Thursday, December 29, 2011

Cuti2 di rumah #8

Bismillah…

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Lalalalalaaaa….

Okay. Bukan nak melalak malam2 buta cengginih. Cuma teringat kat lagu kris dayanti nih. Menghitung hari utk menamatkan cuti semester…haiyoooohhh…sedih! Jadi, bg menghabiskan sisa-sisa cuti yg berbaki x sampai seminggu, saya pun akhirnya mencuba bakat dlm memasak.

Choppp! Bukan masak lauk pauk ke mende…hanya mencuba memasak kek dan biskut. Rupa-rupanya saya mmg berbakat dlm memasak natang cengginih….keh3…(masuk bakul angkat sendiri)…kalo orang laen kat luar sana sibuk dok buat apam polka dot yg rasa pun dh kompem rasa kuih apam, saya mmg x berminat nk buat natang tuh. Saya bukanlah penggemar kuih apam. Dan mungkin hanya makan secubit sahaja jika diberikan free oleh sesiapa. ~___~

Semalam dan hari ini. ade r dua jenis makanan yg dapat dibuat…(x tau nk isytiharkan berjaya atau tak). Pertama, biskut mentega a.k.a butter cookies. Kalo kita p kat the store ke, tesco ke, atau mana2 market, kompem akan jumpa biskut mentega yg dijual dlm bekas bulat kaler biru ade gambo istana omputeh. Saya suka gak makan biskut tuh. Tuh yg berani mati cuba buat biskut tuh. Dan malangnya, rupa biskut tuh x menjadi seperti dalam buku resepi karya CHEF WAN! Rasanya mmg mcm biskut mentega. Tapi rupanya….alahai…mmg menyedihkan! X pa r…asal boleh telan. Rupa cantik2 pun, dh makan, kuar kang jd tahi gak….keh3…

Kedua, brownie coklat. Sebenarnya, benda nih kek coklat yg nk jadi biskut. Tapi, hasil eksperimen saya dan ibu saya menjadikannya sesuatu yg rupanya agak pelik dan jauh bezanya dari rupa dlm buku resepi tuh. Senang kata mcm tak jadik! Tapi rasanya pun mcm sedap. X pa r…asal boleh makan dgn senang hati sambil tgk tv sudah...he3…

Dan saya juga sdg menghitung hari utk menamatkan kelas tutor di rumah saya. Yaaa…dua hari sahaja lagi…bersabarlah wahai hati dlm menghadapi karenah budak2 zaman nih…dua hari ja lagi…

TaufiqDesa berkata : selamat hari lahir ke-20 rumate…
                                           : terasa mcm ditipu oleh buku resepi chef wan...

Saturday, December 24, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah…

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) 

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

*********************************************************

Hari nih, saya dh pun mencuba bekam! Abeh satu belakang badan dibekam. Dan apa yg menariknya, tukang bekam nih dilakukan sendiri oleh adik saya!!! Haaaaaa…hebat kan???kan??? keh3…

Disebabkan dia pun dh belajar cara nk berbekam, dh beli alat2, dh rawat ramai pelanggan, maka saya pun teringin nk cuba. Ayah dan abang dan ibu saya dh lama suh adik saya nih bekam badan diorg. Dan dh bnyk kali pun. Cuma saya baru kali pertama berbekam. Takut kot tgk adik saya cucuk2 badan orang guna pin khas. Dh mcm kena stapler je gayanya. Tuh yg seram tuh. Walaupun diorg kata x sakit pun waktu kena cucuk tuh. Bila dibayangkan belakang badan mcm kena stapler, terus mati niat nk berbekam. Ayah saya siap berbekam kat kepala! Adik saya siap bekam sendiri kat dahi! Dahsyat wohhh!!!  Cuma semalam ja saya “TERBERANI” cakap nk berbekam dan akhirnya, pagi tadi ia menjadi kenyataan!

Dan berbekam nih tak dak r sakit mana pun. Waktu kena cucuk tuh, mcm kena cucuk dgn mata pensel yg tajam. Kadang2 geli, kadang rasa gak r sakit sikit. Tp x dak r sesakit menerima suntikan ubat drpd doctor. Cuma waktu diurut oleh adik saya tuh, masyaallah…..teramat-amat sakit! Sbb tuh saya agak tak suka berurut.

Dan tadi, saya berkesempatan melihat sendiri darah kotor yg berjaya dikeluarkan sewaktu berbekam. Darahnya kaler merah kehitaman dan lembik-lembik seperti jeli. Bukan darah cair. Banyak gak r. Kata adik saya, tuh r darah kotor dalam badan. Baru r saya tahu cmne rupanya. Agak menarik! Keh3…

Walau apa pun, saya rasa saya akan berbekam lagi laen kali sbb ia free!!! Hehehehe…dan kpd sesiapa yg nak cuba berbekam, mai r rumah saya utk berbekam dgn adik saya. Utk orang luar, satu cawan bekam, hanya lima hengget! Murah tuh…kalo kat kedai bekam kat luar, normally harganya, satu cawan 10 hengget! Mahal giler…so, adik saya buat lg murah kan??? (jd duta bekam lak kali nih) ~__~”

Cuma yg x bestnya dlm proses berbekam nih ialah pantang larangnya. Hurmmm, adik saya pesan, lepas bekam, kena tunggu dlm sejam baru leh mandi. Pastuh, lepas 2 jam berbekam baru leh makan. Tapi digalakkan banyak minum air suam atau air kosong. Dan yg paling tak best, tak dibenarkan utk tidur sepanjang siang hari selepas proses berbekam (kalo berbekam waktu pagi r)...tujuannya supaya badan kita mendapat kesan berbekam yg maksimum. Haiyoohhh...arinih, saya x berpeluang tido petang....tuh yg gelong sikit kepala malam nih...

TaufiqDesa berkata : menunggu ketibaan orang Johor malam nih…  

Friday, December 23, 2011

Tahniah!!!

Bismillah...

Wargghhhh...tanhiah diucapkan kpd junior2 ku, batch ke-25 kerana berjaya menjulang kembali nama SEMESTI dlm arena dunia SBP...keh3...

Sila lihat tulisan yg sengaja disengetkan dan digariskan...mmmuahahaha....

"Ranking PMR 2011 SBP Malaysia Terkini" jam 7.27 pm:......

1 SM SAINS TG MUHD FARIS PETRA 1.0139

2 SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
3 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
4 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
5 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
6 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
7 SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
8 SM SAINS SELANGOR 1.0263
9 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
10 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273
11 SM SAINS POKOK SENA 1.0279
12 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
13 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
14 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
15 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
16 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
17 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
18 SM SAINS MACHANG 1.0411
19 SM SAINS MIRI 1.0439
20 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
21 SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
22 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
23 SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
24 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
25 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
26 SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
27 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
28 SM SAINS REMBAU 1.0727
29 SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
30 SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
31 SM SAINS LABUAN 1.0829
32 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
33 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
34 SM SAINS KUBANG PASU 1.096
35 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
36 SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
37 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
38 SM SAINS KUCHING 1.1258
39 SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
40 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149
41 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
42 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
43 SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824
.... Hanya 8 SBP belum Upload.......


daripada 132 orang calon, 118 dpt stret A. means, hanya 14 orang ja yg dapat 7 A dan below!!! kesian sama 14 orang tuh...kompem x tido malam nih kerana frust menonggeng...btw, PMR nih x de ape sgt pun...focus utk SPM pulok pasnih okay!

TaufiqDesa berkata : Kali nih, saya berbangga mengaku bahawa saya adalah "SEMESTIANS..."(jgn contohi sikap ini) ~__~"

Thursday, December 22, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah...

Penah tak korang janji untuk jumpa dengan kawan korang, pastu kawan korang tu datang lambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (nama lain bagi alasan), then bila dia sampai-sampai je dia tak cakap pon sorry atau ape2 ayat yang membawa maksud yang sama. Penah tak? Penah tak? Ke korang adalah kawan yang dimaksudkan? Terasa? Takpe. It's never too late until it's too late. Tak paham? Saya pon... =.='

Sbnarnye kan, saya ni takde la pandai nak meletak sesuka suki ape2 hadis atau pon dalil untuk menerangkan tentang sesuatu. Tapi, saya amat yakin walaupun bende alah ni nampak kecik, tapi sbnarnye sume bende yang berlaku kat dunia ni, Allah dah pon ceritakan dalam Al-Quran. Jadi, sebagai manusia yang telah pon dikurniakan akal dan fikiran, tak salah rasenye untuk kita berfikir. Untuk apa Allah bagi akal kalau setakat hidup ni nak ikut nafsu semata kan?

Saya paham, manusia ni memang ada egonya yang tersendiri. Manusia mana yang takde ego kan? Manusia mana yang takde perasaan kan? Kalau orang cakap kau bodoh mcm lembu, takdak akai, akai letak kat lutut, sape pon akan panas punggung kan. Kepala dia kate aku takdak akai, letak kat lutut kejadah, dah tu yang memberat kat tengkorak aku ni pekebendenye. Kan kan kan? Kita cepat panas hati kalau orang keji kita macam-macam, tapi kita sendiri yang membuatkan orang tu keji kita dalam keadaan yang tidak kita sedari. T________T...faham x nih???

Jadi, dalam hidup yang sangat dahsyat pancarobanya, ada beberapa perkara yang walaupon nampak kecik, tapi kita takleh pandang lekeh. Antaranya adalah some magical words atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ramai adalah perkataan keramat. Perkataan ni, bukanlah bila kau sebut kau akan sampai kat Taman Keramat, K.L tuh. Tidaklah perkara tersebut akan berlaku ya kawan-kawan. Tapi, perkataan ni kalau kena cara, memang dapat menenangkan hati yang sedang panas, meredakan perasaan yang sedang membuak, menggagalkan proses "pencarutan" dan banyak lagi. Haa, nampak tak kesan perkataan keramat ni???

Dok bebel pasal perkataan keramat lah ape lah, ape ke bende perkataan keramat tu pon hang tak habaq mai lagi. Errr okay okay. Nak habaq la ni. 

Antara perkataan keramat tersebut adalah, “SORRY (ittew mintak maap yewww), THANKS (ime aceh udi olong ittew) & PLEASE (tolong amek kan ittew beg tu, pwishhhh).” 

Erk. Macam harem pon ada jugak dok tules menggedik cenggitu. Mmg cari pelempang kalo ade yg berani tulih cmnih!

Justeru, adalah molek kiranya kita dapat mempraktikkan these magical words in our lives. Seriously it won't harm anybody, especially ourselves. Salah ke kalau cakap terima kasih kat waiter yang tolong bawak makanan dan minuman kita? Salah ke cakap sorry bila terlanggar bahu orang masa berjalan kat shopping mall atau pasar malam? Salah ke cakap please bila mintak tolong seseorang to do us favors? Salah ke? Salah atau tak, anda sendiri jawab.


 TaufiqDesa berkata : jom tido awal!!!

Tuesday, December 20, 2011

Cuti2 di rumah #6

Bismillah…

Tadi saya diizinkan Allah utk p ke masjid daerah. Nk solat isya’ berjemaah punya citer…sampai sana sekitar 8.40malam. Waktu isya’ masuk pukul 8.22 malam di sini. Bajet orang dh start solat. Rupanya blom. Ada kuliah maghrib. Wahhh…dpt gak dgr sikit2 sisa2 kuliah. Amik port sebelah pak cik 40-an yg membawa sorang anak lelakinya yg masih kanak2.

1 minit pertama, mcm ok ja kuliahnya…tiba-tiba…

“patutnya, kalo orang Islam, sayangkan Islam. Cintakan orang Islam. Bukannya p cintakan orang kafir. P peluk2 diorg semua. Nih tidak. Orang sesama Islam dikutuk, dihina…Orang kafir p sayang buat ape..arap takbir ja kuat memanjang…”(lebeh dan kurang cmnih r bunyi ayat tuh)

Ok. Bila ustaz tuh mention perkataan “TAKBIR” di akhir ayat, saya agak tersentap! Semacam ja bunyi ayat tuh…bila diamati pakaian ustaz tuh, beliau memakai kopiah yg berwarna putih di tepi, bulat berwarna merah di tengah-tengah kepala. Owhhh…Ustaz UMNO rupanya…patut r agak lain bunyi ayat tadi. Kalau ustaz tuh neutral atau Pas, kompem dh pakai kopiah putih dan siap berserban.

Masuk 8.55 malam, kuliahnya mcm x mau abes lg. Dok kutuk orang2 PAS (walaupun x mention nama parti tuh, tp saya boleh agak r)…dia kata, anak2 orang alim nih x semuanya baik. Ada yg tayang pusat semua benda…itu yg dikuliahkan…telinga nih agak panas r gak mendengar benda2 yg boleh dibidas semudah A.B.C..so, saya amik keputusan utk bergerak ke kwasan belakang masjid, utk solat isya’ secara bersendirian. Masuk rakaat ketiga, barulah tok imam nak beriqamat…abes doa, terus blah…fuhhh…mcm sia2 ja p masjid arinih…

Sejujurnya, saya bukanlah fanatik sangat dgn politik nih. Tapi saya tahu membezakan mana yg betul dan salah. Based on pembacaan pelbagai sumber, kita sendiri boleh nilai, mana baik mana x. Orang yg malas membaca ja yg senang diperbodohkan sedemikian rupa. Bila ustaz tuh kata benda2 mcm tuh, nampak sangat ketidakcerdikan otak beliau…Bercakap mcm x pernah belajar ilmu agama…hailaaaaa…inilah yg berlaku apabila masjid2 di bawah pengelolaan kerajaan pusat yg hanya membenarkan ustaz2 UMNO utk berkuliah di masjid…ini r jadinya…memperLEMBUkan diri sendiri dan diri rakyat. 

Berbeza kalau saya pergi ke kuliah yg dikuliahkan oleh ustaz2 berparti PAS nih, kesemua hujah2 yg mereka nyatakan agak sukar utk dipertikaikan. Lebih relevan dari kuliah yg saya dgr harinih…maka, mungkin sbb itu, saya lebih berminat utk mendengar ceramah2 atau kuliah2 dr ustaz2 PAS berbanding dgn yg hari ini.

Undilah BULAN di PRU-13…keh3…(ok..x dak kena mengena)


TaufiqDesa berkata : mujur ada ekon kat situ…

Cuti2 di rumah #5

Bismillah…


Alhamdulillah...sepanjang cuti nih, saya x dak r lg mengalami masalah kesukaran utk tidur malam walaupun frust menonggeng dgn result exam dulu.  Dapat bantal yg sesuai dgn kepala, tunggu 2-3 minit, waktu Subuh baru bangun....keh3...(ada gak insan yg susah tido malam...pikir nk kawen ke???)^__^

Orait…masuk hari nih, genap r 8 hari saya menjadi TUTOR peribadi kepada anak2 jiran kat sini. Up sikit dr ngajor tuisyen sbb kalo ngajo tuisyen satu dua subjek ja…plus, masa mengajar tuisyen adalah sat ja…3/4 jam seminggu…tapi, menjadi seorang TUTOR yg berkaliber mcm SAYA, memerlukan saya mengajar budak, dan budak dan budak dengan penuh kesabaran selama 2 jam setiap hari…(cuti pada Sabtu dan Ahad sbb kenduri kawen). Semua subjek perlu diajar kepda mereka mengikut suka hati mereka nak belajar apa pd hari tuh…(mujur anak2 jiran…kalau adik2 aku, dh lama aku sepak!)hehehehe….menguji kesabaran woooo…lg dahsyat dr kena masuk dapur. Yg lebih sadis dan menyayat hati apabila mereka2 nih x paham2 apa yg telah diajar walaupun telah diulang lebih 3 kali…(salah siapa sebenarnya????)

Rasanya, mcm dh gunakan laras bahasa yg rendah. Tapi, ada certain time tuh saya sendiri x tau nak guna perkataan/istilah apa nk bg diorg paham tntg satu2 benda…ye r…kita mmg tau semua jawapan kalau soalan aras sekolah rendah. Tapi,,, nak terang kat budak2 yg bukan dr golongan genius bukan satu perkara yg mudah. Mcm2 cerita perlu direka bg memudahkan mereka ini faham. Kini, baru r saya paham betapa sukarnya nak mengajar budak2 kat sekolah sampai mereka betol2 paham…nih baru 3 orang…belum 30 orang lagi…haiyooohhh!

TaufiqDesa berkata : makan Calciyum sambil melepaskan tekanan perasaan…ada 4 perisa…anggur, vanilla, mango dan strawberry. Best!!! (boleh buat part-time  jd duta r pasnih)
: rumate, makan ikan rebus/kukus adalah lebih baik dr ikan goreng...so, x payah r goreng2 ikan nih... 


Thursday, December 15, 2011

promote sikit...

Bismillah…

Baru kembali dr tanah utara ahad lepas. Ke Perlis pada pagi Sabtu dan kembali ke Sg. Petani pada petangnya. Dan petang ahad kembali ke manjung terchenta. Penat memandu masih bersisa baki dlm badan nih. Rasa nak baring ja depan tv sepanjang hari…Haiyooooh…boleh MEMBESAR dgn SIHAT cmnih...

Kali nih, nk promote sikit sebuah hotel yg didiami oleh family saya time p sg petani arituh. Kalau kalian semua pergi ke Sg. Petani dan ingin bermalam di sana, sila-silalah pergi ke Hotel El-Zahraa a.k.a Hotel HPA. Di samping menyokong perniagaan orang Islam, ia amat2 r berbaloi dgn harga dan memuaskan. Hatta dlm bilik hotel sekalipun ada disediakan al-quran utk dibaca, telekong, kain pelikat, dan tidak dilupa kain batik!!!! Nak buat berkemban dlm bilik air pun boleh. Keh3….

Hotel nih baru dua tahun beroperasi setelah dirasmikan pada 2009. Jadi, kemudahan dlm bilik tuh masih dlm keadaan yg terbaik. Semua produk/barangan yg ada dlm bilik tuh, semuanya dikilangkan oleh HPA. Daripada air mineral, serbuk kopi, sampai r kepada shampoo dan sabun mandi. Don’t worry about kehalalan benda2 tuh suma.

Bagi yang hendak bershopping di sg. Petani, lokasi hotel nih adalah sederet dgn kedai tudung ariani dan al-ikhsan. Jalan jauh sikit leh sampai ke village mall dan tesco extra sg. Petani. Dan bila sebut pasal tudung ariani, maka ia menjadi tempat kunjungan wajib oleh setiap wanita. Lepas makan malam di Radix Fc (adik beradik KFC versi HPA), saya menemani ibu saya ke kedai tudung ariani. Saja. Window-shopping. Masuk-masuk kedai tuh……mak aihhhh…harga….

“SALE!!! 3 helai : RM 120…” (yg nih ok r kot…)

“SALE!!! Diskaun 20% : RM 170 sehelai…” (yg nih, K.O..x mcm sale pun…)

Tetiba saya terpikir betapa tidak berbaloinya wanita2 di Malaysia nih yg membeli tudung ariani dgn harga yg segila ini. Lebih baik p beli kain tudung kat Jakel ke, Kamdar ke, Nagoya ke dan yg sama waktu dgnnya, kemudian jahit tudung tuh sendiri. Boleh buat selabuh mungkin. X sampai 20 hengget pun utk sehelai tudung. Haishhhh…memang membazir. Rasanya mahal sbb bagi royalty kat wardina kot sbb jd duta tudung tuh…gamaknya, kalau r wardina x jd duta, mau harga 30 hengget ja sehelai…

Harga mahal satu kes, yg ibu saya pulok asyik membelek ja tudung2 tuh. X dak r teringin nk try pakai tudung tuh dulu. Orang laen sume dok sibuk try n error tudung2 yg ada kat situ. Mujur saya x try pakai sekali…silap2 mau kena pelempang free bertubi-tubi dgn ibu…keh3…akhirnya, x beli apa pun. Keluar dgn tangan kosong. Pastuh, singgah ke kedai al-ikhsan. Ibu nak beli kasut sukan. Tuh mmg kes buang tebiat. X pernah2 bersukan, tetiba nk beli kasut sukan. Rupanya, nk pakai utk hari sukan tahun depan. Kot2 kena ajar pj ke next year, kena handle bola jaring ke, ade r gak kasut nk pakai…x dak r pakai sandle ja….

Dan satu perkara yg agak KURANG menarik di sg. Petani ialah pagi2 tak dak r pulok kedai ke gerai ke yg menjual nasi lemak dan kuih muih di sekitar hotel tuh. x kan semua org yg dok sg petani nih masak sendiri kat rumah??? haishhhh... Jenuh gak r pusing2 area situ dgn berjalan kaki, akhirnya, di sebuah café ala-ala omputeh gak yg menjadi destinasi sarapan pagi. Café tuh hiasan dlaman mcm café omputeh, tp ade gak jual roti canai dan nasi lemak. Ok gak…Cuma jauh nk jalan. Dan sebelum terlupa, kalau nk nginap kat hotel HPA, kat situ tidak disediakan makanan apetah lg buffet. Yg ada hanyalah bilik utk disewa semata-mata. Jadi, tidak salah sekiranya anda membawa makanan tambahan utk dimakan di dalam bilik…


TaufiqDesa berkata : selama 20 tahun idop atas muka bumi nih, baru tau ada ramai kaum kerabat kat sg.petani…