Sunday, July 31, 2011

Ramadhan, puasa dan terawaih

Bismillah.

Selamat datang Ramadhan.

Ahlan wasahlan wamarhaban bikum ya Ramadhan...

Selamat berpuasa kpd semua.

Selamat beramal ibadah dan kurangkan amalan dosa2 kering....=D



Jom terawih malam nih!

taufiqdesa berkata : jgn curi2 minum dlm toilet!

Tuesday, July 26, 2011

JULAI '11

Bismillah.
Lama x update blog nih. lebih dua minggu rasanya. mcm2 event yg perlu dilaksanakan. semakin meningkat usia nih, semakin sibuk dgn hal-hal keduniaan hatta hampir2 melupakan tugas sebagai hamba. 

1) debat perpaduan dan integrasi nasional 2011
haaaa. kali ini saya dan syafiq dan nizha x masuk debat nih. sbb ape??? first, syarat dia nak 1Malaysia. mesti ada Inida/Cina, Melayu dan Bumiputera. team saya x cukup syarat. so, bila geng saya x masuk, saya pun x nak masuk. bg peluang kpd orang lain dan kebetulan utk debat kali ini pensyarah lain yg uruskan. bukan en nizam (lecturer yg incharge kami utk db8 integriti) yg uruskan. so, dia nk ikut taste dia, dia amik la junior2 saya yg dia sendiri ajar. (kononnya taste dia tu hebat sgt larh,,,huhhh). utk pertama kalinya, dlm menguruskan dan melatih pasukan nih (sendiri yg melantik diri menjadi jurulatih x bertauliah) mcm2 benda yg dh berlaku. masalah dgn lecturer, budak2 dll...mmg menguji keimanan dan kesabaran. haishhhh... apa-apa pun, tangunggjawab dan janji dh terlaksana. budak2 tuh dh pun abis berdebat dan hari ni sepatutnya diorg selamat pulang ke maktab. keputusan perlawanan diorg agak membanggakan utk mereka2 yg first time berdebat. drpd 6 match, mereka hanya menang 1 match dan ranking keseluruhan 33/34. sejujurnya, saya amat2 berbangga dgn mereka walaupun jika dilihat dr kedudukan mereka adalah antara yg tercorot sekali. namun, jika dibandingkan dgn pengalaman mereka yg hanya berlatih x sampai sebulan, ini sudah cukup membuatkan saya tersenyum gembira. paling tidak, mereka ada rekod menang dgn lawan walaupun sekali!

2) Bina Insan Guru Fasa 2
sbb program inilah saya tidak dpt mengiringi budak2 debat ke UTP utk db8 perpaduan. B.I.G fasa 2 utk sem 2. kali nih, BIG hanya perlu dilaksanakan selama sehari mengikut kelas masing2...x perlu nk gabung2 dgn kelas lain. mmg mudah nk laksanakan dan alhamdulillah, saya dan kawan2 dpt menjayakannya dgn baik. (rasanya). sem nih, perlu membuat khidmat masyarakat dan kelas saya telah bersepakat utk bergotong royong membersihkan sebuah masjid dan tanah perkuburan di sebelah masjid tuh sbg khidmat masyarakat kami. benda nih kami buat hari ahad lepas. dr 8 pagi sampai 5.30 ptg. penat. x usah ckp. balik drpd masjid, terus melingkor sampai maghrib. tuh pun sbb rumate saya balik drpd main futsal menyebabkan saya tersedar. keseluruhannya, BIG sem nih agak best. mungkin sbb hanya berjalan selama sehari dan melibatkan kawan2 sekelas saya. kerjanya pun x de r teruk sgt. haaaa....sebut pasal kerja nih, mmg menjadi lumrah kot. semua yg saya buat akan menjadi buah mulut org. saya cuci longkang, ada gak r suara2 yg mengata. saya kaut batu pun ada org mengata. saya bersihkan kubur pun ada org yg RAJIN memberi komen. saya x marah pun bila diorg mengata atau mengeluarkan komen2 BERNAS mereka. sbb mereka mengata direct dpn saya. cme saya malas nk bercerita atau mempertahankan apa yg saya buat. so, jalan yg terbaik hanya DIAM. antara komen2 yg saya kena dengar...
" ishhh...nih mesti x pernah buat kerja cuci longkang kat rumah...mcm x reti buat je..."
"sopannya hg buat kerja....cuba kerja mcm laki sikit..."
" nih duk rumah mesti x buat apa2 kerja..." dan lain-lain...
waktu first time dgr nih, rase ringan je tangan nih nk offer discount utk penampor jawe,,,,haishhhh....geram betol. paling tidak, saya masih buat kerja seperti org lain dan bukan menggoyangkan kaki atau mengarah org lain. saya juga buat kerja yg SAMA  seperti anda. cuma, mmg saya akui ada sesetengah kerja tuh merupakan pengalaman pertama saya melakukannya. ingat apa...saya pernah buat part-time kerja jd buruh binaan ke??? hailaaaaa....bab buat kerja secara sopan pun boleh jd isu. saya x paham mcm mane kerja cara laki??? ada beza ke dgn cara kerja perempuan??? asalkan siap dah r... saya pun x paham dan x nampak apa yg sopannya bila saya buat kerja. hatta sampai makan sekali pun deme mengklasifikasikan cara saya makan sebagai cara yg sopan. nak kena makan gne kaki ke baru nk kata saya makan cara laki???? arghhhhh....kadang2 tuh mmg rase tekanan r gak nak menghadapi sume nih...mulut orang....hurmmmm...

3) Pesta Buah-buahan
yg nih antara event yg simple. datang hanya bawak perut dan makan buah. tp buahnya ada 3 jenis ja. durian, rambutan dan manggis. duriannya mcm durian murah. durian longgok yg org x beli kot. tgk isi dah boleh agak. x fresh dr dusun. rambutan mmg saya x suka makan sbb selalu sgt isinya tersekat kat celah gigi...pastu kalo makan jenuh nk korek isi yg tersekat tuh...manggis lak kebanyakan yg saya dapat dh x elok. ada yg x masak lg dan ada yg dh menjadi keras mcm batu. x taw r sama ada mmg buah tuh bnyk yg x elok atau rezeki saya yg x dak. paling2 dapat r merasa 3 biji manggis. nak kopek durian sebenarnya x dek r payah sgt. cme kalo nk kopek durian muda tu je yg agak payah sbb keras lg kulitnya. waktu nih gak r saya merasa mengopek buat durian buat pertama kalinya dlm hidop...hahahahahhaa...gune parang nk bukak kulit durian. kat rumah mana boleh buat sume tuh...mesti ayah atau ibu saya yg akan buat sume tu...tp kali ni, saya dpt buat secara sendirian..(muka bangga giler bila dpt bukak!)

nah...nih r ANTARA event2 yg menyibukkan diri saya sepanjang bulan nih...

taufiqdesa berkata : alhamdulillah...ramadhan hampir menjelma. semoga dipanjangkan umur untuk menempuhinya.... 

Wednesday, July 13, 2011

Keinginan dan Keperluan

Bismillah.
Sbg seorang manusia yg dilahirkan secara normal, mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara. mempunyai kebencian terhadap sesuatu sbg simbol tidak suka.
Saya sbenarnya sangat amat tidak suka bermain bola! (unsur penguat yg berlebihan,,,jgn tiru dlm exam) kenapa??? satu je sebabnya. SAYA TAK PANDAI MAIN BOLA. bahasa kasarnya, kaki bangku. benar. x pandai boleh belajar. tp dalam usia yg dah nak masuk 20 tahun, adakah wajar dan perlu utk saya belajar bermain bola??? kalau betul pun saya nk belajar, saya akan belajar pd waktu malam hari, di mana dia atas padang bola tiada sapa yg akan melihat saya menyepak angin, menyepak tanah, menyepak bola tp x mcm menyepak dan yg sama waktu dgnnya. Malu kot nak belajar main bola di usia mcm nih. saya tgk budak2 kecik pun dh pandai main bola sekitar usia mereka dalam 8-10 tahun. mereka boleh menyepak bola jauh lebih baik drpd saya. Mmg saya betul malu dgn diri sendiri. ditambah pula dgn keadaan sekarang nih, saya dipaksa utk menyertai Gerak Kerja Kokurikulum(GERKO) utk permainan bola sepak. langsung tidak diberi pilihan oleh  pak cik pensyarah. come on r...sepanjang 5 sem dh duduk kat sini, hanya sekali shj dlm GERKO permainan saya dpt bermain dan belajar dgn seronoknya. nk taw main apa???? haaaaa...petanque. kata lah apa yg nk dikata. x kisah dgn semua hinaan org. permainan OKU, permainan yg x mencabar, x keluarkan peluh. huhhhh...x cuba, x taw lg. dh cuba, tgk dulu betapa bnyk peluh yg keluar....inilah satu2 nya game yg saya rasa seronok dpt belajar dan bermain dgn kawan2 yg lain.
kadang2, saya selalu berfikir. kenapa saya x reti main bola mcm kawan2 yg lain. tiba2 muncul perasaan jahat utk menyalahkan my parents. kecik2 dulu, saya dan adik beradik amat jarang dibenarkan utk bermain di padang permainan di kawasan taman perumahan. paling2 best, kami akan dpt bermain di halaman rumah bersama anak2 jiran. paling x best, langsung x dpt main, duduk dlm rumah tgk tv...kalo dulu2, time kecik2 pukul 6 ptg kami semua dh siap mandi petang. so, bila dh siap mandi, maka x boleh dh r nak p maen. bila jiran2 yg kita rapat dh pindah, x de mood nk main dgn anak2 jiran yg baru. mmg x best. endingnya, zaman tu ditinggalkan seperti itu dan masuklah ke zaman persekolahan sek. rendah. nak dipendekkan cerita, zaman sekolah rendah hanya seronok ketika di sekolah shj. sekolah kebangsaan di waktu pagi dan sekolah agama di waktu ptg. waktu persekolahan habis jam 6 petang. sampai rumah dkt 6.30. mmg x dak masa nk main2 apa dh. yg tau, mandi dan tgk tv. waktu cuti, x dak kawan2 nk diajak main. sbb saya sekolah di sekolah yg jauh di kawasan kampung.ikut ibu mengajar. sekolah agama pun sama gak. kena sebarang beberapa buah taman perumahan. kira kawan2 sekolah mmg x duduk dkt dgn rumah saya. Mungkin atas sbb faktor itu saya mmg x suka bersukan atau bermain. walau mcm mana sekalipun, ini bukan salah ibu dan ayah saya. saya faham. mereka mahukan yg terbaik utk anak2 mereka dan saya tidak perlu meraguinya. saya kira ini salah diri saya yg x mahu belajar semasa ada peluang.
sekolah menengah pulak, dpt masuk ke sbp di perak. satu sekolah dgn abang saya. mcm2 benda yg berlaku. kat sini, bg orang yg x pernah tahu, pencapaian dlm akademik amat2 diutamakan berbanding kokurikulum. so, semua studnts menjadi ulat buku sama ada dlm keadaan rela atau paksa rela. tp ada jugak students yg excell dlm sukan. smpai p kebangsaan. tp students2 cmtuh kompem lingkup dlm study. mmg x leh pakai dlm kelas. yg genius pulak, kompem x boleh main ape2 atas padang, hatta nak tgk mereka beriadah di waktu ptg pun payah. dunia mereka hanya dengan buku. yg lain, adalah komuniti seperti saya. biasa2. x berapa bagus di padang, x berapa bagus dlm kelas. namun, ada gak segelintir drpd studnts di situ yg boleh excell dlm kedua-dua bidang. itu dipanggil ALL ROUNDER. mereka mmg hebat dan dikagumi. yg lebih best, salah seorang all rounder kat sekolah saya tuh adalah kawan baik saya ketika itu. kawan sebilik, tp mujur bukan sekelas. hahahahaha....dia mmg hebat. otak genius, dan semua sukan dia boleh main dgn baik. sehinggakan memanah pun dia boleh panah mcm org yg dh lama training walhal itu percubaan beliau utk kali pertama. 
dan kronologi utk tidak bersukan diteruskan sehingga saya msuk ke maktab nih. malangnya, bila dh ada minor pj, nk x nk mmg kena bersukan gak. dari sini r saya mula belajar utk bermain dan bersukan. ada beberapa sukan yg saya mula minat dan belajar betul2. tuh semua atas faktor dorongan kawan2. kalau lah saya ambil opsyen yg x de kena mengena dgn pj, agaknya saya x berpeluang utk belajar dan merasai semua ni...
konklusinya, I hate to play football but i can tolerate to watch football.

taufiqdesa berkata : kepuasan dpt meluahkan apa yg dipendam selama ni. 
                           : ingat mati!

Tuesday, July 5, 2011

respect the older...

Bismillah.
Dalam masa dua hari nih, dua kali saya tewas. tewas dgn perasaan akibat beberapa peristiwa yg akhirnya membuatkan saya menangis sendirian. x perlu segan atau malu menyatakan bahawa saya juga menangis. kerana saya juga manusia biasa. Rasulullah sendiri selalu menangis apabila berdoa kepada Allah. Berdoa utk kesejahteraan umatnya.

********************************************************************************** 
Semalam, saya mempunyai agenda. memilih pendebat-pendebat baru untuk mewakili maktab perlis ke pertandingan debat antara institusi perguruan 2011 yang bakal berlangsung pada 26-30 Julai 2011 di IPG Kampus Tuanku Ampuan Afzan, Pahang. Di sinilah, akhirnya saya melihat dan sedar bahawa rupa yg cantik x semestinya menggambarkan akhlak yang cantik. Benar, iman seorang bapa yg alim tidak boleh diwarisi oleh anak-anaknya. Mungkin juga benar, akibat pengaruh keluarga menyebabkan "dia" kelihatan seperti wanita solehah. Namun, sayang seribu kali sayang, apa yg dilihat, diharap hanyalah tinggal harapan.
orang nak berkongsi ilmu, seharusnya diterima dgn baik, dgn tangan terbuka. Apabila ditegur, terimalah seadanya. Tp, nk dijadikan cerita, budak perempuan nih dgn selamber badaknya mengajuk apa yg saya ckp serta tingkah laku saya. seakan-akan hendak memerli. Memang hangen satu badan nih melihat sikap yg langsung x menggambarkan rupa yg "CANTIK." Jujur, kali pertama saya bercakap secara bersemuka dgnnya, kelihatan seperti gadis melayu terakhir. bila dh kali kedua bercakap, mmg x cantik dah. rase menyampah lg ade r. dan saya mati2 ingat perempuan ini mampu berdebat dgn baik atas reputasinya yg pernah berdebat sewaktu di sekolah. malangnya, persembahannya amat-amat teruk. Maka, dgn peluang ini, saya mengambil kesempatan utk "mengutuk" persembahan perempuan ini. Biar dia sedar bahawa, ada org yg lebih tua yg perlu dihormati. Walaupun umur kami hanya berbeza setahun, tp sedarlah, saya tetap lebih tua dari kamu. kalau x nak jugak hormat saya kerana umur, hormatilah kerana ilmu yg saya miliki. Ya. saya x berhak utk meminta diri ini utk dihormati. tetapi kalau adik2 junior yg lain boleh buat, kenapa tidak kamu???? jangan ingat kerana kamu cantik, kamu boleh buat ape2 shj. Ketahuilah, kerana sikap seperti inilah yg akan membuat kamu dibenci oleh orang lain.

TaufiqDesa berkata : mujur kawan2 perempuan saya bermulut wangi....  

Saturday, July 2, 2011

Beriadah di subuh hari...

Bismillah.
Tajuk entri dh mcm tajuk karangan upsr...hari ini, semua institusi pendidikan yg bernaung di bawah kementerian pelajaran malaysia termasuk institut pendidikan guru WAJIB mengadakan hari 1murid, 1sukan, 1malaysia. maka dgn itu, terpaksalah saya dan kawan2 bersama para pensyarah berlari  (ok..sy x berlari sgt pun..lebih BANYAK berjalan sbb x de ape yg nk direbutkan) utk menurut arahan yg x masuk dek akal...hanya kerana nk masuk dlm Malaysia Book of Records, kerajaan sanggup mengorbankan tenaga dan masa budak2 kecik sampai la ke pensyarah2 yg dh nk pencen...sepatutnya, hari hujung minggu cmnih la para pendidik dan para pelajar nk berehat dan bercuti bersama keluarga masing2..."aduhai negeriku"....(trademark damak...)
Walaupun program alah nih x de r lame sgt, tp ia amat2 x berbaloi...mengikut perkiraan saya, larian tersebut hanya mengambil masa sekitar 30 minit sahaja dan ianya langusng tidak mengeluarkan peluh walaupun saya dan kawan2 berlari-lari anak a.k.a joging laaaa..yg x best, disebabkan malam semalam hujan, baju, seluar, kasut dan stokin yg dipakai hari ini telah menjadi kotor...kalo kotor sbb peluh x pe gak...senang sikit nk basuh...nih kotor sbb kene lecak dan lumpur. nak basuh kasut yg paling x rajin tuh...rase seperti nk upah orang gaji je utk basuhkan semua tuh....hailaaaaaaa....ikut hati nih nak je sumbat semua dlm mesin basuh maktab...teeeeeeeeeeeheeeeeeeee...=D
mcm mane sekalipun, natang nih ade gak paedahnya...at least saya dan rumate dpt bangun awal...x de r bangun pagi pukul 10 atau 11 pagi...boleh gak berblog dan berf.b di waktu sebegini...

taufiqdesa berkata : bulan ini bulan yg sibuk dgn hal keduniaan...

Friday, July 1, 2011

Penipu, Ditipu dan Menipu!

Bismillah.
Penipu. Ditipu. Menipu. 3 perkataan yg berasal drpd kata dasar tipu. Membawa makna yang pelbagai melihat kpd situasi dan keadaan. Ramai org beranggapan bahawa wujudnya istilah 'Tipu Sunat' dlm Islam. Walhal, sebenarnya, kita sendiri yg mewujudkannya demi manfaat utk diri sendiri. 
Apa yg saya faham, menipu hanya boleh dilakukan dlm 2 keadaan:

1 - Menipu utk menyelamatkan nyawa sendiri. Hukumnya wajib. Tp perlu difahami istilah menyelamatkan diri itu bkn bermaksud kita boleh menipu utk keuntungan diri sendiri. Hanya sekadar menyelamatkan nyawa. Itu shj. x perlu lah nak berdalih dan mencari 1001 alasan utk menipu orang lain.

2 - Menipu kerana ingin mendamaikan 2 orang yg bermusuhan. Hukumnya adalah dituntut. Yg nih, selalu kita boleh tgk kat tv...citer org Melayu bnyk r yg gne style nih. Contohnya, ada dua org sahabat nih putus kawan sbb berebut awek. pastuh, ada org ketiga nih, yg sanggup menipu mereka berdua semata-mata utk menjalinkan kmbali hubungan persahabatan mereka....lebey kurang cmtuh r...

Selain drpd itu, hukumnya adalah HARAM!


Besar atau kecil dosa menipu itu bergantung kepada kesan atau akibat buruk yang berlaku disebabkan penipuan itu.


Seeloknya sentiasa lah bercakap benar
Sekali kita menipu, bila terdedah orang tidak akan percaya lagi. Dan yg lebih sadis, kita sendiri akan dicop dgn title "PENIPU".


Jujur. Saya juga banyak kali menipu. Lumrah manusia yg jahil utk menipu dan ditipu. Tp, saya x pernah r lg menipu org lain dgn menyatakan bahawasanya org lain itu adalah sepupu atau sedare mara saya. Org yg x begitu baik akhlaknya, agamanya....sesenang hati menipu org lain dgn menyatakan bahawa mereka adalah sepupu. Kalo ye pun nak menipu utk dipanggil sepupu, cari la org yg baik. sumpah. saya rasa menyampah dgn situasi sedemikian rupa. Kalau ade apa2 benda yg perlu diceritakan, terus terang je la...x payah nk buat aksi sadis mcm dalam drama Melayu. nak buat babak watak yg baik difitnah oleh org lain...endingnya, baru penonton tahu kisah sebenarnya. itu mmg mcm harem....

TaufiqDesa berkata : Memetik kata2 Faez Yusof, "x susah pun nak berkata JUJUR..."