Bismillah…
Pagi tadi my lil bro
beli surat kabo… harian metro merupakan pebret ibu saya sbb ade berita2 yg
disiarkan yg boleh diterima akal..x seperti berita hairan dan yg sama waktu
dgnnya. Jadik, bila saya go through surat kabor tu, terbaca r satu berita yg
boleh dikatakan sedih pasal kematian rakyat Malaysia ketika mendaki gunung Everest.
Sebenarnya, lg sedih kalo baca pasal kematian orang awam yg ditimbus jambatan
kedua p.pinang yg TERruntuh. Disebabkan kesalahan dan kecuaian segelintir
pihak, mereka yg x berdosa menjadi mangsa. Innalillahi wainnailai hirajiun.
Bila baca pasal
kematian pendaki gunung Everest nih, saya terpikir r gak…. Pasal apa p gatai
tangan dan kaki p daki gnung tuh????? Dah x de aktiviti lain ke nak dibuat???? Saya
sangat musykil kenapa dlm bnyk2 gunung yg Allah ciptakan atas muka bumi nih,
diorg p daki gnung everst tuh. bukan ada pokok bunga tulip pun atas gunung tuh. dan saya rasa x ade apa2 yg menarik utk dilihat melainkan salji-salji yg berwarna putih dan mungkin akan nmpak beruang kutub kalo bernasib baik. Saya rasa diorg tahu bahawa ramai pendaki2
sebelum nih yg mati ketika cuba mendaki dan kalo selamat pun ramai yg menerima
kesan sampingan seperti yg berlaku kepda N.Mohandas dan rakannya yg pernah
menawan gunung Everest pd tahun 1997. Dan kalo dah sedia maklum, kenapa dan
mengapa ramai lagi rakyat Malaysia yg nk p daki gunung tuh? Kemon r… keadaan
nih boleh saya ibaratkan umpama menggali kubur sendiri. P r daki gunung2 yg
kurang risiko kematian dan kecederaan mcm gunung kinabalu. X pun, kalo nk
sangat aktiviti mencabar, p r buat aktiviti sky jumping ke, bungee ke, scuba diving
dll yg jauh lebih selamat. Memang betul. Hidup mati di tangan Tuhan. Tp asbabnya
adalah berdasarkan pilihan kita.
Berdasarkan bacaan saya di surat kabo dan maklumat dari media massa, majority rkyat Malaysia yg mndaki gunung everst tuh sbb
nak mengharumkan nama Negara di persada dunia. Ok. Memang sungguh patriotic. X
sia2 para guru di sekolah mengajar PSK dan sejarah. Tapikan, saya tertanya gak, mcm mana dengan
kejayaan mendaki gunung Everest boleh dikaitkan dengan mengharumkan nama Negara
di seluruh dunia??? Adakah dgn memacakkan bendera Malaysia kat atas puncak
gunung tu dah boleh mendatangkan keuntungan kepada Negara? Adakah dgn melaungkan
slogan “Malaysia boleh” kat puncak gunung tu boleh membuatkan rakyat-rakyat di
seluruh dunia mengenali negara Malaysia???? Saya rase r, TIDAK. Abeh tu, kenapa
ramai orang sibuk nk p buat bnde tu? Kadang2, saya berasa yg golongan2 seperti
ini sbenarnya lebih menginginkan populariti berbanding smngt patriotic yg ada
dlm diri mereka. Ye r…kat Malaysia nih, kalo berjaya buat benda2 pelik yg x ramai
orang nk buat, mcm daki gunung Everest, kompem keluar tv dan surat kabo. Cthnya,
mcm Dato’ Azhar Mansor (kalo x silap r) yg berjaya mengelilingi lautan dunia pd
suatu ketika dulu. Abes je keliling dunia, dapat r pangkat Dato’. Nah, saya
rasa ini r yg dicari dan diimpikan oleh segelintir rakyat Malaysia. Menginginkan
nama dan harta. Dan sampai sekarang saya masih lg x nampak mcm mana kejayaan
Dato’ Azhar Mansor tuh telah mmbantu memajukan ekonomi Negara. Adakah, selepas
kejayaan beliau tuh diwar-warkan oleh pelbagai media di Malaysia menyebabkan
kemasukan lebih ramai pelabur asing? Adakah disebabkan kejayaan beliau telah
mnyebabkan ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia dan bertemu dgnnya???? Hurmmmm…mungkin
saya sorang je yg x Nampak hasil kejyaan mereka semua.
Kesimpulannya, kalau
kita nk mengharumkan nama Negara, buat r benda yg betul2 boleh memberikan
manfaat kepada Negara, bangsa dan agama. Contohnya mcm kejayaan Najmil Faiz
Muhd Aris (google r siapa dia nih).
Kalau setakat nk kejar nama dan harta, takut x sempat nk dapat, Allah
dah tarik nyawa tu…x ke sia2 namanya. Apa2
pun, kalau ada yg x puas hati dgn pandangan kerdil saya nih, saya dgn rasa
rendah diri memohon maaf kpd anda semua. Sekadar nk meluahkan persoalan yg
terbuku dlm pala otak nih setelah sekian lama. =)