Wednesday, October 19, 2011

Macam-macam...

Bismillah…

Minggu selepas debat antara IPG satu Malaysia.

Minggu utk saya ber”ujian.”

Ujian Akhir Kursus a.k.a UAK.
Orang lain dh buat pada minggu saya berdebat. Saya pulak buat pada waktu minggu orang laen bersenang lenang. Tiada kelas. Tiada aktiviti melainkan aktiviti di dalam bilik. Roomate saya r orang yg paling seronok minggu ni. Dapat tidor dan bangun lewat. Dapat bergayut telepon sampai lewat malam. Bagun tidor boleh maen game angry bird. Untung laaaaaa…

3 hari. 3 paper. English, Math dan Literasi Bahasa.

Senang??? X dak senang sgt…Penat gak r memikirkan jawapan. Tapi ini pun berkat pertolongan KAWAN dan KAWAN yg sudi berkongsi soalan apa yg keluar. Terima kasih KAWAN! Kalau mereka ini tak tolong, kompem x leh jawab! Hahahahaa,,,dan tolong jgn pertikaikan keputusan yg bakal saya dapat. Sbb saya juga belajar seperti anda semua. Cuma nasib saya lebih baik. Dapat tau soalan apa yg dah keluar. Umpama spot soalan r jugak. Perasaan takut terhadap soalan ujian ditukar oleh pensyarah ttp ada. Jadi, tak salahkan??? Paling tidak, saya masih ttp membaca buku dan ulang kaji. Bukan sekadar goyang kaki walaupun soalan dan jawapan sudah diketahui.

Minggu2 terakhir kuliah ni gak r kawan2 sekelas nak bergaduh. Bergaduh sbb ketidakpuasan hati. Antara lelaki dan perempuan. Saya??? Malas nak masuk campur. Tak perlu nak membebankan otak yg penuh dgn masalah lain. Kan mudah kalau ada toleransi dan tiada dendam antara manusia. Tenang  semua jiwa.

Masalah yg datang bertimpa-timpa, mmg betul2 mnyesakkan dada. Ditipu oleh manusia. Itu lumrah. Siapa tak sedih bila hak yg sepatutnya kita peroleh tidak menjadi kenyataan. Bersangka baik dengan orang lain mmg itu pesan nabi. Hatta kes dh jd mcm ni sekali pun, masih tetap perlu bersangka baik. Tapi bukan dgn manusia lagi. Dengan Tuhan Rabbul Jalil. Moga2 saya dipertemukan dgn “manusia” itu di akhirat kelak. Tak perlu bersedih!

Semalam dan kelmarin. Berbual dgn kawan-kawan lama. Mendengar cerita dan kisah mereka. Menjadi pendengar masalah yg setia. Cuba untuk memberikan pandangan dan nasihat yg terbaik. Sebenarnya, saya takut utk dilaknat Tuhan. Pandai menasihati orang lain, tp diri sendiri x pandai nak ubah. Senang kata “cakap tak serupa bikin.”

Allah tidak akan menguji hambanya dengan ujian yg tidak akan mampu ditanggung. Allah akan menegur jika kita alpa dengan kesilapan. Seharusnya kita perlu bersyukur kerana Allah masih mahu menguji dan menegur kita. Jangan sampai jadi mcm Firaun. Langsung tidak diuji dan ditegur. Akhirnya, mati dalam kekufuran. Paling tidak, kalau Allah tak tegur kita secara “direct”, Allah utuskan kawan-kawan yg baik untuk tegur kita. Teringat kata-kata dari seorang teman, “Manusia yg hebat ialah manusia yg mampu menahan marah. Manusia yg hebat tidak takut untuk menegur kesilapan orang lain dan sanggup menerima teguran daripada orang lain dengan hati yang terbuka.”

TaufiqDesa berkata : Kadang-kadang terasa lebih baik jika bersendiri. Antara kita dengan Tuhan.

Wednesday, October 12, 2011

pahang...

Bismillah.

Hari keempat di Kuala Lipis. Sudah tiga malam tidur di hotel centrepoint. Tak nak cerita pasal hotel nih, sbb dikhuatiri akan digelakkan oleh anda sekalian.

P1Wimax. Sia2 membawanya. Hanya memenuhkan ruang dlm beg laptop. Tiada coverage lagi di pekan kuala lipis nih. Kasihan dkt rumate. Kalau tak, mesti dia boleh guna.

IPG Afzan. IPG yg cantik dan luas. Lebih cantik dr maktab saya.

Hari nih, saya dan adik saya sempat menziarahi tok dan nenek sedara yg dok kat sini. Makan tgh hari bersama mereka. Menu, LAKSA. Puas hati! Ini kali pertama saya dapat makan tgh hari sepanjang empat hari kat sini dgn puas dan nikmatnya. Rindu kpd layanan dan kasih sayang seorang atuk dan nenek. Melihat layanan mereka yg saling tak tumpah seperti tok sendiri hampir membuatkan saya menangis. Sumpah! Saya rindu dgn atuk dan nenek. Saya layan mereka seperti mana saya layan arwah tok dan nenek saya dulu. Saya seronok melihat mereka seronok. Dan saya sedih utk meninggalkan mereka.

Dua hari berdebat. Enam perlawanan. Penat, letih. Tapi puas. Ada peningkatan dlm persembahan walau tak menang. Seronok dpt jumpa dgn bakal2 guru dr pelbagai ipg satu Malaysia. Dapat buat kawan baru.  

Keputusan perlawanan saringan yg melibatkan maktab saya :

Round 1 : Ipg Perlis (P) VS Ipg Darul Aman (K)
Usul : SJK masih relevan
Pemenang : Ipg Perlis           Juri : 3-0        Margin : 5.66

Round 2 : Ipg Perlis (K) VS Ipg Raja Melewar, N.Sembilan (P)
Usul : Masalah birokrasi menyekat kemajuan pendidikan
Pemenang : Ipg Raja Melewar        Juri : 3-0        Margin : 2.66

Round 3 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Tun Hussien Onn (P)
Usul : Rukun negara hanya hafalan, bukan amalan
Pemenang : Ipg Tun Hussien Onn                Juri : 2-1        Margin : 1

Round 4 : Ipg Perlis (P) vs Ipg Perempuan Melayu Melaka (K)
Usul : Pendidikan negara maju, model terbaik untuk Malaysia
Pemenang : Ipg Perlis           Juri : 2-1        Margin : 2.5

Round 5 : Ipg Perlis (K) vs Ipg Batu Lintang, Sarawak (P)
Usul : Lambakan graduan, silapnya pada graduan.
Pemenang : Ipg Batu Lintang         Juri : 2-1        Margin : 1

Round 6 : Ipg Perlis (P)  vs Ipg K. Dato. Razali Ismail (K)
Usul : Jaringan sosial di internet, satu ketagihan.
Pemenang : Ipg K. Dato Razali Ismail      Juri : 2-1        Margin : 2.66

Keputusan keseluruhan : IPG Perlis menduduki tangga ke-17 selepas berakhirnya enam pusingan.

TaufiqDesa berkata : Allah itu maha penyayang. 

Wednesday, October 5, 2011

Betul!

Bismillah.
Betul… Lebih baik kalau kita tak tahu tentang sesuatu drpd diri sendiri yg sakit hati + angker + bengang + dan yg sama waktu dgnnya bila kita TERdapat tahu. Betul…bersangka baik itu mmg tugas seorang muslim. Terutamanya bila melibatkan hubungan antara sesama muslim.  Rumate saya selalu ingatkan diri saya supaya cuba utk bersangka baik dgn orang lain. Tapi, hari nih, saya dh belajar satu pengajaran. Jgn harap semua orang yg bergelar GURU/PENSYARAH itu baik! Walaupun mereka semua itu insan yg mulia, namun mereka juga boleh menjadi insan yg hina! Bukti???? X payah nak cerita panjang. Baca dalam surat khabar. Google kat internet. Guru meliwat pelajar. Guru merogol pelajar. Dan ada banyak cerita kat dunia nih yg menceritakan bahawa guru juga manusia biasa seperti orang lain. Jangan cuba sembunyikan kejahatan di bawah title “GURU”.
Betul. Kita x boleh nak mengumpat, mengata atau menghina guru kita. Tapi, ada beberapa keadaan yg Islam sendiri membenarkan kita utk melakukan hal2 sedemikian. Kerana apa??? Kerana guru juga manusia biasa. Mereka bukan nabi walaupun taraf mereka adalah umpama selepas nabi.
Tak rugi bersangka baik. Dapat pahala. Hati tenang. Tapi bila apa yg disangka baik itu bertukar sebaliknya, ia memang menyedihkan. Segala perkara yg berlaku telah dpt saya kaitkan dari A sampai Z.
Betul. Itu hak anda sebagai guru PENASIHAT untuk memilih siapa yg anda suka. Tp jgn r sampai buat anak2 murid yg lain sakit hati dgn tindakan anda. Bertindak ikut akal logik seorang manusia. Jgn ikut hawa nafsu semata-mata.
Kesian pada anak murid yg lain. Sanggup bersusah payah dgn kawan2 yg lain. Bersemangat utk belajar setiap hari. Namun, dibuang dan dipinggirkan akibat sebab yg saya sendiri pun x paham. Betul. Kalau kita x puas hati, kita patut jumpa orang tersebut, dan luahkan depan mereka. Tapi, kalau dh orang tuh sendiri x boleh terima teguran orang lain, x boleh terima pendapat orang lain, nak buat mcm mana??? Ego dlm diri tuh tebal sgt…
Kesimpulannya, saya betul2 kecewa dengan “anda.” Kalaulah anda tahu, betapa kecewanya perasaan anak murid anda apabila anda bertindak sedemikian ke atasnya…mungkin, anda tak tahu sbb anda x pernah merasa keadaan itu. Tapi, percayalah. ALLAH itu maha adil. Kalau anda x pernah merasainya, percayalah. Anak-anak anda akan merasainya kelak. Bukan mahu mendoakan sesuatu yg buruk kepada keluarga anda. Tapi sebagai peringatan sesama manusia. Ini luahan perasaan seorang kawan yg sedih dgn nasib kawannya yang dipinggirkan.

TaufiqDesa berkata : Enough! This is the last time!  

Tuesday, September 27, 2011

pagi!!!

Bismillah...

secawan kopi di awal pagi buta sudah cukup utk membuatkan saya tak boleh nk sambung tidur. guling2 berkali-kali atas katil masih tak boleh nak tidor. mata yg dipejam sekadar pejam. kemudian, celik. akhirnya, terus bangun utk solat subuh dan bersiap utk ke kelas. dan. sekarang, sudah online di pagi hari. 
minggu nih bermula dgn baik. (saya rasa dan harap). berjaya dtg awal ke kelas. berjaya menyiapkan kerja sebelum due date. alhamdulillah. laporan pbs hampir siap sepenuhnya. esaimen pentaksiran dan penilaian....hurmmmm,,,yg nih tak gerak ape2 lg...

perancangan aktiviti minggu nih barangkali agak padat. aktiviti hujung minggu dah dirancang. namun, biarlah Allah yg menentukan. utk debat IPG yg bakal berlangsung hujung minggu depan, persediaan masih lg di peringkat awal. tak nampak tanda2 presssure, takut, gemuruh dlm diri junior2 yg laen. ujian akhir kursus bakal menjelang. exam final mcm lambat lagi. 

dan kini, demam drama korea melanda kembali. bila dh dpt cerita best, semua kerja jd slow. (bukan x gerak langsung!). mula2 mcm x best. dah masuk next episode, dah kena sampuk. haishhhhhh!

taufiqdesa berkata : sahabat, saya mendoakan yg terbaik untuk anda...=D

Sunday, September 25, 2011

Uhibbuka Fillah...

Bismillah...

Alhamdulillah. Siap gak blog untuk tugasan pj. Tadi, sempat membaca sebuah cerpen yg agak bagus isinya. Daripada sebuah laman web islamik. Oleh itu, saya nak share cerpen nih dgn rumate saya yang tersayang. Semoga ang dapat baca dan fahami mesej yg dibawakan dlm cerpen nih...

"Uhibbuka Fillah..."


taufiqdesa berkata : "kita x selalunya senang. adakala kita akan susah. aku pesan kat ko, berdoa la dr skrg supaya kawan2 ko yg laen ade time ko susah nanti. so, aku harap ko x rase mcm mana aku rase skrg..."
- kredit to sahabat saya. terima kasih kerana sering mengingatkan.

jalan2 cari makan...

Bismillah...

Sabtu, 24/9/2011

7.00 - 9.00 pagi 
mendaki puncak bukit cenderawasih...haaaaaaaaaaaaaa....yg nih style. walaupun x de r setinggi gunung kinabalu apetah lg kalau nk dibandingkan dgn gunung everest, tp boleh r dikatakan mencabar bg insan2 yg X AKTIF seperti saya dan KAWAN-KAWAN. ok. dua orang kawan ja yg ikut saya p daki bukit tuh. (salah statement. saya yg ikut diorg.) pecah peluh gak r pagi2 tuh. mujur x mandi lg. x de r kisah sgt kalau berpeluh bagai pelari pecut 100 meter mcm usain bolt. kah3... jalan nk ke puncak bukit tuh agak curam. bukan agak dh. memang curam. kalau jatuh berguling-guling dari atas tuh, sah-sah tempah kubur dgn batu nisan. dan apa yg telah saya kenal pasti, tempat nih bkn sahaja sesuai utk buat maksiat (kat puncak dan otw nk ke puncak, ada pondok rehat..mcm kat R&R), tp juga amat sesuai utk dijadikan tmpt bg siapa2 yg putus cinta, hutang dgn bank atau ah long yg dah belambak dan juga yg x tahan dgn tekanan hidop utk p bunuh diri. naik ke kawasan yg tinggi sikit, dh boleh terjun. kompem p neraka pastuh. nih bkn nk promote utk p bunuh diri kat sana, tp just nak menggambarkan bahawa betapa bahaya nya jalan nak ke puncak tuh. oleh itu, sila berhati-hati kalau naik ke bukit tuh. disebabkan kami bertiga nih x de r aktif bersukan sangat, maka masa yg diambil utk daki bukit tuh ade r dekat 30 minit. (rehat sewaktu nak naik tangga tuh aja dh dekat 15 minit). kalau dh fit nanti agaknya takat 10 minit ja kot...hahahahahahaa...dan lg satu benda yg best, kat situ kita dpt tgk kawasan satu perlis dari atas pucak. boleh nampak laut kat kuala perlis. boleh nampak kawasan maktab. perghhhh. style! kat situ gak ada disediakn taman permainan bg kanak-kanak. jadi, siapa rase umur nya masih lg x mencapai tahap remaja atau dewasa, boleh r p maen kat taman tuh. agak seronok sbb dah lama x main. 

1.00 - 3.00 petang
dah siap kemas bilik, mandi, online, tgk drama korea dan tidur, kami bertiga + tiga orang lagi kawan p r ke rumah seorang lagi kawan nih. (mesti pening nak fahamkan ayat ni kan). family dia buat kenduri akikah. ingat ke buat open house. tengok-tengok, tuh diaaaa...siap pasang khemah. mcm kenduri kawen dah! makan sampai kenyang, sembang dalam rumah, tgk tv....waaaaaaa...dh mcm rumah sendiri. kah3....bila rase dah ngantok, baru r sedar diri nak p balik ke maktab. 

9.00 - 11 malam
event malam nih x dirancang. tgh dok mengelamun atas katil, dpat satu call dr kawan. ajak makan kat luar dgn kawan2 yg lain. ok. sbb dah lapar (makanan yg dimakan ptg tadi, dah dihadam), maka join r sekali. agak malang sbb makanan yg diorder hanya indah harga drpd rupa. order mee hailam ja pun. tp harga lima hengget. bajet masak dlm claypot ke, banyak ke apa ke....tgk2 hidang dalam pinggan biasa ja. dah r tuh, punye r sikit. nih standard celah gigi ja...mmg x berbaloi. huhhhh...patutnya, makan tuh sejam ja. tp sembang punya pasal, lajak r lg sejam. mmg namanya Melayu....(mujur saya ada darah kacukan jawa)

tgh malam
tayangan lewat malam. tgk citer hindustan. khabi khusi khabi gham. yg nih tgk sikit2 ja dulu. sbb cerita nya 3 jam lebih, maka terpaksa dibahgikan jadual tontonan kepada sejam setiap hari. mau x tidor malam kalau tgk sampai habis. ceritanya mmg best! feeling der tengok sorang2. (rumate saya x de). nak nanges ke, nak guling2 ke, nak teriak ke, sume boleh sebab x de siape2 melainkan anda dgn Allah sahaja di dalam bilik. (ada lg makhluk2 laen). bila dah rase cukup masa, maka saya pun tidur sbb ada event laen pada hari esok.

25/9/2011
11 pagi - 3 petang
makan-makan di rumah kawan. buat bbq di tengah hari. kawasan halaman rumah kampung mmg kondusif utk buat aktivti2 mcm nih. best! sembang2 kat halaman sambil makan, mmg syok. berbaloi walaupun penat merempit atas jalan hampir sejam. 

3 - 5 petang
jalan2 sekitar perlis. melawat ke tasik timah tasoh. sebenarnya nak ceri teduh sbb hujan. tp dah alang-alang berada kat sana, kami semua jalan2 dan amik gambar sbg kenangan masa depan. bak kata kawan saya, "kalau bukan sekarang bila lagi..." ade betulnya kata dia. waktu lapang mcm nih r yg sesuai utk beriadah bersama kawan2. masa depan kita x tau lg apa yg telah ditentukan Tuhan. ajal dan takdir kita semua berbeza. jadi, masa dan peluang yg ada dimanfaatkan sebaik mungkin. tiada niat lain. tempat terakhir yg dituju ialah tasik melati. walaupun dah lama duduk kat bumi Perlis, ini r kali pertama jejak kaki ke situ. tempatnya cantik. dalam kawasan kampung. tp kebersihannya kurang. adat r. orang Malaysia. p r kat mana2 kawasan pelancongan yg free, mmg mcm tuh r keadaannya. nak melawat ke tempat yg bersih, cari r mane2 tempat yg berbayar. insyaallah bersih. Btw, terima kasih kepada kawan2 yg telah belanja saya makan dan minum kat sana. semoga Allah melimpahi anda berdua dgn rezeki halal yg lebih dari hari ini...aminnnnn...=D

taufiqdesa berkata : rumate saya p kursus kat pulau pun nak bawak bantal busuk. x adventure langsung.
                                 

Saturday, September 17, 2011

hari ini dalam sejarah...

Bismillah.

16/9/2011

kalau diikutkan pada kalender, hari nih cuti sbb hari penubuhan malaysia. so, maktab pun cuti  r gak. oleh itu, hari ini, saya ambil keputusan utk kemas bilik. maksud saya kemas yang kemas. sbb esaimen tinggal lg satu ja yg perlu disettlekan, maka ia bkn lah masalah yg besar. jd, saya isytiharkan hari nih sbg hari utk membersihkan bilik. bermula seawal jam 9.30 pagi sehingga ke pukul 1.15 ptg. (mujur sempat solat jumaat)
bermula dgn aktiviti mengemas almari pakaian, kemas meja ROOMATE, buang sawang, jemur carpet, sapu bilik, kemas2 barang ROOMATE sehinggalah ke aktiviti membasuh baju bersama uncle TOSHIBA. nak harapkan roomate sendiri yang buat semua nih, jgn mimpi r...
akhirnya, saya puas hati dgn keadaan dlm bilik nih. lebih bersih dan selesa utk tidur bila free. hahahaha...disebabkan ini kali pertama saya membersihkan bilik sedemikian rupa, maka saya anggap ia sbg hari yg bersejarah!

TaufiqDesa berkata : untung r sape yg jd bini aku...hahahaha...=D