Tuesday, March 13, 2012

I love u

Bismillah…

Segala puji bg Allah Tuhan sekalian alam, akhirnya, masih berpeluang dan diberi kesempatan utk menulis lagi. Kesibukan melampau di maktab telah mengekang aktiviti nih walaupun sebenarnya bnyk cerita utk dikongsi. Dan seperti biasa, bila dh bnyk cerita yg dikumpul, bila nk ditulis, hasilnya adalah sekadar satu dua citer ja…bakinya…..dah lupa! Hehehehee…

Pertama sekali, saya nk ucapkan takziah kpd keluarga Kak Ana Munawwarah bt. Sharif yg baru sahaja kehilangan bonda tercinta akibat radang/kanser/tumor/kanker otak. Mak beliau merupakan cikgu saya jugak sewaktu belajar kat semesti dulu. Ingat lg, waktu form 5, dia ajar saya dan kawan2 sekelas subjek math moden. Pengalaman dimarah, dipuji, dinasihat semua masih segar dlm ingatan. Kebetulan, saya pernah menjadi pengerusi kelab catur yg juga dikelola oleh beliau. Mcm2 benda yg kami berdua pernah berbincang sama2 utk memajukan kelab catur. Daripada buat tournament, baju kelab, replika patung dan papan catur gergasi dsb. Betul, rase mcm x percaya dia dh pergi bertemu Ilahi. Ada satu pesanan beliau yg saya selalu ingat, 

“Sebelum minum air, baca doa dan hajat kuat2 dan hembus kat air tu. Kamu tau tak, air sebenarnya boleh mendengar apa yg kita cakap. Kalau kita berdoa dan baca ayat quran, molekul2 air akan bercantum dan membentuk satu corak yang unik…” (lebih dan kurang cmtuh r…)


Point nyer, dia nk ajar kami semua rajin2 r amalkan baca surah yasin di hadapan air tuh. Dan air yg dibaca dgn surah yasin tuh dibuat minum selalu. Insyaallah, lepas nih saya akan cuba amalkan selalu dan sebarkan kpd kawan2 yg laen. Semoga, ada “saham” utk cikgu kat “sana”. Aminnn ya rabb. =)

Dan kisah saya. Ada yg menyayat hati. Untuk dijadikan iktibar kepada semua, bila balik kampung, kalo naek motor dan bawak laptop atau brg elektronik, simpan r semua tuh dlm plastic dulu sebelum dimasukkan ke dalam beg. Kalo x, bocor r dompet tuh…
Cuti di rumah mmg satu nikmat. Nikmat bersama keluarga, makan bersama, tgk tv bersama, ngobrol bersama, jalan2 bersama…hargai dan nikmatilah sementara masih ada.

Ahad lepas, saya dan family sempat hadir ke kenduri kawan parents saya di Grik. Punya r jauh. 3 jam perjalanan pergi dan 3 jam perjalanan balik. 6 jam berada dlm kereta yg x berapa nk luas, mmg sakit satu badan. Perjalanan kali nih, saya sempat lalu kawasan bota, parit dan kuala kangsar!!! Kpd atiqah saiful azhar, saya jumpa simpang nk ke SMK Bukit Merchu… ha3…Nampak sign board tuh, tetiba terus teringat kat classmate nih. Skolah dia dulu2. Pusing punya pusing, saya dpt buat satu kesimpulan,,,,,MANJUNG gak yg best!!! Keh3…

Sepanjang cuti kali nih, selain berdating dgn esaimen, saya ade tugas lain dgn ibu saya. Temu janji dgn kawan2 sekolah. Dan tadi, baru abes melepak seketika dgn kawan baek di MCD. Sembang2, tukar cerita ape yg berlaku kat diri masing2. Saling nasihat antara satu sama laen utk dijadikan pedoman.

Ok. Dah mengantuk. Mau tidor. Esok, kena bangun awal. 8.00 pagi kena siap2 mandi dah. Aigooooo…


TaufiqDesa berkata : x sempat lg nak berdrama korea cuti2 nih…
 : kak long, jaga kesihatan elok2 yerp... =D

2 comments:

  1. waa.. kutok bandar diraja nampak? kau nak kne tulah??ahakz

    ReplyDelete
  2. kuaq ngan aku tak cita pon~ hahahahahahah~

    ReplyDelete