Bismillah.
Hari keempat di Kuala Lipis. Sudah tiga malam tidur di hotel centrepoint. Tak nak cerita pasal hotel nih, sbb dikhuatiri akan digelakkan oleh anda sekalian.
P1Wimax. Sia2 membawanya. Hanya memenuhkan ruang dlm beg laptop. Tiada coverage lagi di pekan kuala lipis nih. Kasihan dkt rumate. Kalau tak, mesti dia boleh guna.
IPG Afzan. IPG yg cantik dan luas. Lebih cantik dr maktab saya.
Hari nih, saya dan adik saya sempat menziarahi tok dan nenek sedara yg dok kat sini. Makan tgh hari bersama mereka. Menu, LAKSA. Puas hati! Ini kali pertama saya dapat makan tgh hari sepanjang empat hari kat sini dgn puas dan nikmatnya. Rindu kpd layanan dan kasih sayang seorang atuk dan nenek. Melihat layanan mereka yg saling tak tumpah seperti tok sendiri hampir membuatkan saya menangis. Sumpah! Saya rindu dgn atuk dan nenek. Saya layan mereka seperti mana saya layan arwah tok dan nenek saya dulu. Saya seronok melihat mereka seronok. Dan saya sedih utk meninggalkan mereka.
Dua hari berdebat. Enam perlawanan. Penat, letih. Tapi puas. Ada peningkatan dlm persembahan walau tak menang. Seronok dpt jumpa dgn bakal2 guru dr pelbagai ipg satu Malaysia. Dapat buat kawan baru.
Keputusan perlawanan saringan yg melibatkan maktab saya :
Round 1 : Ipg Perlis (P) VS Ipg Darul Aman (K)
Usul : SJK masih relevan
Pemenang : Ipg Perlis Juri : 3-0 Margin : 5.66
Round 2 : Ipg Perlis (K) VS Ipg Raja Melewar, N.Sembilan (P)
Usul : Masalah birokrasi menyekat kemajuan pendidikan
Pemenang : Ipg Raja Melewar Juri : 3-0 Margin : 2.66
Round 3 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Tun Hussien Onn (P)
Usul : Rukun negara hanya hafalan, bukan amalan
Pemenang : Ipg Tun Hussien Onn Juri : 2-1 Margin : 1
Round 4 : Ipg Perlis (P) vs Ipg Perempuan Melayu Melaka (K)
Usul : Pendidikan negara maju, model terbaik untuk Malaysia
Pemenang : Ipg Perlis Juri : 2-1 Margin : 2.5
Round 5 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Batu Lintang, Sarawak (P)
Usul : Lambakan graduan, silapnya pada graduan.
Pemenang : Ipg Batu Lintang Juri : 2-1 Margin : 1
Round 6 : Ipg Perlis (P) vs Ipg K. Dato. Razali Ismail (K)
Usul : Jaringan sosial di internet, satu ketagihan.
Pemenang : Ipg K. Dato Razali Ismail Juri : 2-1 Margin : 2.66
Keputusan keseluruhan : IPG Perlis menduduki tangga ke-17 selepas berakhirnya enam pusingan.
TaufiqDesa berkata : Allah itu maha penyayang.
No comments:
Post a Comment