Monday, January 2, 2012

abes dah cuti2 di rumah...

Bismillah…

Alhamdulillah. Selamat tiba ke bumi Perlis sekitar jam 3 petang tadi. Sampai2 ja td, terus tgk bilik “BARU”. Haaaaa…bilik baru, tp keadaannya…hanya saya dan Allah yg tahu waktu tuh…ok. Letak beg yg digalas dan tangan nih terasa gatal nk bukak suis lampu dan kipas. Ok. Kipas dan lampu berfungsi! Tiba-tiba kipas tersebut berpusing perlahan dan makin perlahan. Akhirnya x gerak dah. Ingat x dak Karen. Tapi apesal lampu tuh elok ja nyala??? Rupa2 nya, kipas tuh ROSAK!!!! Arrrrgghhhhh…amat sakit jiwa hari nih. X pasal2 kena kemas bilik dlm keadaan seperti berada dlm bilik sauna. Peluh. X yah cakap. Kompem pecah lemak 6kg yg dibela sebelum nih. Tuh x kira naek turun tangga dr tingkat 4 ke tingkat 1 dkt lima kali! Masuk bilik yg x berkipas lepas naek turun tangga….korang imagine r sendiri…fuhhhhh…

Lepas angkat barang, barulah mula mengemas bilik. Dari mengelap habuk2 di meja study, katil, loker dan tingkap bilik. Diteruskan dgn sesi menyapu habuk dan sampah dan kemudian sesi mengemop lantai. Bukan guna mop ye kawan2. Kali nih, saya guna TANGAN! Mcm dlm citer Cinderella tuh…amik kain, rendam dlm air sabun, dan lap! Lagi bersih kalo nk menyental segala kotoran atas lantai tuh. Tapi penatnya, jgn cakap r…baru r saya tau begini rupanya rasa penat yg ibu saya alami apabila mengemop lantai menggunakan kaedah itu. Bukan x menghargai teknologi sedia ada, tp mop guna tangan mmg terbukti lg bersih. X cayer??? Try r buat…lepas tuh, baru mop sekali lg memnggukan air biasa. Kalo x, lantai tuh jd melekit sbb air sabun td.

Sesi gotong-royong sengsorang td, bermula 3.30 ptg dan berakhir sekitar 8.30 malam! Dekat 5 jam mengemas bilik…tuh pun x abes lagi…terlupa nk buang sawang atas siling…dh siap2 mandi. Baru terperasan…he3…kang x pasal2 harta benda terkena tahi labah2…

Disebabkan penat mengemas, maka saya akan tidur lebih awal malam nih…yaaaa…sebelum 11.30 malam sbb skang pun dh pukul 11…yg x bestnya lagi, resdung mula menyerang disebabkan habuk2 dalam bilik tadi. Hingus nih x berenti meleleh. Terpaksa sumbat tisu dlm lobang hidung….keh3…

Selamat malam semua!


TaufiqDesa berkata : rumate, sila balik awal sbb meja dan almari anda tidak dikemaskan lagi..dan tolong bawak kipas sekali ye…nk bawak ekon pun boleh gak…

Sunday, January 1, 2012

Cuti2 di rumah #9

Bismillah…

Malam tahun baru kalender masihi cengginih mmg best! Lg “best” dr malam awal muharram. Best sbb ada mcm2 siaran kat tv walaupun x dak astro. Daripada cerita SETEM, cerekarama di tv 3 hinggalah kepada final idola kecil 4. Dan usai tamat cerita2 tersebut, digantikan pulak dgn cerita hantu “SHUTTER” dan majalah 3. Saya lebih rela menghabiskan sisa2 malam akhir tahun dgn berada di rumah berbanding dgn pergi ke dataran ke, i-city ke, amende ke…mmg x berbaloi rasenyer jika pergi ke sana semata-mata  utk countdown tahun 2012…haiyoooh…mcm dh x dak kerja laen. Akhirnya, aktiviti malam nih dihabeskan dgn berbaring di hadapan tv. Sebelum tuh, saya dan keluarga telah menerima kunjungan hormat jiran kepada jiran sebelah rumah saya. Paham ke tak ayat yg aku tulih tuh???okay. tujuan kedatangan mereka adalah lebih kepada menziarahi jiran tetangga saja. Dan mungkin lebih dari itu. Hanya mereka yg tahu…^__^

Sbenarnya, mereka juga adalah salah satu parents kpd budak2 yg diajar oleh saya dan adik saya waktu cuti nih. Disebabkan tuh, saya agak familiar dgn anak2 mereka walaupun kadang2 saya ada rasa mcm nk bagi pelempang sedas sbb mereka x dengar cakap. Tapi, dh lama bergaul dgn diorg nih kan, rasa mcm adik sendiri. (Kira dh boleh lempang r tuh sbb dh mcm adik sendiri kan…keh3). Seriously, agak menarik gak pengalaman bergaul dgn kanak2 nih. Seronok kot dapat menjadi kanak2 seperti mereka. Lagi seronok kalau dapat ceritakan kat diorg cerita hantu yg diorg x pernah tau. Kompem korang akan dapat menarik perhatian mereka 101%!!! Fuhhhhhhh…

Hari nih dan semalam dan esok. Ada beberapa benda lg yg perlu disettlekan. Kalo dh cuti2 cengginih, kompem kena p gunting rambut, servis motor, beli barang, kemas baju dan pikir siap2 mcm mana nk mulakan proses mengemas bilik baru nanti…nak mengangkat barang2 turun dr tingkat 4 ke tingkat 1 mmg parah. Mau pecah lemak 6 kilo yg diternak selama cuti lebih sebulan nih…T__T (sape nk upah, boleh r tolong angkatkan sume barang tuh)

Dan yg terakhir, sedar atau tak, atau pura2 x sedar, masa kita skarang nih mmg cepat berlalu kan? Rasa mcm baru ja lagi balik bercuti sem hujung bulan 11 arituh. Rasa malas nk kemas bilik sebelum cuti dulu pun masih ada lagi kat dlm badan nih. Hurmmmmm….dh nak masuk sem 3. Agaknya, itu r kot rasanya bg mereka-mereka yg selalu mensia-siakan masa sendiri. Tak boleh jadik r cengginih. Insaf. Kena mulakan modus operandi baru utk sem depan.

Wish me luck for 2012 guys!!!


TaufiqDesa berkata : sedang berdoa dan berharap yg terbaik…    
    

Thursday, December 29, 2011

Cuti2 di rumah #8

Bismillah…

Menghitung hari,
Detik demi detik,
Masa ku nanti apa kan ada,
Lalalalalaaaa….

Okay. Bukan nak melalak malam2 buta cengginih. Cuma teringat kat lagu kris dayanti nih. Menghitung hari utk menamatkan cuti semester…haiyoooohhh…sedih! Jadi, bg menghabiskan sisa-sisa cuti yg berbaki x sampai seminggu, saya pun akhirnya mencuba bakat dlm memasak.

Choppp! Bukan masak lauk pauk ke mende…hanya mencuba memasak kek dan biskut. Rupa-rupanya saya mmg berbakat dlm memasak natang cengginih….keh3…(masuk bakul angkat sendiri)…kalo orang laen kat luar sana sibuk dok buat apam polka dot yg rasa pun dh kompem rasa kuih apam, saya mmg x berminat nk buat natang tuh. Saya bukanlah penggemar kuih apam. Dan mungkin hanya makan secubit sahaja jika diberikan free oleh sesiapa. ~___~

Semalam dan hari ini. ade r dua jenis makanan yg dapat dibuat…(x tau nk isytiharkan berjaya atau tak). Pertama, biskut mentega a.k.a butter cookies. Kalo kita p kat the store ke, tesco ke, atau mana2 market, kompem akan jumpa biskut mentega yg dijual dlm bekas bulat kaler biru ade gambo istana omputeh. Saya suka gak makan biskut tuh. Tuh yg berani mati cuba buat biskut tuh. Dan malangnya, rupa biskut tuh x menjadi seperti dalam buku resepi karya CHEF WAN! Rasanya mmg mcm biskut mentega. Tapi rupanya….alahai…mmg menyedihkan! X pa r…asal boleh telan. Rupa cantik2 pun, dh makan, kuar kang jd tahi gak….keh3…

Kedua, brownie coklat. Sebenarnya, benda nih kek coklat yg nk jadi biskut. Tapi, hasil eksperimen saya dan ibu saya menjadikannya sesuatu yg rupanya agak pelik dan jauh bezanya dari rupa dlm buku resepi tuh. Senang kata mcm tak jadik! Tapi rasanya pun mcm sedap. X pa r…asal boleh makan dgn senang hati sambil tgk tv sudah...he3…

Dan saya juga sdg menghitung hari utk menamatkan kelas tutor di rumah saya. Yaaa…dua hari sahaja lagi…bersabarlah wahai hati dlm menghadapi karenah budak2 zaman nih…dua hari ja lagi…

TaufiqDesa berkata : selamat hari lahir ke-20 rumate…
                                           : terasa mcm ditipu oleh buku resepi chef wan...

Saturday, December 24, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah…

Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Kalian harus berbekam dan menggunakan al-qushtul bahri"
(Diriwayatkan oleh Imam bukhari, Muslim dan Ahmad)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Sesungguhnya sebaik-baik sarana yang kalian gunakan untuk berubat adalah bekam, al-kist dan syuniz"
(lihat Kasyful Astaar 'an Zawaaa-idil Bazaar) 

Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sesungguhnya dengan berbekam itu terdapat kesembuhan."
(Lihat Mukhtashar Muslim, Shahiihul Jaami' dan Silsilah al-Ahaadiits ash-Shahiihah)

Dari Ibnu 'Umar r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Jika ada suatu kesembuhan pada perubatan kalian maka pengubatan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau dengan meminum madu"
(Lihat Kasyful Astaar 'an Zawaa-idil Bazzar)

Dari 'Uqbah bin 'Amir, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada tiga hal yang jika pada sesuatu ada kesembuhan, maka kesembuhan itu terdapat pada hirisan alat bekam atau meminum madu atau dengan membakar di tempat yang sakit. Dan aku membenci pembakaran"
(Riwayat Imam Ahmad)

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barang siapa yang berbekam pada hari ke 17, 19 dan 21 (Kalender Hijrah), maka ia akan sembuh dari segala penyakit"
(Lihat Shahih Sunan Abi Dawud)

*********************************************************

Hari nih, saya dh pun mencuba bekam! Abeh satu belakang badan dibekam. Dan apa yg menariknya, tukang bekam nih dilakukan sendiri oleh adik saya!!! Haaaaaa…hebat kan???kan??? keh3…

Disebabkan dia pun dh belajar cara nk berbekam, dh beli alat2, dh rawat ramai pelanggan, maka saya pun teringin nk cuba. Ayah dan abang dan ibu saya dh lama suh adik saya nih bekam badan diorg. Dan dh bnyk kali pun. Cuma saya baru kali pertama berbekam. Takut kot tgk adik saya cucuk2 badan orang guna pin khas. Dh mcm kena stapler je gayanya. Tuh yg seram tuh. Walaupun diorg kata x sakit pun waktu kena cucuk tuh. Bila dibayangkan belakang badan mcm kena stapler, terus mati niat nk berbekam. Ayah saya siap berbekam kat kepala! Adik saya siap bekam sendiri kat dahi! Dahsyat wohhh!!!  Cuma semalam ja saya “TERBERANI” cakap nk berbekam dan akhirnya, pagi tadi ia menjadi kenyataan!

Dan berbekam nih tak dak r sakit mana pun. Waktu kena cucuk tuh, mcm kena cucuk dgn mata pensel yg tajam. Kadang2 geli, kadang rasa gak r sakit sikit. Tp x dak r sesakit menerima suntikan ubat drpd doctor. Cuma waktu diurut oleh adik saya tuh, masyaallah…..teramat-amat sakit! Sbb tuh saya agak tak suka berurut.

Dan tadi, saya berkesempatan melihat sendiri darah kotor yg berjaya dikeluarkan sewaktu berbekam. Darahnya kaler merah kehitaman dan lembik-lembik seperti jeli. Bukan darah cair. Banyak gak r. Kata adik saya, tuh r darah kotor dalam badan. Baru r saya tahu cmne rupanya. Agak menarik! Keh3…

Walau apa pun, saya rasa saya akan berbekam lagi laen kali sbb ia free!!! Hehehehe…dan kpd sesiapa yg nak cuba berbekam, mai r rumah saya utk berbekam dgn adik saya. Utk orang luar, satu cawan bekam, hanya lima hengget! Murah tuh…kalo kat kedai bekam kat luar, normally harganya, satu cawan 10 hengget! Mahal giler…so, adik saya buat lg murah kan??? (jd duta bekam lak kali nih) ~__~”

Cuma yg x bestnya dlm proses berbekam nih ialah pantang larangnya. Hurmmm, adik saya pesan, lepas bekam, kena tunggu dlm sejam baru leh mandi. Pastuh, lepas 2 jam berbekam baru leh makan. Tapi digalakkan banyak minum air suam atau air kosong. Dan yg paling tak best, tak dibenarkan utk tidur sepanjang siang hari selepas proses berbekam (kalo berbekam waktu pagi r)...tujuannya supaya badan kita mendapat kesan berbekam yg maksimum. Haiyoohhh...arinih, saya x berpeluang tido petang....tuh yg gelong sikit kepala malam nih...

TaufiqDesa berkata : menunggu ketibaan orang Johor malam nih…  

Friday, December 23, 2011

Tahniah!!!

Bismillah...

Wargghhhh...tanhiah diucapkan kpd junior2 ku, batch ke-25 kerana berjaya menjulang kembali nama SEMESTI dlm arena dunia SBP...keh3...

Sila lihat tulisan yg sengaja disengetkan dan digariskan...mmmuahahaha....

"Ranking PMR 2011 SBP Malaysia Terkini" jam 7.27 pm:......

1 SM SAINS TG MUHD FARIS PETRA 1.0139

2 SM SAINS TELUK INTAN 1.0191
3 KOLEJ TUNKU KURSHIAH 1.0196
4 SM SAINS KUALA SELANGOR 1.02
5 SEKOLAH DATO` ABDUL RAZAK 1.0203
6 SEKOLAH TUANKU ABDUL RAHMAN 1.0241
7 SEKOLAH TUN FATIMAH 1.0252
8 SM SAINS SELANGOR 1.0263
9 THE MALAY COLLEGE KUALA KANGSAR 1.0264
10 SM SAINS MUZAFFAR SYAH 1.0273
11 SM SAINS POKOK SENA 1.0279
12 SM SULTAN ABDUL HALIM 1.0325
13 SM SAINS SULTAN MOHAMMAD JIWA 1.0327
14 SM SAINS TUANKU SYED PUTRA 1.0331
15 SEKOLAH SULTAN ALAM SHAH 1.0334
16 SM SAINS SULTAN MAHMUD 1.0336
17 SM SAINS TENGKU ABDULLAH 1.0373
18 SM SAINS MACHANG 1.0411
19 SM SAINS MIRI 1.0439
20 SBP INTEGRASI GOMBAK 1.0499
21 SM SAINS PASIR PUTEH 1.054
22 SM SAINS TUN SYED SHEH SHAHABUDIN 1.0549
23 SM SAINS BAGAN DATOH 1.0582
24 SM SAINS TUANKU JA`AFAR 1.0627
25 SBP INTEGRASI SABAK BERNAM 1.0678
26 SM SAINS KOTA TINGGI 1.07
27 SBP INTEGRASI SELANDAR 1.0724
28 SM SAINS REMBAU 1.0727
29 SM SAINS KEPALA BATAS 1.0746
30 SM SAINS LAHAD DATU 1.0759
31 SM SAINS LABUAN 1.0829
32 SM SAINS SULTAN HJ AHMAD SHAH 1.0893
33 SBP INTEGRASI JEMPOL 1.0939
34 SM SAINS KUBANG PASU 1.096
35 SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH 1.1007
36 SBP INTEGRASI RAWANG 1.1084
37 SM AGAMA PERSEKUTUAN KAJANG 1.113
38 SM SAINS KUCHING 1.1258
39 SBP INTEGRASI GOPENG 1.1464
40 SBP INTEGRASI KUBANG PASU 1.149
41 SM SAINS SULTAN ISKANDAR 1.1518
42 SBP INTEGRASI TUN ABDUL RAZAK 1.155
43 SBP INTEGRASI KUANTAN 1.1824
.... Hanya 8 SBP belum Upload.......


daripada 132 orang calon, 118 dpt stret A. means, hanya 14 orang ja yg dapat 7 A dan below!!! kesian sama 14 orang tuh...kompem x tido malam nih kerana frust menonggeng...btw, PMR nih x de ape sgt pun...focus utk SPM pulok pasnih okay!

TaufiqDesa berkata : Kali nih, saya berbangga mengaku bahawa saya adalah "SEMESTIANS..."(jgn contohi sikap ini) ~__~"

Thursday, December 22, 2011

Cuti2 di rumah #7

Bismillah...

Penah tak korang janji untuk jumpa dengan kawan korang, pastu kawan korang tu datang lambat atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan (nama lain bagi alasan), then bila dia sampai-sampai je dia tak cakap pon sorry atau ape2 ayat yang membawa maksud yang sama. Penah tak? Penah tak? Ke korang adalah kawan yang dimaksudkan? Terasa? Takpe. It's never too late until it's too late. Tak paham? Saya pon... =.='

Sbnarnye kan, saya ni takde la pandai nak meletak sesuka suki ape2 hadis atau pon dalil untuk menerangkan tentang sesuatu. Tapi, saya amat yakin walaupun bende alah ni nampak kecik, tapi sbnarnye sume bende yang berlaku kat dunia ni, Allah dah pon ceritakan dalam Al-Quran. Jadi, sebagai manusia yang telah pon dikurniakan akal dan fikiran, tak salah rasenye untuk kita berfikir. Untuk apa Allah bagi akal kalau setakat hidup ni nak ikut nafsu semata kan?

Saya paham, manusia ni memang ada egonya yang tersendiri. Manusia mana yang takde ego kan? Manusia mana yang takde perasaan kan? Kalau orang cakap kau bodoh mcm lembu, takdak akai, akai letak kat lutut, sape pon akan panas punggung kan. Kepala dia kate aku takdak akai, letak kat lutut kejadah, dah tu yang memberat kat tengkorak aku ni pekebendenye. Kan kan kan? Kita cepat panas hati kalau orang keji kita macam-macam, tapi kita sendiri yang membuatkan orang tu keji kita dalam keadaan yang tidak kita sedari. T________T...faham x nih???

Jadi, dalam hidup yang sangat dahsyat pancarobanya, ada beberapa perkara yang walaupon nampak kecik, tapi kita takleh pandang lekeh. Antaranya adalah some magical words atau dalam bahasa yang lebih mudah difahami ramai adalah perkataan keramat. Perkataan ni, bukanlah bila kau sebut kau akan sampai kat Taman Keramat, K.L tuh. Tidaklah perkara tersebut akan berlaku ya kawan-kawan. Tapi, perkataan ni kalau kena cara, memang dapat menenangkan hati yang sedang panas, meredakan perasaan yang sedang membuak, menggagalkan proses "pencarutan" dan banyak lagi. Haa, nampak tak kesan perkataan keramat ni???

Dok bebel pasal perkataan keramat lah ape lah, ape ke bende perkataan keramat tu pon hang tak habaq mai lagi. Errr okay okay. Nak habaq la ni. 

Antara perkataan keramat tersebut adalah, “SORRY (ittew mintak maap yewww), THANKS (ime aceh udi olong ittew) & PLEASE (tolong amek kan ittew beg tu, pwishhhh).” 

Erk. Macam harem pon ada jugak dok tules menggedik cenggitu. Mmg cari pelempang kalo ade yg berani tulih cmnih!

Justeru, adalah molek kiranya kita dapat mempraktikkan these magical words in our lives. Seriously it won't harm anybody, especially ourselves. Salah ke kalau cakap terima kasih kat waiter yang tolong bawak makanan dan minuman kita? Salah ke cakap sorry bila terlanggar bahu orang masa berjalan kat shopping mall atau pasar malam? Salah ke cakap please bila mintak tolong seseorang to do us favors? Salah ke? Salah atau tak, anda sendiri jawab.


 TaufiqDesa berkata : jom tido awal!!!

Tuesday, December 20, 2011

Cuti2 di rumah #6

Bismillah…

Tadi saya diizinkan Allah utk p ke masjid daerah. Nk solat isya’ berjemaah punya citer…sampai sana sekitar 8.40malam. Waktu isya’ masuk pukul 8.22 malam di sini. Bajet orang dh start solat. Rupanya blom. Ada kuliah maghrib. Wahhh…dpt gak dgr sikit2 sisa2 kuliah. Amik port sebelah pak cik 40-an yg membawa sorang anak lelakinya yg masih kanak2.

1 minit pertama, mcm ok ja kuliahnya…tiba-tiba…

“patutnya, kalo orang Islam, sayangkan Islam. Cintakan orang Islam. Bukannya p cintakan orang kafir. P peluk2 diorg semua. Nih tidak. Orang sesama Islam dikutuk, dihina…Orang kafir p sayang buat ape..arap takbir ja kuat memanjang…”(lebeh dan kurang cmnih r bunyi ayat tuh)

Ok. Bila ustaz tuh mention perkataan “TAKBIR” di akhir ayat, saya agak tersentap! Semacam ja bunyi ayat tuh…bila diamati pakaian ustaz tuh, beliau memakai kopiah yg berwarna putih di tepi, bulat berwarna merah di tengah-tengah kepala. Owhhh…Ustaz UMNO rupanya…patut r agak lain bunyi ayat tadi. Kalau ustaz tuh neutral atau Pas, kompem dh pakai kopiah putih dan siap berserban.

Masuk 8.55 malam, kuliahnya mcm x mau abes lg. Dok kutuk orang2 PAS (walaupun x mention nama parti tuh, tp saya boleh agak r)…dia kata, anak2 orang alim nih x semuanya baik. Ada yg tayang pusat semua benda…itu yg dikuliahkan…telinga nih agak panas r gak mendengar benda2 yg boleh dibidas semudah A.B.C..so, saya amik keputusan utk bergerak ke kwasan belakang masjid, utk solat isya’ secara bersendirian. Masuk rakaat ketiga, barulah tok imam nak beriqamat…abes doa, terus blah…fuhhh…mcm sia2 ja p masjid arinih…

Sejujurnya, saya bukanlah fanatik sangat dgn politik nih. Tapi saya tahu membezakan mana yg betul dan salah. Based on pembacaan pelbagai sumber, kita sendiri boleh nilai, mana baik mana x. Orang yg malas membaca ja yg senang diperbodohkan sedemikian rupa. Bila ustaz tuh kata benda2 mcm tuh, nampak sangat ketidakcerdikan otak beliau…Bercakap mcm x pernah belajar ilmu agama…hailaaaaa…inilah yg berlaku apabila masjid2 di bawah pengelolaan kerajaan pusat yg hanya membenarkan ustaz2 UMNO utk berkuliah di masjid…ini r jadinya…memperLEMBUkan diri sendiri dan diri rakyat. 

Berbeza kalau saya pergi ke kuliah yg dikuliahkan oleh ustaz2 berparti PAS nih, kesemua hujah2 yg mereka nyatakan agak sukar utk dipertikaikan. Lebih relevan dari kuliah yg saya dgr harinih…maka, mungkin sbb itu, saya lebih berminat utk mendengar ceramah2 atau kuliah2 dr ustaz2 PAS berbanding dgn yg hari ini.

Undilah BULAN di PRU-13…keh3…(ok..x dak kena mengena)


TaufiqDesa berkata : mujur ada ekon kat situ…