Tuesday, November 29, 2011

Cuti2 di rumah #3

Bismillah...

Laksa johor. Itu menu tengah hari semalam. Untung duk kat rumah. Kaya dgn makanan. Tukang masak yg hebat. Mujur x masuk rancangan Master Chef dkt astro...kalau x, gulung tikar r chef ridz and the kroni...keh3...

Sebenarnya, dh lama x makan laksa johor. Sampaikan rasanya pun saya dh x ingat. Natijah duduk di utara malaysia agaknya. Langsung x pernah jumpa laksa johor melainkan laksa penang/utara. dan saya dpt kenal pasti perbezaan ketara jenis2 laksa yg ada kat malaysia nih...

Laksa johor : 

  • menggunakan mee spageti semata-mata. (mee kuning yg orang pakai buat mee goreng x sesuai utk buat laksa johor...x pa....orang johor sume kaya2...tekak western kot...)
  • kuahnya guna serbuk kari. maka, ade r iras2 rupa kuah mee kari.
  • guna apa2 ikan pun x pa. ikan sardin pun boleh. tp yg paling sesuai ikan tenggiri. x bnyk tulang. isi pun boleh tahan.
Laksa utara :
  • gunakan mee yg kaler putih sahaja. ada dua saiz. mee putih yg besar dan yg agak halus. saya lebih suka yg bersaiz besar. lebih puas.
  • kuahnya mcm masak lauk singgang/kuah asam. dan ditambah dgn isi ikan. x dak guna kari2 nih.
  • selalunya menggunakan isi ikan yang bnyk tulang. ikan ape ntah...(maaf. x kenal nama2 ikan nih sgt.)
Laksa sarawak
  • yg nih x bnyk maklumat yg saya dpt dr ibu saya. satu ja yg membuatkan perbezaan ketara, mee utk laksa spesies nih menggunakan bihun!!! ok. dh mcm makan bihun sup...
Laksam
  • makanan orang kelantan. (saya x berape suka makanan nih..)
  • mee laksam menggunakan mee yg mcm kuey teow tp dlm keadaan bergulung2...
  • kuahnya menggunakan santan. dh mmg tabiat orang sana suka makan benda manis dan berlemak. (x sihat utk badan.bnyk kolestrol derrr!!!)
***************************************************************
dan utk menikmati laksa johor nih pun ada cara yg berbeza. kalau kita makan laksa2 yg ada atas muka bumi nih selain daripada laksa johor menggunakan sudu dan garfu, laksa johor kalau nk makan, lebih sesuai guna tangan semata-mata. Maka anda akan melihat manusia yg makan laksa johor nih umpama manusia yg agak kurang tamadunnya. Ye r...buang tebiat kot. makan mee yg berkuah guna tangan. x ke pelik...(tanggapan saya mula2 bila dgr ibu saya cerita)
rupe2 nya, mmg lebih baik guna tangan bila makan laksa johor. sbb kuah yg digunakan dlm setiap mangkuk laksa x bnyk. hanya dua/tiga senduk ja sbb kuahnya cukup pekat! maka, untuk pastikan spageti td digaul sebati dgn kuahnya, maka lebih baik guna tangan. ditambah pulak dgn adanya sambal belacan, timun, bawang, tauge dan beberapa jenis daun lain maka, mmg wajar r makan guna tangan. oleh itu, jgn r pelik/jakun/perak kalau anda melihat orang2 makan laksa johor guna tangan. dh itu caranya. nak buat mcm mana....terima je r...

TaufiqDesa berkata : lebih puas makan guna tangan! dapat pahala sunnah...=D 

No comments:

Post a Comment