Saturday, March 31, 2012

Pengalaman Berasaskan Sekolah 3 - Siri 2

Bismillah…

Setelah saya menyelesaikan masalah esaimen BM yg mmg menyusahkan, maka saya sambung balik kisah pbs yg lepas.

Hari kedua

Disebabkan hari semalam berlalu dgn agak bosan tanpa sebarang aktiviti yg menarik, maka pagi tu saya bangun dgn keadaan x berapa nk bersemangat. Ikut hati mcm x mau p ja sekolah…(he3…dh mcm budak2 pulok) Tapi,mujur ari tu ada aktiviti meng’observe’ sorang cikgu pj mengajar tahun 1. Ade r rase keinginan sikit utk p. Kebetulan cikgu tuh mmg cun dan masih single.

Jadi, kelas bermula 7.40 pagi. Murid2 kena sampai ke kelas sebelum 7.20. Pelik kan? Lagi 20 minit nk buat ape dr 7.20-7.40???? Rupe-rupenye kat sekolah nih 20 minit tuh r masa yg digunakan oleh cikgu2 kat situ utk panggil murid2 yg bermasalah dlm pelajaran dan ajar mereka secara personally dlm bilik guru. Kalau ada students yg akan mewakili sekolah dlm apa2 acara berbentuk akademik, mereka turut dilatih pada waktu tuh mcm kuiz ke, storty telling dsb. 

Students lain yg x terlibat ada dua pilihan. Pertama, buat group study kat dlm kelas dan kedua pergi main bola keranjang utk saja2…Tapi nih utk murid tahap 2 ja…Ofkos la murid tahun 1,2,3 x leh buat benda nih suma…mereka akan pergi ke dalam dewan, duduk kat sana selama 20 minit dan menghafal SIFIR secara berjemaah!!! Mmg terkejut tgk situasi nih. Ingat ke ada perhimpunan mini dlm dewan pagi tuh…Rupanya, bila buat sesi temu bual, itu adalah rutin harian sebelum belajar dalam kelas. Patut r anak2 Cina nih cekang Math.

Apabila loceng utk kelas 7.40 berbunyi, saya pun p r ke padang sekolah. Harus diketahui bahawa sekolah ni hanya ada PADANG. Bukan padang bola, hoki apetah lg rugby. Hanya padang kosong utk murid2 berlari sakan dan hari sukan. Mujur ada garisan utk atlet berlumba lari. Kalo x mmg saya ingat itu hanya kawasan parking kereta apabila ada majlis besar. Waktu saya datang ke padang tuh, cikgu yg saya nk observe tuh on the way bawak budak2 tahun 1 berjalan sambil berbaris ke padang. Lagak budak2 tuh mmg comel! 
Mujur ada yg pandai cakap Melayu. Tp mostly sume x reti cakap melayu. Cakap cina ja tau. Ada sorang ja yg tau cakap bi… Maka bermulalah aktiviti merakam video segala tindak tanduk mereka dan mmg menjadi lumrah kanak-kanak, mereka akan bertukar menjadi jakun apabila melihat kamera. Maka berlakulah aksi yg pelbagai. Yg cikgu tu pulak mmg syok. Cakap full Chinese. Maka terpaksalah berpura-pura paham akan apa yg dia kata sepanjang kelas tuh.

Tiba-tiba, tgh dok asyik merakam video budak2 ber”PJ”, saya telah didatangi oleh guru pen. Koko…

“Cikgu taufiq, boleh tak kalau saya nk minta tolong dari cikgu?”

Dgn perasaan curiga saya pun jawab,

“Kalau saya mampu tolong, saya kompem tolong cikgu…apedia?”

“Mcm nih cikgu, tadi guru besar panggil saya dan dah bincang dgn saya. Dia minta tolong cikgu utk ajar budak2 sekolah nih berlatih main bola utk pesta bola sepak sabtu nih…Cikgu ingat tak semalam dia ada cakap pasal bola sepak tu?”

Waktu tuh mmg jantung nih rasa nk luruh. Muka kalo ditoreh dgn kuku Pontianak kompem koyak tanpa darah.

“Ooooo…saya ingat…tapiiii….”

“Cikgu amik kos pj kan??? Mesti pandai main bola….”

“Haah…tapi saya x berapa pandai main bola…”(time tuh kalo saya nk cakap yg saya x reti main bola, kompem2 akan memalukan diri sendiri, pensyarah pj kat maktab dan maktab nih sekali..)

“Ishhh…x kan cikgu pj x reti main…cikgu x payah rendah diri dgn saya…X pe cikgu…cikgu Cuma ajar mereka cara sepak yg betul dan peraturan saja. Sbb mereka LANGSUNG x pernah sepak bola selama belajar kat sini. Mereka main bola keranjang, badminton dan ping pong saja…boleh ye cikgu?”

Disebabkan keperluan utk menjaga nama baik pensyarah pj kat maktab nih, maka saya pun kata, “Boleh r cikgu…Bila nk start latihan?” (saya sepak bola pun x betul, nih nk ajar budak sepak betul…haiyohhh)

“lepas nih cikgu. Saya dh panggil budak. Sekejap lagi mereka datang ke padang. Cikgu tunggu kat sini saja. Mereka akan bawak bola ke sini.”

Dgr ayat tuh mmg terasa nk pitam! Ingat ke start esok pagi atau petang sat g lepas waktu sekolah. Paling2, sempat r gak nk menGOOGLE ke mengUTUBE ke pasal teknik sepak bola dan segala bagai. Nih mmg x sempat nk buat apa. Hanya terkedu dan berdiri kat padang sambil mengerah otak utk ingat balik apa yg dh diajar waktu pj sem 3 dulu dan waktu gerko bola sepak sem lepas. Perah punya perah ada r sikit yg saya ingat sbb x amalkan dgn bermain bola. Hatta nak main game bola kat dlm p.s pun x hengen. Tapi, sbb saya takut buat ajaran sesat, saya try call Hafizi (classmate yg agak terror main bola)…mujur dia angkat phone. Saya tanya r apa2 yg patut utk mengurangkan kekusutan dlm kepala sementara menunggu budak2 tuh datang. Dan bila saya abes call, budak2 tuh dah main bola!!! Haiyoh….teruk!

Dgn x dak wisel, saya terpaksa teriak utk memberi arahan kepada mereka yg dh jauh berlari dgn bola. Dah kumpul budak2, saya mulakan dgn sesi perkenalan diri. Sampai ke hari last, saya masih x ingat semua nama budak2 tuh. Ramai kot….dan nama anak-anak cina nih mmg susah sikit nk sebut. Apetah lagi nk ingat. Mcm dah kene blacklist ja dgn memori otak. Hehehehehehe….Kalo yg nama mcm omputeh tuh senang r nk ingat…

Dah berkenalan dgn diorg sume, baru r saya mulakan sesi COACHING. Hari tu saya hanya buat sesi latihan menggelecek bola dan menyepak bola guna kawasan dalam kaki. Itu saja selama hampir 2 jam! Dan anda sendiri boleh bayangkan keadaan murid2 cina bermain bola...mcm2 keadaan yg melawakkan telah berlaku...Adoiii...penat gelak gak aritu...

Balik ke bilik guru, saya cerita semua benda kat yen…dia hanya gelak dgr cerita saya. Adoiiii…Saya mmg keletihan hari tu. Balik rumah rasa nk tido. Tido sekejap sebelum pergi ke sekolah ibu saya utk tolong melatih pasukan forum sekolah yg akan bertanding sabtu tuh jugak. Sama dgn budak2 bola. Dan malamnya, saya ceritakan apa yg berlaku kpd ibu saya. Mmg kena gelak r jugak sbb dia pun tau saya nih mane reti main bola….dan hari tu berakhir dgn saya masuk tido awal. Sebelum pukul 11 malam selepas tgk utube pasal skil sepak bola dsb…

Bersambung…

No comments:

Post a Comment