Bismillah…
Minggu selepas debat antara IPG satu Malaysia.
Minggu utk saya ber”ujian.”
Ujian Akhir Kursus a.k.a UAK.
Orang lain dh buat pada minggu saya berdebat. Saya pulak buat pada waktu minggu orang laen bersenang lenang. Tiada kelas. Tiada aktiviti melainkan aktiviti di dalam bilik. Roomate saya r orang yg paling seronok minggu ni. Dapat tidor dan bangun lewat. Dapat bergayut telepon sampai lewat malam. Bagun tidor boleh maen game angry bird. Untung laaaaaa…
3 hari. 3 paper. English, Math dan Literasi Bahasa.
Senang??? X dak senang sgt…Penat gak r memikirkan jawapan. Tapi ini pun berkat pertolongan KAWAN dan KAWAN yg sudi berkongsi soalan apa yg keluar. Terima kasih KAWAN! Kalau mereka ini tak tolong, kompem x leh jawab! Hahahahaa,,,dan tolong jgn pertikaikan keputusan yg bakal saya dapat. Sbb saya juga belajar seperti anda semua. Cuma nasib saya lebih baik. Dapat tau soalan apa yg dah keluar. Umpama spot soalan r jugak. Perasaan takut terhadap soalan ujian ditukar oleh pensyarah ttp ada. Jadi, tak salahkan??? Paling tidak, saya masih ttp membaca buku dan ulang kaji. Bukan sekadar goyang kaki walaupun soalan dan jawapan sudah diketahui.
Minggu2 terakhir kuliah ni gak r kawan2 sekelas nak bergaduh. Bergaduh sbb ketidakpuasan hati. Antara lelaki dan perempuan. Saya??? Malas nak masuk campur. Tak perlu nak membebankan otak yg penuh dgn masalah lain. Kan mudah kalau ada toleransi dan tiada dendam antara manusia. Tenang semua jiwa.
Masalah yg datang bertimpa-timpa, mmg betul2 mnyesakkan dada. Ditipu oleh manusia. Itu lumrah. Siapa tak sedih bila hak yg sepatutnya kita peroleh tidak menjadi kenyataan. Bersangka baik dengan orang lain mmg itu pesan nabi. Hatta kes dh jd mcm ni sekali pun, masih tetap perlu bersangka baik. Tapi bukan dgn manusia lagi. Dengan Tuhan Rabbul Jalil. Moga2 saya dipertemukan dgn “manusia” itu di akhirat kelak. Tak perlu bersedih!
Semalam dan kelmarin. Berbual dgn kawan-kawan lama. Mendengar cerita dan kisah mereka. Menjadi pendengar masalah yg setia. Cuba untuk memberikan pandangan dan nasihat yg terbaik. Sebenarnya, saya takut utk dilaknat Tuhan. Pandai menasihati orang lain, tp diri sendiri x pandai nak ubah. Senang kata “cakap tak serupa bikin.”
Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yg tidak akan mampu ditanggung. Allah akan menegur jika kita alpa dengan kesilapan. Seharusnya kita perlu bersyukur kerana Allah masih mahu menguji dan menegur kita. Jangan sampai jadi mcm Firaun. Langsung tidak diuji dan ditegur. Akhirnya, mati dalam kekufuran. Paling tidak, kalau Allah tak tegur kita secara “direct”, Allah utuskan kawan-kawan yg baik untuk tegur kita. Teringat kata-kata dari seorang teman, “Manusia yg hebat ialah manusia yg mampu menahan marah. Manusia yg hebat tidak takut untuk menegur kesilapan orang lain dan sanggup menerima teguran daripada orang lain dengan hati yang terbuka.”
TaufiqDesa berkata : Kadang-kadang terasa lebih baik jika bersendiri. Antara kita dengan Tuhan.
No comments:
Post a Comment