Saturday, November 19, 2011

welcome back!!!

Bismillah...

Hampir sebulan meninggalkan blog. Bukan malas. Tapi masih menunggu masa. Menunggu "mood" kunjung tiba. Dan akhirnya saya kembali menulis...mungkin... untuk cuti kali ini.

Pertama sekali, saya mintak tolong kpd pembaca semua utk menyedekahkan bacaan al-fatihah kepada ibu kepada kawan saya yg juga merangkap partner debat saya yg telah meninggal dunia awal pagi tadi. semoga arwah tenang di alam sana. 


Juga kepada guru matematik saya di semesti yg masih lg koma akibat kanser otak. semoga beliau diberikan yg terbaik oleh Allah. 
Semoga doa kita semua diterima oleh Allah utk mereka berdua...Insyaallah.

*********************************************************
Tamat sudah semester nih. Dengan paper pj menjadi paper terakhir yg perlu dijawab pada khamis lepas. Menjadikan tempoh masa yg tinggal utk belajar di Perlis selama 3 tahun. Rumusan exam utk sem kali nih. Jgn sesekali percaya kepada spot soalan. Utk kebaikan bersama, baik baca semua nota. kalau x.... jadi r mcm kes saya. Belajar erti penyesalan. Hehehehehe....Tapi...ada satu benda yg best pasal exam kat maktab nih. Pertama, exam dlm bahasa melayu kecuali utk paper BI dan utk budak2 TESL.paper laen sume dlm BM. Mane nak carik U kat dlm Malaysia nih yg exam dlm BM??? Second, satu sem punya pelajaran, boleh direview/dibaca/dihafal/distudy dan dibincang hanya selama satu malam!!! paling lama pun 3 hari bergantung kepada jarak waktu jadual exam. Tapi walaupun jarak waktu diberikan selama seminggu antara satu-satu subjek, pelajar2 di maktab tetap akan belajar pada tahap maksimum pada malam sebelum exam. Haaaaa...waktu tuh r anda-anda semua akan terkejut melihat betapa GIGIH dan AJAIB nya students di sini. Manusia yg selalu escape kelas pun akan mula study walaupun satu page. Yg x pandai, tiba-tiba menjadi "pandai." Yg x pernah tidur lewat melebihi pukul 3.30 pagi walaupun musim esaimen akan berbuat sedemikian pada malam exam. Yg x pernah melihat kertas sukatan pelajaran semester a.k.a proforma sejak dari bukak sem, akan memanfaatkan sepenuhnya proforma tersebut pada malam exam. Mmg dahsyat! Itu kelebihan exam di maktab. Kalo r gaya cmnih diamalkan di matrikulasi dan di universiti di Malaysia, alamatnya anda mungkin akan ditendang keluar atau paling bernasib baik berjaya menamatkan degree dgn sekadar gred LULUS.tapi di maktab, kemungkinan seperti itu adalah amat rendah. namun, yg x bestnya bila study mcm tuh, nawaitu adalah kerana exam. bkn kerana Allah atau Islam. Maka, abes exam, abes r segala ilmu yg telah dihafal secara bersusah-payah pada malamnya itu.x cayer, try tanya member2...try r tanya pasal teori pembelajaran ke apa ke.. Ok. Insaf sekejap.  Rasa x mau buat dah utk next sem. Tp rasanya nawaitu tuh x kan kekal lama. Selalunya hanya bertahan pada awal sem. Masuk tgh sem, mula r anasir2 negatif mencucuk-cucuk. Tgk filem lewat malam, tgk drama korea, maen game, tidor, jalan2 dan yg sama waktu dgnnya....perghhhhh!
Walau mcm mana sekali pun, saya tetap suka dgn exam di maktab. Namun, ada r sorang sahabat saya nih berkata :
"Ko tau, standard exam kat maktab nih aku rase lebih rendah dari UPSR..."
Itu pandangan beliau.

*****************************************************************
  
selamat tiba di "rumah manis rumah" sekitar 2.00 petang. alhamdulillah. dipermudahkan segala rancangan. buat pertama kalinya, inilah kali pertama saya balik utk cuti semester dengan menaiki motor dan selamat tiba di rumah dlm keadaan yg kering dan selesa. paham tak???? hailaaaaaa....Lumpy sungguh kalo x paham. hehehehe... Maksudnya, tak dak hujan r di sepanjang jalan dari perlis sampai ke bumi manjung. rekod terdahulu, asal balik cuti sem, naik motor, kompem akan ditimpa hujan walaupun sekadar renyai-renyai. 


taufiqdesa berkata : on9 dgn UNDERAGE...=D
                           : sedang membuat jadual waktu di rumah.

No comments:

Post a Comment