemuih dah saya rase orang2 di maktab tgk muka dan dengar suara saya. Lebih banyak kritikan daripada pujian. (rasenyer). Apa2 pun, saya nk bersara bukan sbb takut kene kritik lagi,,,tapi sbb nak bagi peluang kat kawan2 dan adik2 junior yg mengidam atau teringin nak merasa/mencuba jadi m.c…semua orang berhak untuk mendapat peluang kan??? Baik atau tidak itu hal kedua. Yang penting pernah mencuba dan belajar. plus, benda2 nih sume agak meletihkan. saya teringin gak nak buat benda2 yg x pernah/jarang dibuat.... Debat pulak….hurmmmm,,bnyk isu yg timbul. Melibatkan pensyarah. Maka dgn itu, supaya x sesak otak nih dgn masalah2 yg pelbagai, lebih baik undur diri. Saya ni pun bukan r pandai sgt debat2 nih. Rasa nak demam kalo berdebat. Dia punya penangan boleh buat x lena tido seminggu sebelum lawan. X mau dah rasa mcm tuh…seksa batin wohhh…=(

Cerita pasai cuti pulak.
Ada seorang sahabat cerita kat saya cuti beliau kali ini buhsan nk mampos…sampaikan tgk tv yg ade astro pun dia buleh kata bosan. Tak ke pelik namanye….kufur nikmat betol. Agak2 nye kalo umah dia tak dak astro mcm saya nih mahu minum air sabun dlm jamban gamaknyer…keh3…(jangan marah r kawan)…bukan ape…saya yg x dak astro pun boleh rasa heaven dok kat umah. Sampaikan nak keluar rumah utk renew roadtax kete pun rasa malas yg teramat sangat. tapi disebabkan x mau kena sumpah jadi tv plasma 40 inci oleh ayahanda,,,maka saya pun menggagahkan diri ini yg sememangnya kurang gagah sedikit daripada superman utk naik motor p JPJ...paling2 dapat r belajar cara nk renew roadtax... Jadi, saya mmg pelik dan musykil kenapa sahabat saya ada kisah sedemikian rupa. Kesian gak kat dia…sabor je r kawan…=)

Sejujurnya, cerita2 kat tv skang nih mmg cam haremmmm. sampaikan tahap kehareman nya membuatkan saya lebih rela layan cerita2 korea dlm hardisk. kartun2 kat tv pun dah mcm ape ntah...dah x semenarik zaman kanak2 ribena dulu. kalo dulu ada citer dragonball, dr. slump kid, sailormoon, digimon, pokemon...best r gak...nih tayang pokemon waktu maghrib...mcm mane nk tgk???Mujur ada gak tv 8 tayang citer korea petang2…boleh ubat kekeciwaan nih…layan citer korea bersama bunda tersayang mmg best! he3…ada cerita Filipina kat tv 3…pun best gak…tapi….cerita2 indon mcm “puteri yg ditukar” yg ntah bila nak bertukar dan “kisah dongeng” yg layaknya ditayangkan di tadika2 kat Malaysia,,, tolong r jgn tengok….usah r buang masa tengok sampah2 tuh…membuang masa rakyat Malaysia yg berharga….tak tau la kalo ade yg berminat dgn cerita2 tuh…hadoiiii…

Orait…nih saya nk share sikit cerita2 korea yg wajar ditonton sebagai tayangan lewat malam sbg bed-time k-drama…(k for korea..mcm k-pop r…)

Dong Yi - skang tgh tayang kat tv 8...tapi sbb ibu saya x sabar nk tau ending citer nih, maka kami berdua pun tengok r secara on9 kat tenet...

Sungkyunkwan Scandal - 8/10

Scent of A Woman - otw nak khatam!

Runningman - Selingan di kala bosan yg amat mujarab!
 TaufiqDesa berkata : berhibur-berhibur gak..yg "wajib" jangan lupa! Selamat bercuti!!!