Wednesday, July 13, 2011

Keinginan dan Keperluan

Bismillah.
Sbg seorang manusia yg dilahirkan secara normal, mempunyai keinginan terhadap sesuatu perkara. mempunyai kebencian terhadap sesuatu sbg simbol tidak suka.
Saya sbenarnya sangat amat tidak suka bermain bola! (unsur penguat yg berlebihan,,,jgn tiru dlm exam) kenapa??? satu je sebabnya. SAYA TAK PANDAI MAIN BOLA. bahasa kasarnya, kaki bangku. benar. x pandai boleh belajar. tp dalam usia yg dah nak masuk 20 tahun, adakah wajar dan perlu utk saya belajar bermain bola??? kalau betul pun saya nk belajar, saya akan belajar pd waktu malam hari, di mana dia atas padang bola tiada sapa yg akan melihat saya menyepak angin, menyepak tanah, menyepak bola tp x mcm menyepak dan yg sama waktu dgnnya. Malu kot nak belajar main bola di usia mcm nih. saya tgk budak2 kecik pun dh pandai main bola sekitar usia mereka dalam 8-10 tahun. mereka boleh menyepak bola jauh lebih baik drpd saya. Mmg saya betul malu dgn diri sendiri. ditambah pula dgn keadaan sekarang nih, saya dipaksa utk menyertai Gerak Kerja Kokurikulum(GERKO) utk permainan bola sepak. langsung tidak diberi pilihan oleh  pak cik pensyarah. come on r...sepanjang 5 sem dh duduk kat sini, hanya sekali shj dlm GERKO permainan saya dpt bermain dan belajar dgn seronoknya. nk taw main apa???? haaaaa...petanque. kata lah apa yg nk dikata. x kisah dgn semua hinaan org. permainan OKU, permainan yg x mencabar, x keluarkan peluh. huhhhh...x cuba, x taw lg. dh cuba, tgk dulu betapa bnyk peluh yg keluar....inilah satu2 nya game yg saya rasa seronok dpt belajar dan bermain dgn kawan2 yg lain.
kadang2, saya selalu berfikir. kenapa saya x reti main bola mcm kawan2 yg lain. tiba2 muncul perasaan jahat utk menyalahkan my parents. kecik2 dulu, saya dan adik beradik amat jarang dibenarkan utk bermain di padang permainan di kawasan taman perumahan. paling2 best, kami akan dpt bermain di halaman rumah bersama anak2 jiran. paling x best, langsung x dpt main, duduk dlm rumah tgk tv...kalo dulu2, time kecik2 pukul 6 ptg kami semua dh siap mandi petang. so, bila dh siap mandi, maka x boleh dh r nak p maen. bila jiran2 yg kita rapat dh pindah, x de mood nk main dgn anak2 jiran yg baru. mmg x best. endingnya, zaman tu ditinggalkan seperti itu dan masuklah ke zaman persekolahan sek. rendah. nak dipendekkan cerita, zaman sekolah rendah hanya seronok ketika di sekolah shj. sekolah kebangsaan di waktu pagi dan sekolah agama di waktu ptg. waktu persekolahan habis jam 6 petang. sampai rumah dkt 6.30. mmg x dak masa nk main2 apa dh. yg tau, mandi dan tgk tv. waktu cuti, x dak kawan2 nk diajak main. sbb saya sekolah di sekolah yg jauh di kawasan kampung.ikut ibu mengajar. sekolah agama pun sama gak. kena sebarang beberapa buah taman perumahan. kira kawan2 sekolah mmg x duduk dkt dgn rumah saya. Mungkin atas sbb faktor itu saya mmg x suka bersukan atau bermain. walau mcm mana sekalipun, ini bukan salah ibu dan ayah saya. saya faham. mereka mahukan yg terbaik utk anak2 mereka dan saya tidak perlu meraguinya. saya kira ini salah diri saya yg x mahu belajar semasa ada peluang.
sekolah menengah pulak, dpt masuk ke sbp di perak. satu sekolah dgn abang saya. mcm2 benda yg berlaku. kat sini, bg orang yg x pernah tahu, pencapaian dlm akademik amat2 diutamakan berbanding kokurikulum. so, semua studnts menjadi ulat buku sama ada dlm keadaan rela atau paksa rela. tp ada jugak students yg excell dlm sukan. smpai p kebangsaan. tp students2 cmtuh kompem lingkup dlm study. mmg x leh pakai dlm kelas. yg genius pulak, kompem x boleh main ape2 atas padang, hatta nak tgk mereka beriadah di waktu ptg pun payah. dunia mereka hanya dengan buku. yg lain, adalah komuniti seperti saya. biasa2. x berapa bagus di padang, x berapa bagus dlm kelas. namun, ada gak segelintir drpd studnts di situ yg boleh excell dlm kedua-dua bidang. itu dipanggil ALL ROUNDER. mereka mmg hebat dan dikagumi. yg lebih best, salah seorang all rounder kat sekolah saya tuh adalah kawan baik saya ketika itu. kawan sebilik, tp mujur bukan sekelas. hahahahaha....dia mmg hebat. otak genius, dan semua sukan dia boleh main dgn baik. sehinggakan memanah pun dia boleh panah mcm org yg dh lama training walhal itu percubaan beliau utk kali pertama. 
dan kronologi utk tidak bersukan diteruskan sehingga saya msuk ke maktab nih. malangnya, bila dh ada minor pj, nk x nk mmg kena bersukan gak. dari sini r saya mula belajar utk bermain dan bersukan. ada beberapa sukan yg saya mula minat dan belajar betul2. tuh semua atas faktor dorongan kawan2. kalau lah saya ambil opsyen yg x de kena mengena dgn pj, agaknya saya x berpeluang utk belajar dan merasai semua ni...
konklusinya, I hate to play football but i can tolerate to watch football.

taufiqdesa berkata : kepuasan dpt meluahkan apa yg dipendam selama ni. 
                           : ingat mati!

1 comment: