Bismillah...
Genap seminggu berada di "rumah manis rumah". Dalam seminggu nih jugak r mcm2 benda yg dh dibuat. Sbb x dak kerja nk dibuat, maka inilah yg telah saya buat...
1. Marathon drama JUVANA.
teringin dan tertarik utk menonton drama MELAYU nih sbb award yg citer nih dpt dlm anugerah skrin hari tu. mengalahkan drama Nur Qasih. jadik, saya pun try r tgk episod pertama citer nih. First impression pd first episode membuatkan saya ketagih utk menghabiskan drama tuh secepat yg boleh. Maka, bermulah marathon di dalam bilik. x lama pun nak abeskan citer nih. 4 hari ja utk 13 episod. Sekadar berbaloi utk ditonton. Still x leh nk bg 5 bintang sbb ade dua tiga episod yg amat2 membosankan dan kelihatan nonsense. Agaknya, director drama tuh dh ketandusan idea gamaknya. Tapi, kepada sape2 yg agak skpetikal terhadap cerita2 Melayu nih, boleh r try tgk cerita nih dulu. Not bad larh...
2. 7 Hari Mencintaiku
Haaaaaaaaa....nih tajuk novel pertama yg berjaya saya khatamkan dlm masa 3 hari sepanjang seminggu bercuti nih. Abes marathon Juvana, saya dimomokkan oleh ibu saya bahawa novel yg telah dibaca beliau teramatlah best. dan saya sendiri melihat beliau membaca novel tersebut sambil menyediakan sekotak tisu disebelah beliau. sedih r gamaknya. disebabkan x dak keja nk dibuat, tibai r novel tuh. ingat ke nk dibuat bed time story sbelum tido, aleh2 jd best pulok. terus ketagih nak khatamkan natang tuh. orang lain sibuk khatam Quran, saya dok sibuk khatamkan novel tuh. Keh3....x pa..baca Quran kena slow2...tajwid kena jaga. =D
novel yg setebal 1048 muka surat (mcm novel Harry Potter pulok dh) akhirnya dpt ditamatkan dlm masa 3 hari. tp x dak r menangis kesedihan pun. Mungkin ibu saya ja yg terover kot. Hati perempuan. mmg selalu cmtuh. kepada pencinta2 novel Melayu, anda boleh try carik novel nih kat kedai Popular yg berhampiran. (Tesco kat manjung ada Popular!!!)
3. Cari subtitle movies.
Saya teramat pasti bahawa ramai antara kita nih yg banyak kali menyedut movie2 dari kawan2 tp menjadi slack bila movie2 tersebut x dak subtitle. yg lg sadis bila movie2 tuh, movie yg best dan mmg diimpikan utk ditonton di wayang. akhrinya, sbb x paham apa yg ditonton, maka kebiasaannya kita akan terus men"delete" movies tersebut dr laptop/hardisk kita. (lebih baik buang drpd menyemakkan ruang h.disk). dan hal ini turut saya alami bila saya nk tgk cerita Harry Potter and the deathly hallows part 2 yg telah disedut drpd seorang junior sbelum balik cuti arituh. ape yg slack, bukak2 citer tuh x dak subtitle! agak stress dan kecewa menonggeng. rasa nk delete. tp x sampai hati sbb citer tuh citer idaman saya. terpaksa bersengkang mata sebelum tidor utk selesaikan masalah tuh. dulu2, abg saya ada gak ajar mcm mane nk cari subtitle movie yg x dak subtitle dan cara nk padankan dgn timing movie tuh. ye r, kadang2, mmg movie yg kita tgk tuh ade subtitle, tp subtitle tuh kdg2 keluar x ikut timing. tercepat dan terlambat. tuh salah cari subtitle r tuh. dan saya x ingat mcm mana cara yg diajar oleh abg saya tuh. jadi, terpaksa bermula drpd 0. setelah bergoogle, membazirkan limit underage dgn mendownload subtitles yg ada antaranya x boleh guna, buang masa dkt sejam, akhirnya......saya berjaya mendapatkan subtitle utk Harry Potter! hahahahahaaa....(bangga siot!!!) dan disebabkan teruja dgn penemuan baru tuh, saya meneruskan kerja bg mencari subtitle bg movie2 laen yg x dak subtitle. I'm satisfied!
4. Tido petang.
Yg nih mmg rutin setiap kali cuti. Asal petang, lepas Zohor, mesti akan tido kejap. ye r, rumah x dak astro, citer kat tv lak ntah ape2...citer indon yg ada 600 episod. sape r yg nk nengoknye...lebih baik p tido. dpt mimpi mcm2. daripada mimpi nak ambik SPM, sampai la ke mimpi yg menakutkan. haishhh...
5. Kenduri kawen.
Cuti2 mcm nih, mmg banyak r orang yg kawen. Dan orang Melayu nih mmg suka makan. sbb tuh ramai penduduk kat Malaysia nih yg obes. termasuklah kanak2. mana x nya, asal cuti, kenduri. cuti ja kenduri. kalau tgk lauk kat kenduri pun, kompem ada ayam dan daging. nk jumpa ikan, ada...tp kenduri kat ceruk2 kampung. lauk2 kampung. tp senang citer, kalau gne catering, mmg lauk ayam dan daging ja...x yah mimpi r nk makan lauk ikan keli ke,ikan siakap ke apetah lg ikan kembung a.k.a ikan termenung kat kenduri kawen melainkan yg kawen tuh kakak atau abang korang. dapat r merasa makan ikan siakap 3 rasa kat atas meja pengantin tuh. maka, acara p makan kenduri kawen, umpama dh jd event tetap saya dan keluarga pada setiap kali cuti sekolah cmnih...kadang boring gak. menu asyik sama ja kat setiap kenduri....bkn x bersyukur, tp saya rasa orang Melayu nih mmg suka membazir.
*****************************************************************
ok. yg kat atas tuh, benda2 yg dah saya buat. ade lg 4/5minggu cuti sekolah. jadi, ini plan saya yg seterusnya.
1. Belajar masak.
saya nih sebenarnya pandai r gak masak. cakap ja nak makan apa, suma boleh. keh3....(ok.tuh tipu). saya nk belajar masak. tp ada satu masalah BESAR. iaitu, MINYAK PANAS. haiyooooh. fobia sungguh dgn natang tuh. hatta nak masak frozen food mcm fries dan wedges pun saya terpaksa mengkreatifkan diri utk cuba memasak. dan melihat ibu saya goreng ikan dgn stylo sambil ditujah dgn minyak yg meletup-letup dlm kuali, membuatkan saya kagum dgn beliau. Gila apa. saya tgk minyak panas dlm kuali, kalau kita letak ikan, dh mcm lava gunung berapi baru meletus! x sanggup nk dok dekat dgn kuali. dulu pernah r try sekali masak. time tuh ibu saya tak dak. cuba masak sendiri. saya mencari sudip yg paling panjang, sarung tangan orang masak kek dan berdiri dlm keadaan orang yg bersedia utk menerima "baton" lumba lari....ikan yg baru siap dilumur dgn garam dan serbuk kunyit, diletakkan atas sudip dan sudip diletakkan dlm minyak yg panas. abes letak ikan tuh dlm kuali, saya cepat2 lari keluar dr dapur. haiyoooooh. seram wohhh! rasa nk luruh jantung nih habaq hang! x pa....in the future, saya nk try reka kuali yg x akan meletupkan minyak panas dan sudip yg boleh dipanjangkan ikut kesesuaian. baru r aman dunia nih. awek2 yg x reti masak pun, kompem akan reti masak. sbb saya tahu, ramai lg insan2 yg takut dgn minyak panas mcm saya. hehehehehe....
TaufiqDesa berkata : Selamat menyambut tahun baru Hijriyyah!
HAHAHAHA. topeq. topeq. kelakar la bce. smga ko dpt msk dgn sebaiknya yer! =p
ReplyDeletebtw, nnt ajar ak cre nk buat subtitle tuh. x sgke ko skrg da smkin genius.hahaha
haaaaa...fyi, aku x masuk dapur lg sampai arinih...keh3...btw, aku mmg dilahirkan 'genius'...x perlu nk puji....mmuuahahahahaaa...^__^"
ReplyDelete