Bismillah…
PBS kali nih saya telah memilih SJK (C) Chinese National sbg sekolah pilihan. Alasan??? Utk timba pengalaman yg lain dr yg lain. Melihat senior2 yg dh posting dulu, ada yg TERposting di SJK (C) walaupun sepatutnya dia tidak ke sana.
Ok. Pengalaman di sana sememangnya di luar jangkaan. Jadi, saya mulakan dgn kisah hari pertama.
Hari Pertama :
Pagi tu bangun awal. 6.15 dah bangun. Sbb x boleh tido. Mcm2 benda yg terpikir waktu tido. Mandi dan solat subuh. Siap2 kan diri, sarapan, pukul 7 pagi dah gerak keluar rumah. Waktu sekolah start 7.20 pagi dan masa dari rumah ke skolah tu hanya 10 minit. Jadi, kalo dikirakan akan sampai dlm 7.10 atau 7.15 (paling lewat). Mujur r sempat cari sekolah tuh 3 hari sebelumnya dan sempat baca papan tanda waktu persekolahan. Kalau tak….pikir r sendiri. He3…
Sampai2 ja kat simpang nk masuk sekolah tuh, berlaku kesesakan lalu lintas. Kat sekolah nih, kereta,bas, moto, segala jenis kenderaan boleh masuk melintasi pintu pagar sekolah. Maka, berlaku r jem (bukan jem roti ye) apabila parents sume hantar anak2 ke sekolah. Mujur saya naik moto. Senang nk mencilok. Malangnya, bila saya pusing satu sekolah, x dak kawasan parking moto. Terpaksa mencari dan mencari dan membuang masa. Akhirnya, parking sebelah pondok jaga dgn moto jaga sekali. Haiyohhhh…
Liyana a.k.a Yen pulak dah sampai awal. Terpacak depan office. Tunggu saya lettew….keh3…sampai2 depan pintu office, saya ditegur oleh guru besar…seorang perempuan yg lg 2 tahun nk pencen umur 60 (hasil bersembang dgn seorang guru). Dia tanya nama saya dan ajak kami berdua masuk ke dalam dewan sekolah sbb ada esembly mingguan…(esembly dlm dewan!!!! Standard sekolah menengah tuh…)
Masuk dlm dewan, kami berdua telah disambut oleh adik2 pengawas sekolah. Ucapan selamat pagi sambil menundukkan kepala sbg tanda hormat kpd guru. Mmg saya respek dgn budaya mereka! Dan yg paling menakutkan apabila kami berdua diJEMPUT duduk di hadapan di atas kerusi di atas pentas dan di tengah-tengah sekali…(sila pahamkan ayat ini bg menampakkan situasi). Sepatutnya, kalo kat sekolah2 laen, tempat duduk tuh adalah hak milik kekal guru besar dan guru penolong kanan. Tapi kenapa dan mengapa kami disuruh duduk di situ???? Sumpah malu bila menjadi tontonan budak2 satu sekolah. Yg diorg pulak sume tgk kami berdua. Dh mcm Godzilla duduk dalam zoo. Pelik sangat ke kami nih???? Mungkin kot sbb pertama Yen pakai tudung. Maka, kami berdua adalah orang melayu dan bukan cina. Kedua, kami ni nampak mcm budak2 lg kot. Tp kenapa pakai mcm cikgu melayu mereka…haaaa…tuh r yg saya cuba teka bila melihat reaksi pelik mereka. Dah lama2, baru rasa tenang. Dengar diorg nyanyi lgu negeri Perak, rase agak lawak sikit terutama bila diorg sebut kalimah Allah…terpikir gak dlm kepala…
“diorg nih tau ke Allah tu ape???”
Yg paling syok bila esembly nih full dlm bahasa Mandarin. Mujur ada penterjemah bahasa merangkap PK Koko. Paham r sikit2 terutama bila part guru besar perkenalkan kami berdua. Dan esemblynya agak lama. Dekat sejam baru abes. Abes2 esembly, guru besar terus bg taklimat dkt cikgu2 sekolah tuh pasal beberapa perkara. Antaranya, sekolah tuh dijemput utk hantar pasukan bola sepak ke pesta bola sepak 1Malaysia Cardiff City pada 24/3. Abes guru besar sebut ayat tuh, sume cikgu gelak…saya dan yen x paham ape2 masa tuh. So, kami berdua agak blurr…
Kemudian, kami masuk ke bilik guru. X dak tempat utk kami. Kami minta kat g.b utk duduk kat library. G.b x bg. Sbb kami lain jantina. Perghhhhh…tersentap waktu tuh…hebat gak g.b sekolah nih..tau bab nih. Maka, dia mengusahakan gak agar kami berdua boleh duduk dlm bilik guru tuh walaupun terpaksa menyusahkan mak cik dan pak cik cleaner.
Oleh itu, aktiviti hari pertama kami berdua adalah mencari sendiri mentor, guru yg nk diobserve, lawat sekolah sendiri dan menghabiskan masa bersembang berdua dlm bilik guru. Pastu, tgk cikgu2 bekerja…mmg agak bosan utk hari pertama.
Balik rumah ja, rasa mcm x mau p sekolah dh esoknya. Tapi saya x tau bahawa ada benda yg Allah dh aturkan dlm hidup saya. Kisahnya berlaku pada keesokan harinya…
Bersambung…
No comments:
Post a Comment