Tuesday, June 11, 2013

I'm Thinking While Reading...

Bismillah…

Pagi tadi my lil bro beli surat kabo… harian metro merupakan pebret ibu saya sbb ade berita2 yg disiarkan yg boleh diterima akal..x seperti berita hairan dan yg sama waktu dgnnya. Jadik, bila saya go through surat kabor tu, terbaca r satu berita yg boleh dikatakan sedih pasal kematian rakyat Malaysia ketika mendaki gunung Everest. Sebenarnya, lg sedih kalo baca pasal kematian orang awam yg ditimbus jambatan kedua p.pinang yg TERruntuh. Disebabkan kesalahan dan kecuaian segelintir pihak, mereka yg x berdosa menjadi mangsa. Innalillahi wainnailai hirajiun.

Bila baca pasal kematian pendaki gunung Everest nih, saya terpikir r gak…. Pasal apa p gatai tangan dan kaki p daki gnung tuh????? Dah x de aktiviti lain ke nak dibuat???? Saya sangat musykil kenapa dlm bnyk2 gunung yg Allah ciptakan atas muka bumi nih, diorg p daki gnung everst tuh. bukan ada pokok bunga tulip pun atas gunung tuh. dan saya rasa x ade apa2 yg menarik utk dilihat melainkan salji-salji yg berwarna putih dan mungkin akan nmpak beruang kutub kalo bernasib baik. Saya rasa diorg tahu bahawa ramai pendaki2 sebelum nih yg mati ketika cuba mendaki dan kalo selamat pun ramai yg menerima kesan sampingan seperti yg berlaku kepda N.Mohandas dan rakannya yg pernah menawan gunung Everest pd tahun 1997. Dan kalo dah sedia maklum, kenapa dan mengapa ramai lagi rakyat Malaysia yg nk p daki gunung tuh? Kemon r… keadaan nih boleh saya ibaratkan umpama menggali kubur sendiri. P r daki gunung2 yg kurang risiko kematian dan kecederaan mcm gunung kinabalu. X pun, kalo nk sangat aktiviti mencabar, p r buat aktiviti sky jumping ke, bungee ke, scuba diving dll yg jauh lebih selamat. Memang betul. Hidup mati di tangan Tuhan. Tp asbabnya adalah berdasarkan pilihan kita.

Berdasarkan bacaan saya di surat kabo dan maklumat dari media massa, majority rkyat Malaysia yg mndaki gunung everst tuh sbb nak mengharumkan nama Negara di persada dunia. Ok. Memang sungguh patriotic. X sia2 para guru di sekolah mengajar PSK dan sejarah.  Tapikan, saya tertanya gak, mcm mana dengan kejayaan mendaki gunung Everest boleh dikaitkan dengan mengharumkan nama Negara di seluruh dunia??? Adakah dgn memacakkan bendera Malaysia kat atas puncak gunung tu dah boleh mendatangkan keuntungan kepada Negara? Adakah dgn melaungkan slogan “Malaysia boleh” kat puncak gunung tu boleh membuatkan rakyat-rakyat di seluruh dunia mengenali negara Malaysia???? Saya rase r, TIDAK. Abeh tu, kenapa ramai orang sibuk nk p buat bnde tu? Kadang2, saya berasa yg golongan2 seperti ini sbenarnya lebih menginginkan populariti berbanding smngt patriotic yg ada dlm diri mereka. Ye r…kat Malaysia nih, kalo berjaya buat benda2 pelik yg x ramai orang nk buat, mcm daki gunung Everest, kompem keluar tv dan surat kabo. Cthnya, mcm Dato’ Azhar Mansor (kalo x silap r) yg berjaya mengelilingi lautan dunia pd suatu ketika dulu. Abes je keliling dunia, dapat r pangkat Dato’. Nah, saya rasa ini r yg dicari dan diimpikan oleh segelintir rakyat Malaysia. Menginginkan nama dan harta. Dan sampai sekarang saya masih lg x nampak mcm mana kejayaan Dato’ Azhar Mansor tuh telah mmbantu memajukan ekonomi Negara. Adakah, selepas kejayaan beliau tuh diwar-warkan oleh pelbagai media di Malaysia menyebabkan kemasukan lebih ramai pelabur asing? Adakah disebabkan kejayaan beliau telah mnyebabkan ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia dan bertemu dgnnya???? Hurmmmm…mungkin saya sorang je yg x Nampak hasil kejyaan mereka semua.


Kesimpulannya, kalau kita nk mengharumkan nama Negara, buat r benda yg betul2 boleh memberikan manfaat kepada Negara, bangsa dan agama. Contohnya mcm kejayaan Najmil Faiz Muhd Aris (google r siapa dia nih).  Kalau setakat nk kejar nama dan harta, takut x sempat nk dapat, Allah dah tarik nyawa tu…x ke sia2 namanya.  Apa2 pun, kalau ada yg x puas hati dgn pandangan kerdil saya nih, saya dgn rasa rendah diri memohon maaf kpd anda semua. Sekadar nk meluahkan persoalan yg terbuku dlm pala otak nih setelah sekian lama. =)

No comments:

Post a Comment