Friday, April 19, 2013


(AMARAN! ENTRI PANJANG BERJELA...)

Bismillah…

Lama sungguh tak jenguk blog nih… update hape tah lagi. Sibuk dgn urusan duniawi sejak awal semester ni. Kononnye. ~___~”

1 April 2013, maka bermulalah kerjaya saya sebagai guru praktikal bahasa melayu di SK Felda Mata Air. Dan hari ini, genaplah 3 minggu bertapa di sana menuntut dan mencurah ilmu sesat di sana. Kah3. Rasa mcm x percaye je dah ngajor anak orang.

Tapi sejujurnya, ikhlas dari hati yg tulus dan suci, ngajor anak lembu makan rumput lagi senang dari ngajor anak orang. First day masuk kelas, ingat dah berjaya mengawal kelas dgn baik. Rupenyer, sangkaan tuh umpama mimpi tidor petang. First day yg lalu, murid2 dlm kelas tuh x semuanya ada. Yg tinggal hanyalah murid pandai dan sederhana. Yang baki 8 orang semua p kelas pemulihan. Tinggal r 18 orang murid je dlm kelas tuh. Bila tinggal sikit je budak2 dlm kelas, maka senang r kerja saya sbg cikgu. Tapi esoknya, bila budak pemulihan ada dalam kelas, rasa heppy+ riang+ teruja+ dan yg sama waktu dgnnya nk ngajor budak2 telah bertukar kepada perasaan nak menjadi super saiya mcm son goku dlm citer dragon ball. Bayangkan, kalau semalamnya kelas tersebut aman damai, tenang, semua murid baik dan menurut perintah, hari tersebut telah bertukar 361 darjah. Yaaaa…bukan 360 darjah..tapi extra 1. Waktu itulah saya merasakan ada benarnya kata pepatah melayu iaitu “hari tak selalunya cerah.” Tengah naik tangga ke kelas, dah dengar suara kanak2 riang “bergembira” di dalam kelas. Tahukah anda semua, bagaimanakah kanak2 pemulihan ini mengekspresikan perasaan gembira mereka????

Melukis??? Mewarna??? Tidor??? Bermain lawan pemadam??? Main batu seremban??? Main tepuk daun terup??? Semua tuh TAK berlaku di kelas tahun 2Angsana Felda Mata Air.. cara mereka menunjukkan perasaan seronok mereka adalah seperti BERLARI MERENTAS MEJA dan MEMUKUL KAWAN tak kira r laki ke perempuan. Bayangkan perubahan suasana kelas yang berlaku. Saya umpama terkena kejutan budaya waktu tuh. Cakap saya x laku. Saya umpama menjadi lauk sardine kepada anak2 jerung di tahun 2. Budak2 yg baik telah dibuli oleh murid pemulihan. Sebenarnya, budak pemulihan yg buas nih ada empat orang ja pun. Tapi kehadiran diorg nih akan menyebabkan beberapa budak yg sederhana turut menjadi buas seperti mereka. Kira budak pemulihan nih mcm virus r kalo senang nk paham. Buat orang lain x senang duduk. Termasuk diri saya.

Lepas situasi tuh, maka bermulalah sesi luah perasaan kat guru pembimbing, kawan2, dan ibu saya. Mcm2 teori yg telah diperkenalkan oleh mereka. Yg pasti, pesan guru pembimbing, kat sekolah tuh, x maen psikologi2 nih. Kompem x berkesan. Nak berkesan kena gune pendekatan penyepaklogi dan penamparlogi. Dan sememangnya guru pembimbing saya seorang yg brutal even beliau seorang wanita mengandung 8 bulan! Wa tabik sama lu Kak Ina… he3…sangat kagum akan kebrutalan beliau menghadapi kanak2 buas.

Insyaallah, utk next entri saya akan perkenalkan kanak2 buas di tahun 2 Angsana.

Yang ajaibnya, walaupun mereka menjadi hyperaktif semasa saya mengajar, namun bila time saya dipantau oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, semua jadik baik.  Saya sangat r terkejut dgn perubahan sikap mereka. Dan sewaktu diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing semalam, untuk final observation, mereka berkelakuan seperti kanak2 normal. X dak pukul2 kawan, gaduh tumbuk2, lari merentas meja dan kerusi dan sebagainya. Semua boleh belajar seperti kanak2 normal yg lain dan menumpukan perhatian. Cuma, biasa r bila dah namanya kanak2, kompem r agak riuh sedikit kelas tuh dgn mulut2 mereka menjawab soalan saya. Dan akhirnya, berkat “lakonan” mereka, hasil pengajaran saya telah dipuji oleh pensyarah pembimbing. Alhamdulillah. Ternyata Allah mendengar doa seorang hambanya yg hina. =)

Dan tadi, sewaktu saya membelek buku rekod kehadiran pelajar, saya terselak ruangan alamat dan pekerjaan bapa2 mereka. Sungguh saya rasa nak nangis. Sebak di dalam dada bila membaca pekerjaan2 bapa mereka semua. Daripada 28 murid dalam kelas tuh, hanya dua orang bapa sahaja yg nampaknya mempunyai pekerjaan yg boleh dikatakan standard.  5 orang merupakan peneroka felda yg boleh dikatakan hidup senang (sebab rumah2 orang felda kat situ, majoritinya banglo2! Kalah rumah ibu bapa saya!huk3…) baki 21 orang bapa kepada murid2 saya bekerja sebagai buruh, pekerja kilang gula, pemandu dan penoreh getah. Majoritinya bekerja sebagai buruh. Bila baca perkataan buruh, terus teringat buruh2 binaan yg bina rumah bagai. Kerja yg sukar, tapi pendapatan yg sedikit. Patut r bila saya pesan suruh bawa pensel warna, gunting dan gam, ramai yg x ada alatan tersebut sedangkan kalau zaman saya sekolah rendah dulu, kalo cikgu pesan suruh bawak, kompem saya akan bawak. Kalo x dak, saya akan mintak ibu dan ayah saya tolong belikan sbb takut cikgu marah. Tapi diorg semua, hanya ada pensel dan pemadam. Tu pun kejap ada kejap x ada. Biasa r… kanak-kanak. Sekarang, baru saya faham kenapa susah sangat mereka nak sediakan alatan2 yg bagi saya alatan asas yg perlu dimiliki oleh pelajar sekolah. Rasa berdosa pulak bila mintak mereka bawak barang2 tuh semua. Huk3…

Tuh tak kira lagi masalah keluarga murid2 tuh semua. Mak kawen empat kali, mak meninggal dunia, ayah x mau bela, kena tinggal dgn tok, mak ayah keja kat tmpt laen, tinggal dgn pak cik, mak ayah keja seludup minyak dari siam, dan mcm2 lagi kisah keluarga mereka yg membuatkan mereka semua menjadi seperti kisah yg saya ceritakan. Betul. Saya x salahkan mereka. Saya salahkan ibu bapa mereka kerana gagal mendidik anak mereka dengan baik. Bayangkan, guru besar dan pk hem datang ke rumah murid utk bagi jadual UPSR, tapi bapaknya kejo cikgu2 dgn parang sbb ganggu rumah tangga mereka pada awal pagi iaitu 11 pagi!!!! Nampak tak di situ. Betapa ibu bapa murid sendiri tak mementingkan pelajaran anak2. Sebab tuh murid2 saya, kalau x datang sekolah, bukan takat sehari dua…tapi dua bulan x datang pun ada. Semua menghadapi masalah keluarga yg haru biru. Sebab tuh mereka kurang kasih sayang dan perhatian. Dan sebab tuh mereka bekelakuan buas. Semata-mata nak dapatkan perhatian dari seorang guru. Itu sahaja. Dan saya rasa saya agak lembab utk menyedari semua nih.  

Allah…. Saya rasa sangat bersyukur ada keluarga yg boleh dikatakan sempurna. Walau kami tak sekaya orang lain, tapi saya dan adik beradik dapat pendidikan duniawi dan ukhrawi yg secukupnya. Terima kasih puan ibu dan inche ayah. Alhamdulillah.

TaufiqDesa berkata : tengah pikir hadiah apa yg patut bagi kat mereka semua dgn keadaan baki duit elaun yg sedikit…@___@...mohon sumbangan cik kak long utk derma sikit elaun beribu…huk3..  


2 comments:

  1. kesian bdk2 tu dpt cikgu mcm hg...wakikiki

    ReplyDelete
  2. anonymous : silap tuh,,,aku yg patut dikasihani sbb dpt murid brutal mcm diorg,,,huk3

    ReplyDelete