Wednesday, October 19, 2011

Macam-macam...

Bismillah…

Minggu selepas debat antara IPG satu Malaysia.

Minggu utk saya ber”ujian.”

Ujian Akhir Kursus a.k.a UAK.
Orang lain dh buat pada minggu saya berdebat. Saya pulak buat pada waktu minggu orang laen bersenang lenang. Tiada kelas. Tiada aktiviti melainkan aktiviti di dalam bilik. Roomate saya r orang yg paling seronok minggu ni. Dapat tidor dan bangun lewat. Dapat bergayut telepon sampai lewat malam. Bagun tidor boleh maen game angry bird. Untung laaaaaa…

3 hari. 3 paper. English, Math dan Literasi Bahasa.

Senang??? X dak senang sgt…Penat gak r memikirkan jawapan. Tapi ini pun berkat pertolongan KAWAN dan KAWAN yg sudi berkongsi soalan apa yg keluar. Terima kasih KAWAN! Kalau mereka ini tak tolong, kompem x leh jawab! Hahahahaa,,,dan tolong jgn pertikaikan keputusan yg bakal saya dapat. Sbb saya juga belajar seperti anda semua. Cuma nasib saya lebih baik. Dapat tau soalan apa yg dah keluar. Umpama spot soalan r jugak. Perasaan takut terhadap soalan ujian ditukar oleh pensyarah ttp ada. Jadi, tak salahkan??? Paling tidak, saya masih ttp membaca buku dan ulang kaji. Bukan sekadar goyang kaki walaupun soalan dan jawapan sudah diketahui.

Minggu2 terakhir kuliah ni gak r kawan2 sekelas nak bergaduh. Bergaduh sbb ketidakpuasan hati. Antara lelaki dan perempuan. Saya??? Malas nak masuk campur. Tak perlu nak membebankan otak yg penuh dgn masalah lain. Kan mudah kalau ada toleransi dan tiada dendam antara manusia. Tenang  semua jiwa.

Masalah yg datang bertimpa-timpa, mmg betul2 mnyesakkan dada. Ditipu oleh manusia. Itu lumrah. Siapa tak sedih bila hak yg sepatutnya kita peroleh tidak menjadi kenyataan. Bersangka baik dengan orang lain mmg itu pesan nabi. Hatta kes dh jd mcm ni sekali pun, masih tetap perlu bersangka baik. Tapi bukan dgn manusia lagi. Dengan Tuhan Rabbul Jalil. Moga2 saya dipertemukan dgn “manusia” itu di akhirat kelak. Tak perlu bersedih!

Semalam dan kelmarin. Berbual dgn kawan-kawan lama. Mendengar cerita dan kisah mereka. Menjadi pendengar masalah yg setia. Cuba untuk memberikan pandangan dan nasihat yg terbaik. Sebenarnya, saya takut utk dilaknat Tuhan. Pandai menasihati orang lain, tp diri sendiri x pandai nak ubah. Senang kata “cakap tak serupa bikin.”

Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yg tidak akan mampu ditanggung. Allah akan menegur jika kita alpa dengan kesilapan. Seharusnya kita perlu bersyukur kerana Allah masih mahu menguji dan menegur kita. Jangan sampai jadi mcm Firaun. Langsung tidak diuji dan ditegur. Akhirnya, mati dalam kekufuran. Paling tidak, kalau Allah tak tegur kita secara “direct”, Allah utuskan kawan-kawan yg baik untuk tegur kita. Teringat kata-kata dari seorang teman, “Manusia yg hebat ialah manusia yg mampu menahan marah. Manusia yg hebat tidak takut untuk menegur kesilapan orang lain dan sanggup menerima teguran daripada orang lain dengan hati yang terbuka.”

TaufiqDesa berkata : Kadang-kadang terasa lebih baik jika bersendiri. Antara kita dengan Tuhan.

Wednesday, October 12, 2011

pahang...

Bismillah.

Hari keempat di Kuala Lipis. Sudah tiga malam tidur di hotel centrepoint. Tak nak cerita pasal hotel nih, sbb dikhuatiri akan digelakkan oleh anda sekalian.

P1Wimax. Sia2 membawanya. Hanya memenuhkan ruang dlm beg laptop. Tiada coverage lagi di pekan kuala lipis nih. Kasihan dkt rumate. Kalau tak, mesti dia boleh guna.

IPG Afzan. IPG yg cantik dan luas. Lebih cantik dr maktab saya.

Hari nih, saya dan adik saya sempat menziarahi tok dan nenek sedara yg dok kat sini. Makan tgh hari bersama mereka. Menu, LAKSA. Puas hati! Ini kali pertama saya dapat makan tgh hari sepanjang empat hari kat sini dgn puas dan nikmatnya. Rindu kpd layanan dan kasih sayang seorang atuk dan nenek. Melihat layanan mereka yg saling tak tumpah seperti tok sendiri hampir membuatkan saya menangis. Sumpah! Saya rindu dgn atuk dan nenek. Saya layan mereka seperti mana saya layan arwah tok dan nenek saya dulu. Saya seronok melihat mereka seronok. Dan saya sedih utk meninggalkan mereka.

Dua hari berdebat. Enam perlawanan. Penat, letih. Tapi puas. Ada peningkatan dlm persembahan walau tak menang. Seronok dpt jumpa dgn bakal2 guru dr pelbagai ipg satu Malaysia. Dapat buat kawan baru.  

Keputusan perlawanan saringan yg melibatkan maktab saya :

Round 1 : Ipg Perlis (P) VS Ipg Darul Aman (K)
Usul : SJK masih relevan
Pemenang : Ipg Perlis           Juri : 3-0        Margin : 5.66

Round 2 : Ipg Perlis (K) VS Ipg Raja Melewar, N.Sembilan (P)
Usul : Masalah birokrasi menyekat kemajuan pendidikan
Pemenang : Ipg Raja Melewar        Juri : 3-0        Margin : 2.66

Round 3 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Tun Hussien Onn (P)
Usul : Rukun negara hanya hafalan, bukan amalan
Pemenang : Ipg Tun Hussien Onn                Juri : 2-1        Margin : 1

Round 4 : Ipg Perlis (P) vs Ipg Perempuan Melayu Melaka (K)
Usul : Pendidikan negara maju, model terbaik untuk Malaysia
Pemenang : Ipg Perlis           Juri : 2-1        Margin : 2.5

Round 5 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Batu Lintang, Sarawak (P)
Usul : Lambakan graduan, silapnya pada graduan.
Pemenang : Ipg Batu Lintang         Juri : 2-1        Margin : 1

Round 6 : Ipg Perlis (P)  vs Ipg K. Dato. Razali Ismail (K)
Usul : Jaringan sosial di internet, satu ketagihan.
Pemenang : Ipg K. Dato Razali Ismail      Juri : 2-1        Margin : 2.66

Keputusan keseluruhan : IPG Perlis menduduki tangga ke-17 selepas berakhirnya enam pusingan.

TaufiqDesa berkata : Allah itu maha penyayang. 

Wednesday, October 5, 2011

Betul!

Bismillah.
Betul… Lebih baik kalau kita tak tahu tentang sesuatu drpd diri sendiri yg sakit hati + angker + bengang + dan yg sama waktu dgnnya bila kita TERdapat tahu. Betul…bersangka baik itu mmg tugas seorang muslim. Terutamanya bila melibatkan hubungan antara sesama muslim.  Rumate saya selalu ingatkan diri saya supaya cuba utk bersangka baik dgn orang lain. Tapi, hari nih, saya dh belajar satu pengajaran. Jgn harap semua orang yg bergelar GURU/PENSYARAH itu baik! Walaupun mereka semua itu insan yg mulia, namun mereka juga boleh menjadi insan yg hina! Bukti???? X payah nak cerita panjang. Baca dalam surat khabar. Google kat internet. Guru meliwat pelajar. Guru merogol pelajar. Dan ada banyak cerita kat dunia nih yg menceritakan bahawa guru juga manusia biasa seperti orang lain. Jangan cuba sembunyikan kejahatan di bawah title “GURU”.
Betul. Kita x boleh nak mengumpat, mengata atau menghina guru kita. Tapi, ada beberapa keadaan yg Islam sendiri membenarkan kita utk melakukan hal2 sedemikian. Kerana apa??? Kerana guru juga manusia biasa. Mereka bukan nabi walaupun taraf mereka adalah umpama selepas nabi.
Tak rugi bersangka baik. Dapat pahala. Hati tenang. Tapi bila apa yg disangka baik itu bertukar sebaliknya, ia memang menyedihkan. Segala perkara yg berlaku telah dpt saya kaitkan dari A sampai Z.
Betul. Itu hak anda sebagai guru PENASIHAT untuk memilih siapa yg anda suka. Tp jgn r sampai buat anak2 murid yg lain sakit hati dgn tindakan anda. Bertindak ikut akal logik seorang manusia. Jgn ikut hawa nafsu semata-mata.
Kesian pada anak murid yg lain. Sanggup bersusah payah dgn kawan2 yg lain. Bersemangat utk belajar setiap hari. Namun, dibuang dan dipinggirkan akibat sebab yg saya sendiri pun x paham. Betul. Kalau kita x puas hati, kita patut jumpa orang tersebut, dan luahkan depan mereka. Tapi, kalau dh orang tuh sendiri x boleh terima teguran orang lain, x boleh terima pendapat orang lain, nak buat mcm mana??? Ego dlm diri tuh tebal sgt…
Kesimpulannya, saya betul2 kecewa dengan “anda.” Kalaulah anda tahu, betapa kecewanya perasaan anak murid anda apabila anda bertindak sedemikian ke atasnya…mungkin, anda tak tahu sbb anda x pernah merasa keadaan itu. Tapi, percayalah. ALLAH itu maha adil. Kalau anda x pernah merasainya, percayalah. Anak-anak anda akan merasainya kelak. Bukan mahu mendoakan sesuatu yg buruk kepada keluarga anda. Tapi sebagai peringatan sesama manusia. Ini luahan perasaan seorang kawan yg sedih dgn nasib kawannya yang dipinggirkan.

TaufiqDesa berkata : Enough! This is the last time!