Tuesday, December 20, 2011

Cuti2 di rumah #6

Bismillah…

Tadi saya diizinkan Allah utk p ke masjid daerah. Nk solat isya’ berjemaah punya citer…sampai sana sekitar 8.40malam. Waktu isya’ masuk pukul 8.22 malam di sini. Bajet orang dh start solat. Rupanya blom. Ada kuliah maghrib. Wahhh…dpt gak dgr sikit2 sisa2 kuliah. Amik port sebelah pak cik 40-an yg membawa sorang anak lelakinya yg masih kanak2.

1 minit pertama, mcm ok ja kuliahnya…tiba-tiba…

“patutnya, kalo orang Islam, sayangkan Islam. Cintakan orang Islam. Bukannya p cintakan orang kafir. P peluk2 diorg semua. Nih tidak. Orang sesama Islam dikutuk, dihina…Orang kafir p sayang buat ape..arap takbir ja kuat memanjang…”(lebeh dan kurang cmnih r bunyi ayat tuh)

Ok. Bila ustaz tuh mention perkataan “TAKBIR” di akhir ayat, saya agak tersentap! Semacam ja bunyi ayat tuh…bila diamati pakaian ustaz tuh, beliau memakai kopiah yg berwarna putih di tepi, bulat berwarna merah di tengah-tengah kepala. Owhhh…Ustaz UMNO rupanya…patut r agak lain bunyi ayat tadi. Kalau ustaz tuh neutral atau Pas, kompem dh pakai kopiah putih dan siap berserban.

Masuk 8.55 malam, kuliahnya mcm x mau abes lg. Dok kutuk orang2 PAS (walaupun x mention nama parti tuh, tp saya boleh agak r)…dia kata, anak2 orang alim nih x semuanya baik. Ada yg tayang pusat semua benda…itu yg dikuliahkan…telinga nih agak panas r gak mendengar benda2 yg boleh dibidas semudah A.B.C..so, saya amik keputusan utk bergerak ke kwasan belakang masjid, utk solat isya’ secara bersendirian. Masuk rakaat ketiga, barulah tok imam nak beriqamat…abes doa, terus blah…fuhhh…mcm sia2 ja p masjid arinih…

Sejujurnya, saya bukanlah fanatik sangat dgn politik nih. Tapi saya tahu membezakan mana yg betul dan salah. Based on pembacaan pelbagai sumber, kita sendiri boleh nilai, mana baik mana x. Orang yg malas membaca ja yg senang diperbodohkan sedemikian rupa. Bila ustaz tuh kata benda2 mcm tuh, nampak sangat ketidakcerdikan otak beliau…Bercakap mcm x pernah belajar ilmu agama…hailaaaaa…inilah yg berlaku apabila masjid2 di bawah pengelolaan kerajaan pusat yg hanya membenarkan ustaz2 UMNO utk berkuliah di masjid…ini r jadinya…memperLEMBUkan diri sendiri dan diri rakyat. 

Berbeza kalau saya pergi ke kuliah yg dikuliahkan oleh ustaz2 berparti PAS nih, kesemua hujah2 yg mereka nyatakan agak sukar utk dipertikaikan. Lebih relevan dari kuliah yg saya dgr harinih…maka, mungkin sbb itu, saya lebih berminat utk mendengar ceramah2 atau kuliah2 dr ustaz2 PAS berbanding dgn yg hari ini.

Undilah BULAN di PRU-13…keh3…(ok..x dak kena mengena)


TaufiqDesa berkata : mujur ada ekon kat situ…

Cuti2 di rumah #5

Bismillah…


Alhamdulillah...sepanjang cuti nih, saya x dak r lg mengalami masalah kesukaran utk tidur malam walaupun frust menonggeng dgn result exam dulu.  Dapat bantal yg sesuai dgn kepala, tunggu 2-3 minit, waktu Subuh baru bangun....keh3...(ada gak insan yg susah tido malam...pikir nk kawen ke???)^__^

Orait…masuk hari nih, genap r 8 hari saya menjadi TUTOR peribadi kepada anak2 jiran kat sini. Up sikit dr ngajor tuisyen sbb kalo ngajo tuisyen satu dua subjek ja…plus, masa mengajar tuisyen adalah sat ja…3/4 jam seminggu…tapi, menjadi seorang TUTOR yg berkaliber mcm SAYA, memerlukan saya mengajar budak, dan budak dan budak dengan penuh kesabaran selama 2 jam setiap hari…(cuti pada Sabtu dan Ahad sbb kenduri kawen). Semua subjek perlu diajar kepda mereka mengikut suka hati mereka nak belajar apa pd hari tuh…(mujur anak2 jiran…kalau adik2 aku, dh lama aku sepak!)hehehehe….menguji kesabaran woooo…lg dahsyat dr kena masuk dapur. Yg lebih sadis dan menyayat hati apabila mereka2 nih x paham2 apa yg telah diajar walaupun telah diulang lebih 3 kali…(salah siapa sebenarnya????)

Rasanya, mcm dh gunakan laras bahasa yg rendah. Tapi, ada certain time tuh saya sendiri x tau nak guna perkataan/istilah apa nk bg diorg paham tntg satu2 benda…ye r…kita mmg tau semua jawapan kalau soalan aras sekolah rendah. Tapi,,, nak terang kat budak2 yg bukan dr golongan genius bukan satu perkara yg mudah. Mcm2 cerita perlu direka bg memudahkan mereka ini faham. Kini, baru r saya paham betapa sukarnya nak mengajar budak2 kat sekolah sampai mereka betol2 paham…nih baru 3 orang…belum 30 orang lagi…haiyooohhh!

TaufiqDesa berkata : makan Calciyum sambil melepaskan tekanan perasaan…ada 4 perisa…anggur, vanilla, mango dan strawberry. Best!!! (boleh buat part-time  jd duta r pasnih)
: rumate, makan ikan rebus/kukus adalah lebih baik dr ikan goreng...so, x payah r goreng2 ikan nih... 


Thursday, December 15, 2011

promote sikit...

Bismillah…

Baru kembali dr tanah utara ahad lepas. Ke Perlis pada pagi Sabtu dan kembali ke Sg. Petani pada petangnya. Dan petang ahad kembali ke manjung terchenta. Penat memandu masih bersisa baki dlm badan nih. Rasa nak baring ja depan tv sepanjang hari…Haiyooooh…boleh MEMBESAR dgn SIHAT cmnih...

Kali nih, nk promote sikit sebuah hotel yg didiami oleh family saya time p sg petani arituh. Kalau kalian semua pergi ke Sg. Petani dan ingin bermalam di sana, sila-silalah pergi ke Hotel El-Zahraa a.k.a Hotel HPA. Di samping menyokong perniagaan orang Islam, ia amat2 r berbaloi dgn harga dan memuaskan. Hatta dlm bilik hotel sekalipun ada disediakan al-quran utk dibaca, telekong, kain pelikat, dan tidak dilupa kain batik!!!! Nak buat berkemban dlm bilik air pun boleh. Keh3….

Hotel nih baru dua tahun beroperasi setelah dirasmikan pada 2009. Jadi, kemudahan dlm bilik tuh masih dlm keadaan yg terbaik. Semua produk/barangan yg ada dlm bilik tuh, semuanya dikilangkan oleh HPA. Daripada air mineral, serbuk kopi, sampai r kepada shampoo dan sabun mandi. Don’t worry about kehalalan benda2 tuh suma.

Bagi yang hendak bershopping di sg. Petani, lokasi hotel nih adalah sederet dgn kedai tudung ariani dan al-ikhsan. Jalan jauh sikit leh sampai ke village mall dan tesco extra sg. Petani. Dan bila sebut pasal tudung ariani, maka ia menjadi tempat kunjungan wajib oleh setiap wanita. Lepas makan malam di Radix Fc (adik beradik KFC versi HPA), saya menemani ibu saya ke kedai tudung ariani. Saja. Window-shopping. Masuk-masuk kedai tuh……mak aihhhh…harga….

“SALE!!! 3 helai : RM 120…” (yg nih ok r kot…)

“SALE!!! Diskaun 20% : RM 170 sehelai…” (yg nih, K.O..x mcm sale pun…)

Tetiba saya terpikir betapa tidak berbaloinya wanita2 di Malaysia nih yg membeli tudung ariani dgn harga yg segila ini. Lebih baik p beli kain tudung kat Jakel ke, Kamdar ke, Nagoya ke dan yg sama waktu dgnnya, kemudian jahit tudung tuh sendiri. Boleh buat selabuh mungkin. X sampai 20 hengget pun utk sehelai tudung. Haishhhh…memang membazir. Rasanya mahal sbb bagi royalty kat wardina kot sbb jd duta tudung tuh…gamaknya, kalau r wardina x jd duta, mau harga 30 hengget ja sehelai…

Harga mahal satu kes, yg ibu saya pulok asyik membelek ja tudung2 tuh. X dak r teringin nk try pakai tudung tuh dulu. Orang laen sume dok sibuk try n error tudung2 yg ada kat situ. Mujur saya x try pakai sekali…silap2 mau kena pelempang free bertubi-tubi dgn ibu…keh3…akhirnya, x beli apa pun. Keluar dgn tangan kosong. Pastuh, singgah ke kedai al-ikhsan. Ibu nak beli kasut sukan. Tuh mmg kes buang tebiat. X pernah2 bersukan, tetiba nk beli kasut sukan. Rupanya, nk pakai utk hari sukan tahun depan. Kot2 kena ajar pj ke next year, kena handle bola jaring ke, ade r gak kasut nk pakai…x dak r pakai sandle ja….

Dan satu perkara yg agak KURANG menarik di sg. Petani ialah pagi2 tak dak r pulok kedai ke gerai ke yg menjual nasi lemak dan kuih muih di sekitar hotel tuh. x kan semua org yg dok sg petani nih masak sendiri kat rumah??? haishhhh... Jenuh gak r pusing2 area situ dgn berjalan kaki, akhirnya, di sebuah café ala-ala omputeh gak yg menjadi destinasi sarapan pagi. Café tuh hiasan dlaman mcm café omputeh, tp ade gak jual roti canai dan nasi lemak. Ok gak…Cuma jauh nk jalan. Dan sebelum terlupa, kalau nk nginap kat hotel HPA, kat situ tidak disediakan makanan apetah lg buffet. Yg ada hanyalah bilik utk disewa semata-mata. Jadi, tidak salah sekiranya anda membawa makanan tambahan utk dimakan di dalam bilik…


TaufiqDesa berkata : selama 20 tahun idop atas muka bumi nih, baru tau ada ramai kaum kerabat kat sg.petani… 

Friday, December 9, 2011

Penangan pokok tanduk rusa…

Bismillah…

Tengah dok mengelamun tgh malam, memuhasabah diri tntg result exam yg x berapa baik…tiba-tiba…teringat kisah dulu2…

Masa            : Sekitar 10 tahun yg lepas.
Lokasi          : Sekitar Fasa 2D, Seri Manjung, Perak.

Suatu ketika dahulu, pokok tanduk rusa a.k.a pokok langsuyor menjadi kegilaan bg setiap suri rumah sepenuh masa dan peminat tanaman pokok hiasan. Hal ini demikian kerana, mereka menyatakan bahawa, pokok ini kalau ditanam di dalam pasu, ia nampak cantik dan berseri. Jika dibandingkan dengan keadaan pokok ini yg hidup di atas pokok2 yg besar yg kelihatan x berapa nak cantik. Tapi, disebabkan “cantik”nya pokok nih, rupa2 nya ia juga ada “peminat” lain selain daripada kita sebagai manusia…

Kisah Pertama – Diceritakan sendiri oleh jiran saya kepada mak saya :

Pada suatu malam, anak perempuan kepada jiran kpd jiran sebelah rumah saya telah membuka tingkap biliknya setelah mendengar suara orang sedang bercakap di luar rumahnya. Bila dibuka, dia nampak satu susuk tubuh makhluk yg cukup hitam dan tinggi. Pada mulanya, dia ingat mak dia sedang membuang sampah di luar. Tapi dia perasan satu perkara yg berbeza. Ketinggian mak dia. Mak dia nih pendek je orangnya. Jadi, kompem r anak dia dapat agak yg makhluk kat luar pagar rumah dia tuh, bukan emak dia. Lagi satu yg menjadi perhatian anak jiran saya ialah, makhluk tuh x bergerak pun walaupun  ia telah diperhatikan selama 10 minit. Berdiri statik bersebelahan dengan rak bunga yg disayangi oleh mak dia. Dan benda yg buat saya kagum dgn anak jiran saya nih, dia x dak rase takut ke ape bila menghadapi situasi tuh. Dengan selamba badaknya, dia pun terus tidur dengan nyenyaknya. (ok. Yg nih saya tipu.)

Keesokannya, berlakulah perbualan antara anak dan mak.

Anak :           mak, mak ada x keluar tengah malam tadi?
Mak   :           Bila? X de rasenya…kenapa?
Anak  :         Ohhh…x de ape. Malam tadi, akak  ada nampak lembaga hitam berdiri kat luar pagar rumah. Betul2 kat sebelah rak pokok bunga mak. Akak ingat ke mak yg berdiri kat situ. Tapi lembaga tuh tinggi. Akak rasa tuh bukan mak. Mulanya, akak ingat nk tegur mak. Jadi, bila akak rasa tuh bukan mak, akak tak jadi r nak tegur. Akak terus tidur.
Mak   :           Ishhhh…akak salah tengok kot…x de ape2 r tuh…

nota kaki : jiran saya yg nih adalah yg pertama diganggu oleh langsuir. Tapi, dia x tau g yg makhluk hitam tuh adalah langsuir sbb anak dia hanya nampak lembaga hitam ja.

Kisah kedua – Juga diceritakan oleh jiran saya kepada emak saya :

Tak sampai tiga hari kisah anak jiran saya ternampak lembaga hitam, kini giliran jiran yg betul-betul berada depan rumah saya pulak yg diganggu.
Waktu tuh sekitar tgh malam. Mak cik depan rumah saya tuh baru je beranak walaupun umur dia dekat 40. Dan suami dia lak p outstation. Anak-anak dah tidur di bilik masing2…hanya tinggal dia dan baby baru dia dlm bilik utama. Kedudukan bilik utama berhampiran dengan dengan kawasan halaman rumah. Malam tuh, tengah dia syok tido, tetiba baby dia menangis. Lapar susu kot. Maka, mak cik nih pun bangun r p buat susu kat dapur. Tgh dok mamai buat susu anak dia, tiba-tiba dia terdengar bunyi benda dicakar. Setelah diamati betul2, dia rasa bunyi tuh bunyi meja plastik yang dicakar. Meja tuh diletakkan di halaman rumah dan di atasnya diletakkan tanaman pasu pokok langsuir. Waktu tuh, dia bajet kucing liar yg cakar meja tuh. Dia pun x kisah r. Meja plastik ja pun. X mahal. Lg pun, dia tu kaya. Boleh beli 10 meja mcm tuh kalau nak. Bila tgh bg baby dia minum susu, tiba-tiba dia terkejut apabila bunyi cakaran tuh tiba-tiba terhenti. Yg labih sadis, ia bertukar kepada bunyi hilaian tawa langsuir. Waktu ni la baru dia tahu yg dok mencakar meja dia time dia buat susu tadi tuh bukannya kucing. Tapi langsuir. Maka, dia pun dok menangis dalam diam. Berdoa dlm hati agar langsuir tuh x masuk dalam rumah dan mengganggu mereka sekeluarga. Dah r laki dia  x dak. Bertambah-tambah r rasa takut dia tuh. X sampai 10 minit, bunyi hilaian tuh dah hilang. Lega.

Keesokannya,bila matahari muncul, mak cik nih cepat2 p buang pokok langsuir tuh. Dia tau, sebab pokok tuh r, langsuir malam tadi p singgah umah dia. Ingat R&R pa….sebenarnya, waktu dia nak beli pokok tuh dulu, laki dia ada pesan, x elok bela pokok tuh kat rumah. Pokok tuh pokok feveret langsuir. Tapi dia degil. Dia kata pokok tu cantik. Nak bela gak. So, terima la padahnya. Bila laki dia pulang dari outstation, dia pun ceritakan r pengalaman ngeri dia tuh. Laki dia kata :

“ tuh la awak. Saya dh pesan jgn bela, awak nak jugak bela pokok tuh. Padan muka. Esok kita beli 10. Letak kat sekeliling rumah. Biar dia datang hari-hari bawak kawan…” (sian mak cik tuh. Kena perli dgn laki sendiri.)

Kisah ketiga - Juga diceritakan oleh jiran saya kepada emak saya :

Dalam tempoh seminggu tuh, kawasan jiran tetangga rumah saya sering diganggu langsuir. Sapa yg ada bela kat rumah, kompem natang tuh akan datang bertenggek kat rumah walaupun sat. Maka, ada lagi r manusia yg x percaya dgn cerita tuh. Degil. Orang lain dok buang dan bakar pokok tuh, dia boleh bawak pokok tuh n letak kat ruang tamu dalam rumah.
Malam tuh, salah seorang anak dia nak terkencing. P la tandas kat dapur. Waktu nak masuk bilik dia balik, dia terdengar bunyi sesuatu sedang mencakar dinding rumah dia. Maka dia pun bergerak ke ruang tamu untuk melihat ke luar rumah menerusi pintu sliding door. Baru je kaki dia tuh jejak ke ruang tamu, dia pengsan. Demam. Esok nya bila ditanya mak dan ayah dia, dia citer yg malam tuh dia nampak lembaga hitam berkuku panjang sedang mencakar-cakar dinding ruang tamu rumah dia berdekatan dengan pokok langsuir tuh. Nahhhh…langsuir tuh boleh masuk dlm rumah…style tuh…
Sejak kejadian 3 kes pelik nih, maka x dak sapa lg yg berani nak bela pokok tuh sehingga hari ini melainkan jiran yg saya cerita pada kisah pertama tuh. Dia berani r sbb dia tuh ustazah. Anak dara dia tuh pun alim gak. Sbb tuh dia x rasa pa time nampak lembaga hitam tuh dok berdiri kat luar rumah….


TaufiqDesa berkata : Cantik x semestinya baik…            

Saturday, December 3, 2011

My pray for u...

Bismillah…

Kak long,

Selamat hari lahir ke-24!!!

Semoga dipanjangkan Allah usiamu, agar berupaya berkhidmat kpd ibu dan ayah dan agama…

Semoga berjaya dlm pelajaran…

Semoga dipertemukan dgn jodoh yg soleh dan berjaya…(lupakan yg dh lepas yerp...) dan...

Semoga ceria-selalu…hehehehee…

Aminn ya Rabb!!! ^__^


TaufiqDesa berkata : kak long, next year kita sambut kat secret recipe erk…keh3…

Kemusykilan dan persoalan...

Bismillah…

Semalam, ibu saya menyatakan ketidakpuasan hatinya kpd saya tntg isu UMNO. Akibat kemeluatan kami sekeluarga yang terpaksa menonton perhimpunan agung mereka sewaktu bulletin utama jam 8.00 malam. (bayangkan, dlm waktu berita malam kat TV3,NTV7 dan TV9 pun nak tayang pasal perhimpunan tuh…x cukup2 dgn siaran RTM)

Pelik kan…kenapa orang KELING/India, kalau masuk Islam boleh dapat status BUMIPUTERA??? Kalau diorg tak dapat pun, anak cucu mesti dapat status tuh nanti, walhal, dah terang lg bersuluh mereka tuh kaum INDIA yg berasal dari INDIA. X percaya??? Tgk dlm UMNO…berapa ramai ahli yg mempunyai “darah kacuk” a.k.a MAMAK… belambak derr…dengar loghat percakapan mereka  pun dh boleh agak, tuh orang India…bukan Melayu TULEN. Cuma songkok atas kepala ja yg melambangkan mereka tuh India muslim/Mamak.

Tapi, kalau orang Cina masuk Islam, jangan mimpi akan dapat status BUMIPUTERA…buktinya, mereka yg masuk Islam, x dak sapa pun yg menjadi ahli UMNO…atas alasan, UMNO untuk orang Melayu Bumiputera sahaja. ( x pun, mungkin mereka semua nih ahli PAS/PR kot…)Tapi orang India yg covert to Islam boleh lak masuk UMNO…pelik kan??? (bukan tujuan untuk mempromosikan UMNO…nak menyatakan kemusykilan yg dialami oleh ibu saya dan saya)

Kalaulah alasan yg digunakan hanya berdasarkan fakta sejarah bahawa golongan MAMAK sudah hadir ke Tanah Melayu sejak zaman kesultanan Melayu Melaka dgn wujudnya bendahara kerajaan Melaka yg berasal daripada keturunan Mamak iaitu Tun Ali, itu tak mencukupi…saya boleh menyatakan bahawa kehadiran orang Cina ke Tanah Melayu juga telah lama berlaku sejak zaman Melayu Melaka. Buktinya, Puteri Hang Li Po dan Laksamana Cheng Ho. Pensyarah Jab. Pengajian Islam di maktab saya ada menyatakan bahawa, dalam kajiannya mendapati bahawa Laksamana Cheng Ho itu beragama Islam. 

Nahhh…kan ke sama ja. Orang India muslim dan Cina muslim sudah hadir ke Tanah Melayu sejak berabad lamanya. Namun, kenapa dan mengapa hanya India muslim sahaja yg boleh diberikan hak untuk menukarkan status kerakyatan mereka kepada Bumiputera, sedangkan Cina muslim tidak dibenarkan???

Cer fikirkan…sapa yg dapat jawapan, sila komen k…^__^


TaufiqDesa berkata : Nampak sangat berlaku masalah birokrasi dlm sistem pentadbiran kat Malaysia nih…

Friday, December 2, 2011

Cuti2 di rumah #4

Bismillah…

Saya bukanlah peminat atau penggemar makhluk tuhan bernama KUCING. Hatta berilah kucing yg secomel kucing dlm cerita Shrek atau filem terkini iaitu Puss in the Boots kpd saya. Belum tentu saya akan menyukainya…apatah lg untuk dibela…

Usai bersarapan, sebelum p mandi saya dan ayah bersama-sama membersihkan halaman rumah. Ya. Membersihkan hasil-hasil buangan daripada sang KUCING DURJANA…

Tahi kucing yg bersepah merata-rata, hinggalah ke air kencing mereka. Cukup lengkap satu pakej! Ditambah pula dgn “hadiah” tambahan iaitu tahi cirit mereka. (aiiyarkkk…geli bila difikirkan balik). Kesemua “pakej” ini telah menyebabkan halaman rumah kami berbau tahi + kencing kucing yg amat-amat tidak menyenangkan bg manusia yg menghirup udara oksigen.

Kerja-kerja pembersihan tahi kucing di luar pagar rumah (kawasan sekitar tong sampah rumah) telah dilakukan oleh ayah saya. Kucing2 yg dibela oleh jiran2 saya berkemungkinan amat berminat untuk melepaskan hajat masing2 dikawasan tersebut sebab kawasan sekitar tong sampah rumah saya ada pasir.(nih teori saya ja) Cukuplah kot untuk mereka melepaskan hajat mereka dgn selesa tanpa perlu ditimbus. Mungkin mereka tahu, kerja-kerja penimbusan najis mereka akan dilakukan oleh ayah saya nanti. Kalau setakat setempat tu ja boleh tahan r jugak. Yg x boleh tahan, mereka nih berak merata-rata tempat sekitar luar pagar rumah kami. Asal ada pasir sikit, ada r timbunan najis2 mereka. Yg lebih menghairankan, mereka pandai memilih kualiti pasir. Dekat rumah kami nih, ade r sisa2 pasir binaan rumah yg halus dan jernih tuh. Senang ckp mcm pasir kat pantai. Itu r kawasan yg menjadi pilihan mereka utk melepaskan hajat. Kawasan pasir yg berbatu kasar mcm di rumah jiran sebelah kami tak dak r pulak kelihatan timbunan najis mereka. Pelik! High taste punya kucing…

Tak cukup dgn melepaskan hajat di kawasan tersebut, ada r seekor kucing yg belum dpt dikenal pasti identitinya dgn sewenang-wenangnya telah melepaskan hajat di atas tembok dinding rumah kami!!! Yg lebih menyedihkan, tahi tersebut dlm keadaan cirit…dan air cirit tersebut telah meleleh sampai ke lantai kawasan parking kereta. Mmg menyedihkan. Mujur adik saya yg “mensucikan” kawasan tersebut. (Kucing nih kalau ditemui bakal ditamatkan riwayat hidupnya)  

Tuh kisah tahi dan cirit. Kini kita beralih lak kpd kisah kencing mereka pula. Sebenarnya agak lama gak kawasan sekitar tmpt parking kereta rumah kami nih berbau air kencing kucing. Kawasan tadahan air kencing kucing yg paling famous adalah dekat atas tikar getah yg ayah saya gunakan untuk melapik sisa2 tumpahan minyak kereta. Dan kesannya, sampai ke dalam kereta. Bila masuk dlm kereta tuh, maka akan terbaulah kencing kucing yg amat meloyakan tekak semua. Semburlah Febreeze sekali pun. Baunya masih kekal dlm kereta tersebut. Maka kerja pembasuhan kawasan parking kereta dan tikar getah tersebut telah dilakukan dgn gigih oleh saya. Menggunakan sabun cecair Top, dgn harapan udara yg segar akan muncul kembali.

Tak cukup gak dgn kawasan parking kereta, kawasan atas almari simpanan barang2 kat luar rumah pun turut menjadi tumpuan makhluk tuhan bernama kucing nih. Saya ada r letak box motor kat atas almari tuh. Box saya pun disimbahi dgn air kencing mereka. Sampaikan ke buaian tmpt saya dgn adik beradik saya main dulu2 pun dijadikan tempat mereka melepaskan hajat. Haiyooooohhhh…Bikin panas wohhh!!! Dgn segala kudrat yg ada, terpaksa r saya pulak yg mencuci semua kawasan tersebut. Siap sembur pewangi dgn harapan bau kencing tuh dh x dak.

Pelik gak. Mcm mana orang yg bela kucing boleh tahan dgn semua benda mcm nih. Atau mungkin, mereka telah melatih kucing2 mereka utk tidak melepaskan hajat di kawasan rumah mereka. Lepaskan hajat di rumah jiran2 mereka. Ohhh…kalau itu berlaku, itu memanglah celaka. Hal ini telah menyebabkan kami sekeluarga menjadi cukup "angker" apabila melihat kucing2 jiran melintas kawasan rumah kami. Pintu pagar telah ditutup 24 jam dan hanya dibuka bila perlu dan kemudian ditutup bg mengelakkan kemasukan kucing ke kawasan rumah. Selain itu, kami sekeluarga gak telah bersidang bg “membahaskan” usul cara bg mengatasi masalah nih.

Ayah saya kata : “Google kata kucing x suka bau serai. So, kita tanam pokok serai kat kawasan tong sampah…”

Ibu saya kata : “ Kita bubuh klorin kat semua kawasan pasir. Kucing kompem tak suka bau pasir yg dicampur dgn klorin. So, x jd r nak berak…”

Adik saya kata : “Kita beli ja racun…Buh dlm makanan. Letak kat luar rumah. Biar mati semua kucing tuh…”

Saya berkata : “ Cari tuan kucing, p saman kat mahkamah. Tak pun, tangkap semua kucing tuh, pastuh buang jauh2…tak pun buang kat taman sebelah…”

Ok. Tuh semua idea ja…x laksana pun. X tau r jadi ke tak. Mungkin perlu dilihat pada perkembangan seterusnya.


TaufiqDesa berkata : terasa mcm nak bela anjing yg polis guna tuh. Kompem kucing x berani dekat…hahahahahaa…