Bismillah…
Saya bukanlah peminat atau penggemar makhluk tuhan bernama KUCING. Hatta berilah kucing yg secomel kucing dlm cerita Shrek atau filem terkini iaitu Puss in the Boots kpd saya. Belum tentu saya akan menyukainya…apatah lg untuk dibela…
Usai bersarapan, sebelum p mandi saya dan ayah bersama-sama membersihkan halaman rumah. Ya. Membersihkan hasil-hasil buangan daripada sang KUCING DURJANA…
Tahi kucing yg bersepah merata-rata, hinggalah ke air kencing mereka. Cukup lengkap satu pakej! Ditambah pula dgn “hadiah” tambahan iaitu tahi cirit mereka. (aiiyarkkk…geli bila difikirkan balik). Kesemua “pakej” ini telah menyebabkan halaman rumah kami berbau tahi + kencing kucing yg amat-amat tidak menyenangkan bg manusia yg menghirup udara oksigen.
Kerja-kerja pembersihan tahi kucing di luar pagar rumah (kawasan sekitar tong sampah rumah) telah dilakukan oleh ayah saya. Kucing2 yg dibela oleh jiran2 saya berkemungkinan amat berminat untuk melepaskan hajat masing2 dikawasan tersebut sebab kawasan sekitar tong sampah rumah saya ada pasir.(nih teori saya ja) Cukuplah kot untuk mereka melepaskan hajat mereka dgn selesa tanpa perlu ditimbus. Mungkin mereka tahu, kerja-kerja penimbusan najis mereka akan dilakukan oleh ayah saya nanti. Kalau setakat setempat tu ja boleh tahan r jugak. Yg x boleh tahan, mereka nih berak merata-rata tempat sekitar luar pagar rumah kami. Asal ada pasir sikit, ada r timbunan najis2 mereka. Yg lebih menghairankan, mereka pandai memilih kualiti pasir. Dekat rumah kami nih, ade r sisa2 pasir binaan rumah yg halus dan jernih tuh. Senang ckp mcm pasir kat pantai. Itu r kawasan yg menjadi pilihan mereka utk melepaskan hajat. Kawasan pasir yg berbatu kasar mcm di rumah jiran sebelah kami tak dak r pulak kelihatan timbunan najis mereka. Pelik! High taste punya kucing…
Tak cukup dgn melepaskan hajat di kawasan tersebut, ada r seekor kucing yg belum dpt dikenal pasti identitinya dgn sewenang-wenangnya telah melepaskan hajat di atas tembok dinding rumah kami!!! Yg lebih menyedihkan, tahi tersebut dlm keadaan cirit…dan air cirit tersebut telah meleleh sampai ke lantai kawasan parking kereta. Mmg menyedihkan. Mujur adik saya yg “mensucikan” kawasan tersebut. (Kucing nih kalau ditemui bakal ditamatkan riwayat hidupnya)
Tuh kisah tahi dan cirit. Kini kita beralih lak kpd kisah kencing mereka pula. Sebenarnya agak lama gak kawasan sekitar tmpt parking kereta rumah kami nih berbau air kencing kucing. Kawasan tadahan air kencing kucing yg paling famous adalah dekat atas tikar getah yg ayah saya gunakan untuk melapik sisa2 tumpahan minyak kereta. Dan kesannya, sampai ke dalam kereta. Bila masuk dlm kereta tuh, maka akan terbaulah kencing kucing yg amat meloyakan tekak semua. Semburlah Febreeze sekali pun. Baunya masih kekal dlm kereta tersebut. Maka kerja pembasuhan kawasan parking kereta dan tikar getah tersebut telah dilakukan dgn gigih oleh saya. Menggunakan sabun cecair Top, dgn harapan udara yg segar akan muncul kembali.
Tak cukup gak dgn kawasan parking kereta, kawasan atas almari simpanan barang2 kat luar rumah pun turut menjadi tumpuan makhluk tuhan bernama kucing nih. Saya ada r letak box motor kat atas almari tuh. Box saya pun disimbahi dgn air kencing mereka. Sampaikan ke buaian tmpt saya dgn adik beradik saya main dulu2 pun dijadikan tempat mereka melepaskan hajat. Haiyooooohhhh…Bikin panas wohhh!!! Dgn segala kudrat yg ada, terpaksa r saya pulak yg mencuci semua kawasan tersebut. Siap sembur pewangi dgn harapan bau kencing tuh dh x dak.
Pelik gak. Mcm mana orang yg bela kucing boleh tahan dgn semua benda mcm nih. Atau mungkin, mereka telah melatih kucing2 mereka utk tidak melepaskan hajat di kawasan rumah mereka. Lepaskan hajat di rumah jiran2 mereka. Ohhh…kalau itu berlaku, itu memanglah celaka. Hal ini telah menyebabkan kami sekeluarga menjadi cukup "angker" apabila melihat kucing2 jiran melintas kawasan rumah kami. Pintu pagar telah ditutup 24 jam dan hanya dibuka bila perlu dan kemudian ditutup bg mengelakkan kemasukan kucing ke kawasan rumah. Selain itu, kami sekeluarga gak telah bersidang bg “membahaskan” usul cara bg mengatasi masalah nih.
Ayah saya kata : “Google kata kucing x suka bau serai. So, kita tanam pokok serai kat kawasan tong sampah…”
Ibu saya kata : “ Kita bubuh klorin kat semua kawasan pasir. Kucing kompem tak suka bau pasir yg dicampur dgn klorin. So, x jd r nak berak…”
Adik saya kata : “Kita beli ja racun…Buh dlm makanan. Letak kat luar rumah. Biar mati semua kucing tuh…”
Saya berkata : “ Cari tuan kucing, p saman kat mahkamah. Tak pun, tangkap semua kucing tuh, pastuh buang jauh2…tak pun buang kat taman sebelah…”
Ok. Tuh semua idea ja…x laksana pun. X tau r jadi ke tak. Mungkin perlu dilihat pada perkembangan seterusnya.
TaufiqDesa berkata : terasa mcm nak bela anjing yg polis guna tuh. Kompem kucing x berani dekat…hahahahahaa…
haha. kesian ko. teruk sgt ke? klu ko nk thu kucing bleh detect sape x suke kat dia. instinct kucing sgt2 kuat woh. cbe ko belai kucing2 tuh, insyaAllah takde da dorg berak.hehe ^^,
ReplyDeleteohhh noooo....dia berak, makin bertambah+tambah rasa x suka sama kucing....haishhhh...
ReplyDelete