Monday, December 9, 2013

EUMORA


Bismillah…

Sejak setahun dua ni, ramai kawan2 saya yg tanya mcm nih (lebih atau kurang r bunyi ayatnye) :

“eh topek, ang pakai ape muka ang nampak bersih???”

“topek waktu mula2 masuk maktab dulu muka banyak gak jerawat…tp skarang dh hilang…jeles pun ada bila tgk…ang pakai apa????” (statement dan soalan dari classmate yg jujur)

“topek…..jerawat dh hilang!!!!” (statement yg berunsurkan pujian atau penghinaan???)

Dulu, kalo kat sekolah, bg mereka yg bermuka berjerawat akan diberikan pelbagai gelaran. Antaranya :

Bulan – bagi mereka yg mempunyai bekas jerawat batu di wajah akan dipanggil bulan secara senyap2 sbb muka mereka umpama permukaan bulan yg telah dilanggar oleh ribuan meteor.

mcm nih r rupe bulan yg dilanggar meteor...disamakan dgn wajah manusia...issshhh..issshhhh...issshhh...


Bepop – watak kartun dlm komik Lawak Kampus. Yg nih digelarkan kpd mereka yg mempunyai jerawat teruk tahap kronik yg mcm nanah.

cer cari yg mana satu Bepop????

Jalan tar – muka yg berjerawat akan diibaratkan seperti jalan tar kerana x licin dan permukaannya yg berbatu-batu (disamakan seperti jerawat)

Keh3…kejam betul zaman sekolah nih…mencabar psikologi sungguh dgn hinaan seperti nih…-___-"

Sebenarnya, saya jugak pernah menghadapi situasi yg sama zaman sekolah dulu2…sehingga masuk ke maktab, masalah jerawat ni nampak mcm seperti tiada penamatnya…asyik tumbuh je kat muka walau dh kerap kali dipicit oleh puan ibu dan mencuba pelbagai jenis produk muka.

Kalau nk cerita produk kecantikan muka utk jerawat, mcm2 telah dibeli. Daripada selekeh-lekeh sabun betik dan bedak sejuk+serbuk kunyit sampai r kpd produk sendayu tinggi yg mencecah harga ratusan ringgit. Ubat makan utk resdung pun turut dibeli. Rawatan spa wajah pun saya dh try. Set penjagaan kulit jenama OXY yg kononnya boleh mengurangkan jerawat pun saya beli. Sebut je nama pencuci muka yg ada iklan kat tv, yg kononnya boleh menghilangkan jerawat dlm masa 3 hari, semua saya dh try… Malangnya, mungkin belum masanya Allah nk hilangkan “batu-batu permata” nih semua. Maka, redha je r dgn apa yg Allah berikan…paling tidak, Allah masih gak bagi saya wajah yg sempurna. Ada mata, hidung dan mulut yg cukup sifatnya. =)
Tiba-tiba, one day, waktu dh belajar kat maktab, puan ibu telah memperkenalkan kpd saya satu jenis sabun. Katanya, sabun tu dijual oleh kawannya di sekolah. Ada kawannya yg telah guna sabun tu sebelum nih, dan menunjukkan hasil yg sangat mengujakan puan ibu. Akhirnya, beliau beli beberapa buku dan bg saya cuba dulu utk sebuku.

Saya yg dh lali dgn pelbagai jenis produk pun sekadar mencuba tanpa menaruh sebarang harapan. Dan selepas seminggu memakainya, saya nampak r ada sikit perbezaan drpd minggu lepas dan minggu tersebut. Jerawat dh kering. Jerawat yg mcm nanah dh x ada. Lepas tu, baru r semangat sikit nk pakai sabun tu. Utk masalah kulit yg biasa, dlm tempoh 3 bulan sepatutnya dh nmpak hasil yg ketara. Tp sbb muka saya nih agak sensitip, dan jerawat pun jenis degil nk hilang disertai dgn kulit muka berminyak tahap kronik, maka ia mengambil masa hampir setahun lamanya untuk kulit muka ni kelihatan licin bila amik gambar … kelihatan licin je ye…bukan licin 100 peratus sbb sekarang nih pun kat muka saya masih ada lg sebutir dua jerawat…hehehe..

Lepas setahun stgh, saya x guna dh sabun tu atas beberapa sbb mcm nih :

  • -         Kawan puan ibu yg jual sabun tu dah pencen

  • -         Harganya yg agak mahal

  • -       Muka dh x teruk sangat – boleh r snap gambar dgn konfidennye lepas tu…he3


Jadik, lps x guna sabun tu, saya try menggunakan fair n lovely utk menghilangkan parut jerawat..3 kali beli rasenye saya gunakan fair n lovely tuh. Ok r gak. Cuma masalah kulit berminyak pulak timbul membuatkan saya rasa x selesa sikit.

Kemudian, saya try pakai pencuci muka Himalaya utk kawal minyak pada muka. Dan Alhamdulillah, sampai hari ni saya kekal pakai Himalaya sbb so far, ia memuaskan hati sesuai dgn kemampuan saya utk membeli….he3..
Bagi yg nak tau sabun apa yg saya guna, ini r dia….sabun EUMORA 

mcm ni r rupe packaging sabun ni waktu saya pakai tahun lepas...x tau r kalo skang dh tukar

Ni pulak bukti keberjayaan sabun eumora…

zaman sekolah dulu....yg merah2 kat pipi tu r jerawat namanya...

Selepas hampir setahun stgh menggunakan eumora…=)

Kan dah hilang merah2 kat pipi...cuma kalo di zoom 10x mungkin akan kelihatan bekas2 jerawat yg telah dipicit dulu...he3

Taufiq Desa berkata : Alhamdulillah utk nikmat yg telah diberikan..terima kasih kepada my ibu yg telah bnyk “melabur” utk muka saya nih…=)





Wednesday, August 7, 2013

Promote video

Bismillah....

Pernah tgk tak muka2 nih dijadikan sebagai gambo muka kat facebook???

Rifdha
10 tahun pada tahun 2011
Kepulauan Maldives



Baca sendiri kat gambor atas tu....=)


Djamil
10 tahun
Senegal

Hurmmmmm,,,kalau gambar yg first tuh, saya pernah r tgk beberapa org menggunakannya sbg dp kat fesbuk mereka selain drpd kakak saya. muka budak tuh mmg cute dan boleh kata tenang r bila tgk muka dia tuh. sbb tu kot org guna buat dp.  

Gambar yg kedua tuh mcm x pernah tgk lg kat fesbuk. Tapi kata kak long, budak nih hensem. Bagi saya, saya lagi hensem...keh3...=p

Gambar ketiga lagi r tak dak org nk pakai buat dp fesbuk....sbb x comey kan? kan??? Tapi lepas angpa semua kenal mereka2 ini, kompem akan tercengang, terkesima, tersentak, tersentuh kalbu dan yang sama waktu dgnnya sehingga nk amik gambar mereka semua sbg dp fesbuk masing2... haisyehhh... hiperbola melampau! he3...

Sebenarnya, mereka semua merupakan para penghafaz al-quran 30 juzuk a.k.a hafiz dan hafizah dalam usia semuda ini. Dan mereka telah mewakili negara masing-masing dlm pertandingan hafazan alquran peringkat antarabangsa yg telah diadakan di mesir pada tahun 2011...(zaman husni mubarak wujud lg sbg presiden). Maka, channel HBO (Home Box Office) pun dgn rajinnyer telah membuat dokumentari mengenai 3 orang kanak-kanak nih. Kenapa mereka bertiga je???? Sbb mereka merupakan antara peserta termuda dlm pertandingan tu di samping mereka juga bukan berbangsa arab yg menghafal alquran tanpa memahami maksudnya. Senang cakap, kalau orang arab lebih mudah nk hafal quran mcm hafal buku cerita sbb diorg faham isi kandungan quran tu berbanding dgn kanak-kanak nih. Jadik, HBO nih rasa mcm satu benda yg menakjubkan r bila budak seusia ni boleh hafal satu quran 30 juzuk dan 114 surah dgn lancar! kire lebih hebat r dari Qari Junior Generasi Huffaz kat tv 3 tuh. dan bacaan mereka jugak sangat r sedap. 

Selain cerita pasal pertandingan hafazan, dokumentari ni ade gak citer pasal family kanak-kanak ni. Tersentuh hati bila tgk citer nih sampai tamat 1 jam 19 minit. Sangat berbaloi wa cakap sama lu!!! Kalau nak tau siapa yang menang, siapa yang tersangkut di peringkat saringan sbb kunpius dgn ayat quran yg hampir sama dan nk tau kisah hidup mereka, sila r tekan papan keyboard dan taip youtube.com. Kat ruangan search tuh, taip r Koran by Heart Full Documentary 2011.

Sekian. Selamat Hari Raya Aidilfitri! 


Nih cover iklan dokumentari tu kot...rasenyer...he3

Tuesday, June 11, 2013

I'm Thinking While Reading...

Bismillah…

Pagi tadi my lil bro beli surat kabo… harian metro merupakan pebret ibu saya sbb ade berita2 yg disiarkan yg boleh diterima akal..x seperti berita hairan dan yg sama waktu dgnnya. Jadik, bila saya go through surat kabor tu, terbaca r satu berita yg boleh dikatakan sedih pasal kematian rakyat Malaysia ketika mendaki gunung Everest. Sebenarnya, lg sedih kalo baca pasal kematian orang awam yg ditimbus jambatan kedua p.pinang yg TERruntuh. Disebabkan kesalahan dan kecuaian segelintir pihak, mereka yg x berdosa menjadi mangsa. Innalillahi wainnailai hirajiun.

Bila baca pasal kematian pendaki gunung Everest nih, saya terpikir r gak…. Pasal apa p gatai tangan dan kaki p daki gnung tuh????? Dah x de aktiviti lain ke nak dibuat???? Saya sangat musykil kenapa dlm bnyk2 gunung yg Allah ciptakan atas muka bumi nih, diorg p daki gnung everst tuh. bukan ada pokok bunga tulip pun atas gunung tuh. dan saya rasa x ade apa2 yg menarik utk dilihat melainkan salji-salji yg berwarna putih dan mungkin akan nmpak beruang kutub kalo bernasib baik. Saya rasa diorg tahu bahawa ramai pendaki2 sebelum nih yg mati ketika cuba mendaki dan kalo selamat pun ramai yg menerima kesan sampingan seperti yg berlaku kepda N.Mohandas dan rakannya yg pernah menawan gunung Everest pd tahun 1997. Dan kalo dah sedia maklum, kenapa dan mengapa ramai lagi rakyat Malaysia yg nk p daki gunung tuh? Kemon r… keadaan nih boleh saya ibaratkan umpama menggali kubur sendiri. P r daki gunung2 yg kurang risiko kematian dan kecederaan mcm gunung kinabalu. X pun, kalo nk sangat aktiviti mencabar, p r buat aktiviti sky jumping ke, bungee ke, scuba diving dll yg jauh lebih selamat. Memang betul. Hidup mati di tangan Tuhan. Tp asbabnya adalah berdasarkan pilihan kita.

Berdasarkan bacaan saya di surat kabo dan maklumat dari media massa, majority rkyat Malaysia yg mndaki gunung everst tuh sbb nak mengharumkan nama Negara di persada dunia. Ok. Memang sungguh patriotic. X sia2 para guru di sekolah mengajar PSK dan sejarah.  Tapikan, saya tertanya gak, mcm mana dengan kejayaan mendaki gunung Everest boleh dikaitkan dengan mengharumkan nama Negara di seluruh dunia??? Adakah dgn memacakkan bendera Malaysia kat atas puncak gunung tu dah boleh mendatangkan keuntungan kepada Negara? Adakah dgn melaungkan slogan “Malaysia boleh” kat puncak gunung tu boleh membuatkan rakyat-rakyat di seluruh dunia mengenali negara Malaysia???? Saya rase r, TIDAK. Abeh tu, kenapa ramai orang sibuk nk p buat bnde tu? Kadang2, saya berasa yg golongan2 seperti ini sbenarnya lebih menginginkan populariti berbanding smngt patriotic yg ada dlm diri mereka. Ye r…kat Malaysia nih, kalo berjaya buat benda2 pelik yg x ramai orang nk buat, mcm daki gunung Everest, kompem keluar tv dan surat kabo. Cthnya, mcm Dato’ Azhar Mansor (kalo x silap r) yg berjaya mengelilingi lautan dunia pd suatu ketika dulu. Abes je keliling dunia, dapat r pangkat Dato’. Nah, saya rasa ini r yg dicari dan diimpikan oleh segelintir rakyat Malaysia. Menginginkan nama dan harta. Dan sampai sekarang saya masih lg x nampak mcm mana kejayaan Dato’ Azhar Mansor tuh telah mmbantu memajukan ekonomi Negara. Adakah, selepas kejayaan beliau tuh diwar-warkan oleh pelbagai media di Malaysia menyebabkan kemasukan lebih ramai pelabur asing? Adakah disebabkan kejayaan beliau telah mnyebabkan ramai pelancong asing berkunjung ke Malaysia dan bertemu dgnnya???? Hurmmmm…mungkin saya sorang je yg x Nampak hasil kejyaan mereka semua.


Kesimpulannya, kalau kita nk mengharumkan nama Negara, buat r benda yg betul2 boleh memberikan manfaat kepada Negara, bangsa dan agama. Contohnya mcm kejayaan Najmil Faiz Muhd Aris (google r siapa dia nih).  Kalau setakat nk kejar nama dan harta, takut x sempat nk dapat, Allah dah tarik nyawa tu…x ke sia2 namanya.  Apa2 pun, kalau ada yg x puas hati dgn pandangan kerdil saya nih, saya dgn rasa rendah diri memohon maaf kpd anda semua. Sekadar nk meluahkan persoalan yg terbuku dlm pala otak nih setelah sekian lama. =)

Thursday, June 6, 2013

abes sudah sem 5

Bismillah...

Cuti semester 5 telah pun bermula dan bakal dihabiskan dalam masa 10 atau 11 hari je lagi… hadoiii…x puas rasenyer dok rumah nih,,,guling-guling depan tv, makan dan makan… bebas dari memikirkan esaimen dan hal2 dunia…he3..x pa..3 sem je lagi kan…banyakkan bersabar demi masa depan.=)

Sekrang nih, kalo bukak pesbuk, mesti akan tgk entri kat sokeba dulu…oh…sokeba tu biro social dan kebajikan pelajar dibawah naungan jpp…jpp nih pulak boler r diibaratkan mcm pengawas sekolah. Sbb tuh namanya jpp je…bukan mpp…keh3…=p

Dalam sokeba tuh, biasanya akan dipostkan mcm2 cerita..cerita yg menginsafkan, menakutkan, menjelikkan, menghepikan dan laen-laen lagi. Dan waktu cuti sem cengginih, stdnt mcm saya yg memang pulun akan tertunggu-tunggu post mengenai tempat praktikum / praktikal utk sem depan nih. Dengar kabor angin mcm dapat kat area kedah….tp saya doa dapat r kat perlis. X mau dah dok rumah sewa. Menakutkan ja….huk3..@__@

Pasal result exam x yah r pikir lg…sbb dh jadik lumrah hidop di maktab perlis, ia akan keluar selepas bukak sem baru…mcm dua minggu waktu interaksi, baru r dihebahkan. Lgpun, pensyrah semua baru je balik dari melancong, bercuti dan berumrah…Alhamdulillah. dan ramai gak sahabat2 saya yg pergi menunaikan umrah cuti kali nih,,,rakyat Malaysia smakin kaya raya kan????? He3…

Apa2 pun, selamat kembali ke tanah air terchenta kpd semua sahabat2 yg baru mnamatkan perjalanan menunaikan ibadah umrah. Semoga doa2 dan amalan kalian dimakbulkan Allah… aminn ya rabb.

p/s: seronok btol dapat jumpa Encik Damak sekali sekala...=)



Sunday, April 28, 2013

'Hero' kelas saya


Bismillah…

Alhamdulillah. Akhirnya tamat gak praktikum fasa 1 selama sebulan di sk felda mata air, padang besar utara perlis. Semalam, guru besar dgn baik hatinya telah meng’sponsor’ jamuan utk kami semua. Sepatutnya, kalo diikut jadual kami, x perlu dh nk p sekolah semalam (sabtu) walaupun sekolah tuh buat sekolah ganti. Tp sbb ada jamuan, maka kami berenam pun merajinkan r diri nih utk bangun 5.30 pagi dan gerak ke sekolah utk kali terakhir pada semester ini. Yg x syoknyer, lepas makan, makan dan makan, saya rasa perut saya telah dipenuhi angin. Menyebabkan saya rasa x selesa dan x sedap badan. Lalu, saya tertidur selepas isya’ seawal jam 9 malam!!!! Gila sungguh. X pernah lg rasanya tidur seawal tuh pada malam minggu. Cadangnya malam td nak p r tgk ceramah politik haron din dan pelakon abu bakar omar kat tambun tulang, dah perut rasa x sedap, badan rasa x larat, tertidur r pulok…ishhhhh..rugi betol… huk3

Dan kali nih saya nk tunjukkan wajah2 anak murid saya tahun 2 angsana yg brutal yg menyebabkan berat badan saya turun 5 kg utk bulan nih… fuhhhhh…

Gambar kat atas nih, yg sebelah kanan tgh tgk kat tmpt laen tuh merupakan salah seorang "hero" dalam kelas saya. selalu cari gaduh dgn orang lain dan selalu buat saya rasa mcm nk kena angin ahmar. mangsa buliannya ialah kawan sebelahnya yg tgh dok buat "peace"... yg sebelah tuh pulak, saya rasa mcm hiperaktif. selalu buat benda2 pelik yg orang lain x buat. contohnya, dia akan bertindak melompat-lompat sendirian apabila teruja. berlari ulang-alik tanpa sebab yg diketahui dan suka main sorang2... tapi x dak r nakal mcm hero sebelah dia... cuma selalu jadi mangsa buli sbb dia nih kecik dan x banyak cakap. hero nih pulak ada kisah sadis di sebalik kenakalannya. setelah dicarik gali kisah-kisahnya dari cikgu2 kat sekolah nih, baru r saya tau sbb apa dia jadik "hero". Mengikut ulasan guru pembimbing saya, mak kpd budak nih tersangat r cun/cantik/lawa. sehinggakan telah bercerai-berai dan kawen sebanyak empat kali!!!! dan skang nih, budak nih duduk dgn ayah tirinya yg boleh dikatakan agak x sayangkan dia. jadik, dia nih buat perangai semata-mata nak kan perhatian dari cikgu2 termasuklah diri saya. @__@"


Hero kedua dan ketiga dalam kelas saya. Kanak-kanak pemulihan. Pantang diusik atau diejek oleh kawan2. Pasti akan ditumbuk. x dak dah perang guna mulut. terus bagi tangan dan kaki ja. ishhh..dahsyat betol...

yang nih pulak, sebelah kanan yg tgh suap mulut tuh pernah mencatat rekod sekolah di seluruh negeri Perlis (fakta rekaan) apabila pernah x datang sekolah selama hampir dua bulan straight!!! alasan x datang x pernah diketahui walaupun cikgu2 sekolah telah 'menyerbu' rumahnya. sepanjang sebulan saya mengajar kelas nih, hanya 3 kali je dia datang sekolah termasuk hari saya mengadakan jamuan kelas. esoknya, x datang dah. pandai betul dia meneka...he3..
sebelah dia tuh pulak, ada kisah yg lagi menyayat hati..rasa nak menangis mcm tgk cerita sedih korea... x larat nk taip kat sini...

nih hero paling brutal. harap muka je hensem mcm muka saya. tapi perangai...masyaallah...kah3.. nih pun kanak-kanak pemulihan. pantang diusik dan suka mengusik orang lain. pastuh, suka gaduh tumbuk-tumbuk sambil guling-guling atas lantai. baju yang putih bersih, dipakai sewaktu datang ke sekolah di awal pagi hanya  bertahan keputihannya sehingga perhimpunan pagi je..abes perhimpunan, masuk ke kelas, baju dan seluar dia nih akan dipenuhi dgn kesan2 berguling di atas lantai. Pernah mencabar kejantanan saya apabila berlari merentas meja di dalam kelas. rupa-rupa, budak nih cucu kesayangan atoknya yg tinggal dgn ibu bapanya. mana pernah kena marah dgn atok dan mak ayah. takat cikgu-cikgu yg marah, x heran. x pernah menangis sewaktu bergaduh atau ketika didenda oleh guru termasuk saya. nama dia sangat dikenali satu sekolah termasuk murid darjah enam dan mak cik kantin. sangat brutal!!! hailaaaaaa...

to-be-continue

Friday, April 19, 2013


(AMARAN! ENTRI PANJANG BERJELA...)

Bismillah…

Lama sungguh tak jenguk blog nih… update hape tah lagi. Sibuk dgn urusan duniawi sejak awal semester ni. Kononnye. ~___~”

1 April 2013, maka bermulalah kerjaya saya sebagai guru praktikal bahasa melayu di SK Felda Mata Air. Dan hari ini, genaplah 3 minggu bertapa di sana menuntut dan mencurah ilmu sesat di sana. Kah3. Rasa mcm x percaye je dah ngajor anak orang.

Tapi sejujurnya, ikhlas dari hati yg tulus dan suci, ngajor anak lembu makan rumput lagi senang dari ngajor anak orang. First day masuk kelas, ingat dah berjaya mengawal kelas dgn baik. Rupenyer, sangkaan tuh umpama mimpi tidor petang. First day yg lalu, murid2 dlm kelas tuh x semuanya ada. Yg tinggal hanyalah murid pandai dan sederhana. Yang baki 8 orang semua p kelas pemulihan. Tinggal r 18 orang murid je dlm kelas tuh. Bila tinggal sikit je budak2 dlm kelas, maka senang r kerja saya sbg cikgu. Tapi esoknya, bila budak pemulihan ada dalam kelas, rasa heppy+ riang+ teruja+ dan yg sama waktu dgnnya nk ngajor budak2 telah bertukar kepada perasaan nak menjadi super saiya mcm son goku dlm citer dragon ball. Bayangkan, kalau semalamnya kelas tersebut aman damai, tenang, semua murid baik dan menurut perintah, hari tersebut telah bertukar 361 darjah. Yaaaa…bukan 360 darjah..tapi extra 1. Waktu itulah saya merasakan ada benarnya kata pepatah melayu iaitu “hari tak selalunya cerah.” Tengah naik tangga ke kelas, dah dengar suara kanak2 riang “bergembira” di dalam kelas. Tahukah anda semua, bagaimanakah kanak2 pemulihan ini mengekspresikan perasaan gembira mereka????

Melukis??? Mewarna??? Tidor??? Bermain lawan pemadam??? Main batu seremban??? Main tepuk daun terup??? Semua tuh TAK berlaku di kelas tahun 2Angsana Felda Mata Air.. cara mereka menunjukkan perasaan seronok mereka adalah seperti BERLARI MERENTAS MEJA dan MEMUKUL KAWAN tak kira r laki ke perempuan. Bayangkan perubahan suasana kelas yang berlaku. Saya umpama terkena kejutan budaya waktu tuh. Cakap saya x laku. Saya umpama menjadi lauk sardine kepada anak2 jerung di tahun 2. Budak2 yg baik telah dibuli oleh murid pemulihan. Sebenarnya, budak pemulihan yg buas nih ada empat orang ja pun. Tapi kehadiran diorg nih akan menyebabkan beberapa budak yg sederhana turut menjadi buas seperti mereka. Kira budak pemulihan nih mcm virus r kalo senang nk paham. Buat orang lain x senang duduk. Termasuk diri saya.

Lepas situasi tuh, maka bermulalah sesi luah perasaan kat guru pembimbing, kawan2, dan ibu saya. Mcm2 teori yg telah diperkenalkan oleh mereka. Yg pasti, pesan guru pembimbing, kat sekolah tuh, x maen psikologi2 nih. Kompem x berkesan. Nak berkesan kena gune pendekatan penyepaklogi dan penamparlogi. Dan sememangnya guru pembimbing saya seorang yg brutal even beliau seorang wanita mengandung 8 bulan! Wa tabik sama lu Kak Ina… he3…sangat kagum akan kebrutalan beliau menghadapi kanak2 buas.

Insyaallah, utk next entri saya akan perkenalkan kanak2 buas di tahun 2 Angsana.

Yang ajaibnya, walaupun mereka menjadi hyperaktif semasa saya mengajar, namun bila time saya dipantau oleh guru pembimbing dan pensyarah pembimbing, semua jadik baik.  Saya sangat r terkejut dgn perubahan sikap mereka. Dan sewaktu diobserve oleh pensyarah dan guru pembimbing semalam, untuk final observation, mereka berkelakuan seperti kanak2 normal. X dak pukul2 kawan, gaduh tumbuk2, lari merentas meja dan kerusi dan sebagainya. Semua boleh belajar seperti kanak2 normal yg lain dan menumpukan perhatian. Cuma, biasa r bila dah namanya kanak2, kompem r agak riuh sedikit kelas tuh dgn mulut2 mereka menjawab soalan saya. Dan akhirnya, berkat “lakonan” mereka, hasil pengajaran saya telah dipuji oleh pensyarah pembimbing. Alhamdulillah. Ternyata Allah mendengar doa seorang hambanya yg hina. =)

Dan tadi, sewaktu saya membelek buku rekod kehadiran pelajar, saya terselak ruangan alamat dan pekerjaan bapa2 mereka. Sungguh saya rasa nak nangis. Sebak di dalam dada bila membaca pekerjaan2 bapa mereka semua. Daripada 28 murid dalam kelas tuh, hanya dua orang bapa sahaja yg nampaknya mempunyai pekerjaan yg boleh dikatakan standard.  5 orang merupakan peneroka felda yg boleh dikatakan hidup senang (sebab rumah2 orang felda kat situ, majoritinya banglo2! Kalah rumah ibu bapa saya!huk3…) baki 21 orang bapa kepada murid2 saya bekerja sebagai buruh, pekerja kilang gula, pemandu dan penoreh getah. Majoritinya bekerja sebagai buruh. Bila baca perkataan buruh, terus teringat buruh2 binaan yg bina rumah bagai. Kerja yg sukar, tapi pendapatan yg sedikit. Patut r bila saya pesan suruh bawa pensel warna, gunting dan gam, ramai yg x ada alatan tersebut sedangkan kalau zaman saya sekolah rendah dulu, kalo cikgu pesan suruh bawak, kompem saya akan bawak. Kalo x dak, saya akan mintak ibu dan ayah saya tolong belikan sbb takut cikgu marah. Tapi diorg semua, hanya ada pensel dan pemadam. Tu pun kejap ada kejap x ada. Biasa r… kanak-kanak. Sekarang, baru saya faham kenapa susah sangat mereka nak sediakan alatan2 yg bagi saya alatan asas yg perlu dimiliki oleh pelajar sekolah. Rasa berdosa pulak bila mintak mereka bawak barang2 tuh semua. Huk3…

Tuh tak kira lagi masalah keluarga murid2 tuh semua. Mak kawen empat kali, mak meninggal dunia, ayah x mau bela, kena tinggal dgn tok, mak ayah keja kat tmpt laen, tinggal dgn pak cik, mak ayah keja seludup minyak dari siam, dan mcm2 lagi kisah keluarga mereka yg membuatkan mereka semua menjadi seperti kisah yg saya ceritakan. Betul. Saya x salahkan mereka. Saya salahkan ibu bapa mereka kerana gagal mendidik anak mereka dengan baik. Bayangkan, guru besar dan pk hem datang ke rumah murid utk bagi jadual UPSR, tapi bapaknya kejo cikgu2 dgn parang sbb ganggu rumah tangga mereka pada awal pagi iaitu 11 pagi!!!! Nampak tak di situ. Betapa ibu bapa murid sendiri tak mementingkan pelajaran anak2. Sebab tuh murid2 saya, kalau x datang sekolah, bukan takat sehari dua…tapi dua bulan x datang pun ada. Semua menghadapi masalah keluarga yg haru biru. Sebab tuh mereka kurang kasih sayang dan perhatian. Dan sebab tuh mereka bekelakuan buas. Semata-mata nak dapatkan perhatian dari seorang guru. Itu sahaja. Dan saya rasa saya agak lembab utk menyedari semua nih.  

Allah…. Saya rasa sangat bersyukur ada keluarga yg boleh dikatakan sempurna. Walau kami tak sekaya orang lain, tapi saya dan adik beradik dapat pendidikan duniawi dan ukhrawi yg secukupnya. Terima kasih puan ibu dan inche ayah. Alhamdulillah.

TaufiqDesa berkata : tengah pikir hadiah apa yg patut bagi kat mereka semua dgn keadaan baki duit elaun yg sedikit…@___@...mohon sumbangan cik kak long utk derma sikit elaun beribu…huk3..  


Saturday, January 12, 2013

cerita tahun baru


Bismillah…

Memulakan tahun baru 2013 dengan selamat. Alhamdulillah… tuh ja kot lafaz yg boleh diucapkan setakat ini. Hari pertama saya sampai di maktab, saya dikejutkan dgn kehadiran rumate baru…OMG…siapakah beliau?????  Ahmad Fathi Lutfi!!! Yeeehaaaaaaa,,, mendengar cerita yg langsung x ade nilai2 positif dari orang2 sekeliling buat saya rase kecut perut pada mulanya…tapi…tapi…tapi… omputeh ade cakap..

“don’t judge the book by its cover”

Dan saya rase saya dh buat benda tuh,,,huk3…silap nilai orang sudah…he3..

So far, rumate saya yg lebih dikenali dgn nama manjanya “tehi” ok ja.. even dia merupakan smoker tegar, tapi dia still menghormati saya sbg rumatenye dgn merokok di luar bilik…terima kasih rumate!
Saya nk cakap terima kasih gak kat dia sbb pandai jaga kekemasan tempat sendiri..x dak r sakit mata atau tekanan perasaan bila masuk bilik hari2…keh3..apa2 pun, rumate baru saya nih budak baik sebenarnya…=)

Dalam entry nih gak saya nk ucapkan jutaan trillion terima kasih yg tidak terhingga kepada encik boss a.k.a encik ayah sbb sudi menjadi cheti/ah long kpd saya… cer kome imagine, apa agaknye perasaan kome apabila kome balik ke maktab  dgn laptop yg rosak????  Di maktab, laptop adalah sumber hiburan bg menggantikan tv di rumah, menggantikan tmpt ibu bapa utk bersembang dan lain2.  Maka, hidup tanpa laptop pada hari ini, boleh r diibaratkan seperti hidup di dalam gua. Sebenarnya, kalo idup dalam gua saya boleh tahan lagi r..sebab masih ada makanan dan minuman utk meneruskan idop nih…

Yang jadik masalahnye, bila kita diberikan tugas pada awal2 semester mcm nih… baru nk berjimba-jimba, dah kena buat kerja..orang laen boleh guling2 atas katil, saya kena bersengkang mata buat kerja. Saboooo je r…dgn laptop yg kejap idop kejap mampuih, mcm idop segan mati x mau, memang menyusahkan saya utk buat segala kerja.
Semester ini, batch saya kena anjurkan kejohanan olahraga tahunan ipg. Dan malangnya buat diri saya ini apabila dilantik sekali lagi sbg “setia dan berusaha” benda alah ini… yeeeee…benda alah…yg bnyak kerja perlu dibuat terutamanya bab-bab menaip nih. Sebab tuh, bila nama saya disebut oleh seorang kawan utk menjadi calon s/u, hati saya terus mengeluarkan sumpah seranah kepada beliau walaupun bibir nih mengukir senyuman mcm lisa surihani… dan lebih malang bila saya menang jawatan tuh seperti menang tanpa bertanding… puiiihhhh..

Hasil duit yg telah di bank-in oleh encik ayah dan di topup sedikit dgn duit simpanan sendiri, dapat r jugak beli notebook kecik..ok r tuh takat nk buat keja, esaimen, dan tgk movie…bukan nk maen game pun…=)

Dan di ipg saya sekarang nih sedang hangat dgn pilihan raya bg pemilihan jawatankuasa perwakilan pelajar a.k.a JPP… niat di hati sebenarnya teringin gak nk cuba bertanding tahun nih, tapi bila dah TERdapat jawatan s/u nih, saya rase x perlu kot nak jadik tamak dgn membolot semua jawatan…silap aribulan, boleh bertambah dosa daripada pahala…=)

apa pulak cerita ustazah sadiqah di lenggeng sana????


Taufiq Desa berkata : pelik dgn sikap segelintir manusia yg x mahu mendengar nasihat drpd guru2 sendiri…moga Allah memberikan hidayah buat nya…

Thursday, November 29, 2012

Journey to KL


Bismillah…

Kali nih saya nk condemn sikit pasal tmpt yg telah saya lawati mase p key-el selasa arituh. Alkisahnya bermula apabila encik ayah mengajak saya utk pergi ke k.l atas urusan politik negara…waaaahhhh,,,hebat encik ayah. Dah macam ahli parlimen yg nk p dewan rakyat pulak…kah3… x dak r…nih pasal hal2 blogger pakatan rakyat. Jadik, sbb saya nih anak yg soleh, x mau kene sumpah jadik BMW 5 series, saya pun ikut r sekali…jadik drebar kpd encik ayah. Dan ade dua orang lagi blogger yg tumpang kereta kami. Sorang blogger tuh namanya, OTAIMANJUNG dan sorang lagi AMENOWORLD. Haaaaaa…inilah kali pertama saya berjumpa dgn blogger2 nih selain dari encik ayah sendiri. Dan tahukah anda, amenoworld itu merupakan seorang WANITA!!!! Yaaaaa…jgn tertipu dgn tulisannya yg mcm lelaki… keh3… tapi beliau seorang yg baik dan sangat sangat bagus bila bercakap. Mengikut ramalan saya, dia tuh boleh jadi calon utk PRU-13 parlimen teluk intan…keh3…

Ktorang sampai ke tmpt meeting para blogger lebih awal dari masa yg ditetapkan. Jadik, disebabkan saya nih x paham ape2 pasal meeting tuh, maka saya merajinkan diri utk pergi jalan2 ke k.l. nasib sangat menyebelahi saya apabila disebelah bangunan tmpt meeting tuh, ada stesen monorail!!! Yeeee… seberang jalan saja. Cuma naik jejantas, jalan duploh langkah, anda telah tiba di stesen monorail jalan maharajalela. Dan setelah mendapat green light drpd encik ayah berserta duit poket, maka saya pun berjalan r ke sana sorang2… keterujaan menaiki monorail semakin menjadik2 setelah melihat mesin beli tiket. Errrrkkk…bukan beli tiket. Beli duit syiling plastic sebenarnya. 

Bagi saya monorail ke, lrt ke, komuter ke, keteapi ke, semua tuh sama je. Bergerak atas landasan yg hampir sama ghuper nyer melainkan kereta api yg landasannyer atas tanah. Jadik, kalo orang laen tanya saya p jalan2 kat k.l naik ape, saye akan jawab, “Naik LRT…walhal terang2 nama stesen tuh stesen monorail…” alah, same jugak mcm makan maggi. Walaupun makan mee ruski, mee sedap, mee ho liau, kite tetap akan cakap, “makan meggi…”

Waktu nk beli tiket kat mesin tuh, saye agak blur tentang cara nk pilih destinasi yg nak dituju. Ada macam2 warna dan simbol yg memeningkan kepala. Inilah yg dikatakan bagai topek masuk key-el. Abes citer, saya p beli kat kaunter pertanyaan. Tambang utk ke stesen bukit nanas hanya sehinggit enam ploh sen. Dari stesen bukit nanas, kena jalan kaki p stesen dang wangi utk ke KLCC. Tambangnye sehinngit tige ploh sen. Dan kali nih saye beli syiling plastic tuh gune mesin… rase mcm orang key-el pulak bile dapat beli gune mesin. Nampak r sikit dah pandai idop kat k.l…. kah3…masuk2 dlm gerabak tuh, mak aihhh… dah mcm tin susu pekat F&N.. ramainye makhluk tuhan. Tgk jam, pukul 12.45 tgh hari… mmg patut r… dlm gerabak tuh, mcm2 bangsa, JANTINA, agama dan FESYEN yg dapat diperhatikan. Mata nih dipaksa utk MENCUCI mata melihat benda2 yg kompem2 menambahkan dose. Haiyooooo… dengan bau haruman bangla2 menambahkan lagi keperitan berade dalam gerabak tuh…. 10 minit yg menyeksakan batin di dalam gerabak.

Akhirnya, tiba gak ke KLCC buat kali ketiga seumur hidup. Kali pertama sampai ke sini, ikut rombongan skolah rendah. Tuh pun takat p petrosains je. Tak hengat apa2 dah. Sampai2, pusing satu KLCC. Masuk kedai2 yg nampak macam best. Barang2 nyer mmg best. Dan harga barangnyer pun tersangat r BEST!!! Mampu tengok dan bermimpi je r… hatta sehelai baju t-shirt pun yg saye rase boleh jumpe kat pasar malam berharge 125 hengget. Sesak nafas jap.

Penat pusing setiap tingkat yg ade kat sana, saya nk carik surau. Tgk kat peta yg ada kat tingkat 4, lukis kat situ ade surau. Tawaf 7 kali, haram x jumpe. Bila tanya pekerja kat situ, surau ade kat aras bawah tanah. Ceittttttt….bayangkan…setinggi-tinggi KLCC, hanya ada SATU je surau!!!! Hadoiiiii… sebelum p surau, singgah jamban jap. Orang kate, kalo nk p jamban, jgn p yg dekat aras 1. Nanti kene bayor 5 hengget. Nk p jamban, kena gigih sikit naik tingkat atas2…yg tuh free. Dan bila benda free, biase r…sangat menyakitkan hati. Bayangkan, masuk2 jamban tuh, x dak getah paip. Hadoi…nak cuci pakai ape nih. Tetiba, nampak kepala paip je tanpa ada mulutnye kat dinding. Oooooooooo… saye rase mcm paham. Maka, buanglah segala hajat yang perlu. Setelah selesai, kepala paip dipusing perlahan2…x rase ape2 pun. Tapi ade dgr bunyi air mengalir. X pe…pusing sampai habes…jugak, x rase ape2… aisehhhh…apehal pulak nih… bila toleh ke belakang, rupe2 nyer, airnye bukan keluar dari mangkuk jamban mcm kat hotel2 4 atau 5 bintang, tapi keluar kat dinding!!! Hailaaaaa… bayangkan betapa susahnya nak mencuci apa2 yg patut dalam keadaan sedemikian. Dan tekanan airnya agak perlahan. Pancutannya x masuk pun ke dalam mangkuk jamban. mujur jamban free. Haishhh.

Setelah selesai solat, baru p carik kedai makan. Dekat situ, semua jenis kedai fast-food korang boleh p. daripada secikai-cikai key-ep-si, sampai r ke secret recipe. Mcd ke,pizza, semua ade. Tapi ape r gune kalo p KLCC nak makan semua tuh. Baik beli kat rumah je.. x yah susah2 menempuh perjalanan yg menguji kesabaran dan keimanan. He3… saye pun dgn syioknyer pusing2 satu klcc mencari kedai makan yg  x dak kat manjung dan perlis. Mcm2 yg saya jumpa. Restoran korea, jepun, Thailand, omputeh, dan sebagainya. Tgk restoran korea dan jepun, penuh dgn manusia. Tetiba, nampak satu restoran mcm western. X de r ramai sangat orang. Tgk ade beberapa orang Melayu Islam makan di situ. Saye pun try makan di situ. Waktu pelayan nak amik order, saya cakap mcm nih kat dia,

“ is the foods  here are halal???” ye r…takut gak…kot dia hidang daging babi, x ke nayer…

Waiter tuh jawab,

“ of course. You may see the sign at our menu and at there…” sambil tunjuk ke arah pintu restoran tuh.   

Ooooo…baru r yakin nak makan. He3.. tapi, time tgk menu… mak aihhh… rase nk terkeluar bijik mata… hargenye sangat Menarik… se menarik tempat nye… hadoiii… mujur encik ayah bg duit poket. Lepas r nk makan tgh hari… habes makan, jalan2 lagi. Jumpe satu kedai eskrem. Namanye mcm ade perkataan new Zealand… try beli satu… sedap gak.. rase eskrem. X de r pulak rase nasik… kah3…

Habes makan eskrem, jalan2 lagi, masuk kinokuniya, toys n us dan kedai2 lain. Saya termasuk ke kedai gula2.. mcm2 cekelat, gula2 ade jual kat situ. Yg paling best kompem r hargenyer… bayangkan harga sebotol smarties 500 gram berharga 33 hengget!!!! Gilaaaa betul… mujur duit dah abes buat bayar makan td… he3…

Dan dalam 3.30 ptg encik ayah mesej saya. Meeting dia tuh dah nak abes… maka saya pun berjalan pulang naik LRT… situasi pergi dan kembali menaiki LRT x jauh bezanye… =)

Taufiq Desa berkata : x mau posting kat K.L…

Sunday, November 25, 2012

perkongsian "ILMU"...


Bismillah…

Okay. Entri kali nih saya nk share kan kpd kome semua tentang satu cerita a.k.a drama omputeh yg kalian semua WAJIB tonton utk cuti sem nih. Supaya kome semua ade benda nak dibuat dekat rumah. X perlu nk keluar rumah bg mengelakkan kebosanan ke, x perlu nk jumpa kawan2 ke, x perlu membute dari pagi sampai tgh hari, x perlu keluar exercise dan senang cerita, x perlu bergerak ke mana2…unless r family korang ajak p berjimba-jimba satu Malaysia ke, balik kampung ke, p kenduri kawen ke..kena r ikut..atau jika kalian sedang bekerja part-time, maka sudah pasti masa korang tuh x dek r jadik sia2. Kalo x dak semua tuh, juz duduk kat rumah, donlod sampai abes dan tgk cerita nih.

Tajuk cerita nih ialah...

“ONCE UPON A TIME...”

Mcm bedtime story kan??? Keh3... tapi seriously cerita nih saya TERJUMPE time tgh sibuk2 cari episode ke 7 dan 8 cerita merlin season 5…(walhal dh keluar kat tv3 pun..)saya jumpe kat sini.


then, baca synopsis alkisah nih, macam best. Dan ditambah pulak dgn komen2 abang2, kakak2, makcik2, pakcik2 yg rajin mengomen kat ruangan komen laman web tuh. Semua mengatakan cerita tuh sangat best utk ditonton pd waktu malam seblom tido… hehehehehe..
(orang buat solat sunat, aku tgk drama...ape nak jadi...haishhh)

Cerita nih mengisahkan watak2 dalam fairy-tales omputeh yang dipindahkan dari dunia fairy-tale ke dunia kita pada hari ini disebabkan sumpahan oleh mak tiri snow shite. Kan mak tiri dia tuh ahli sihir jahat… tapi, bila semua watak tuh dipindahkan ke zaman ini, mereka semua x ingat tentang siapa diri mereka yg sebenarnya dan diorg terperangkap dlm sebuah bandar pd zaman nih kat amerika syarikat. Hanya anak snow white dan puteranya saja yg boleh merungkaikan sumpahan tersebut di samping mengembalikan semula ingatan watak2 tuh semua. Apa yg mengujakan saya utk terus tgk cerita nih ialah, penyusunan plot atau jalan cerita yang SANGAT SANGAT SANGAT AWESOME!!! Penulis skrip cerita nih telah berjaya menggabungkan semua cerita fairy tales yg ada kat atas muka bumi nih dgn begitu cantik, baik dan hampir sempurna. Semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. Kalau kome nk tau, mcm mana mak tiri snow white boleh ade cermin yg boleh bercakap, kome kene tgk cerita nih. Kalo nk tau pasal asal usul hat-maker dlm citer alice in wonderland pun ade dalam nih. Boleh jadi sumber sejarah fairy tales kot drama nih… he3…

tapi dlm link di atas, hanya season 2 sahaja yg boleh didonlod…tuh pun dalam banyak2 link, hanya ada satu atau dua link saja yg boleh pakai utk donlod.. yg lain….hurmmmmm… haprak… baek delete je link2 tuh…he3…(kondem pulak…sorry admin…) nk tau link mana yg boleh gune, korang test r sndiri k…lepas donlod, mcm biasa r…kena extract gne “zip” ke atau software yg seangkatan dgnnya.


Utk donlod season 1, copy n paste link nih…

semua episode ada dlm link nih..dari episod 1 sampai 22…yaaaaaa…22!!! Kalah cerita korea…korea pun, kbnykannya hanya sampai 20 episode je…nih lebih dahsyat dari korea…ape tah lg citer merlin.. tp dgn berdurasi sekitar 42 – 45 minit, cerita nih sangat best utk ditonton. Dan, ada beberapa episod dlm link di atas nih, mempunyai masalah subtitle. Subtitle nye x synchronize dgn audio nye… hero cakap lain, kat bawah tulis lain. Jadi, utk dapatkan subtitle yg ok, korang p kat laman web subscene.com, taip tajuk cerita nih, dan pilih ikut format video cerita nih… pastu donlod dan extract mcm biasa… sebenarnya, agak payah gak nk donlod cerita nih satu season. Nk cari subtitle yg ngam dgn episod2 tertentu. Hadoiii… betul2 memerlukan kesabaran yg tinggi…hehehehe..tapi semua tuh berbaloi bila korang dh tgk cerita nih sampai abes… dan disambung dgn season 2, lagi r buat korang x leh tido malam. Isshhhh…

tapi, bagi kome yg malas nk donlod, x reti nk donlod, atau pakai brokband kat rumah, usah khuatir..usah risau… pada malam ini, ahad, jam 9.30 malam (kalo x silap), di NTV7 saluran ceria anda, akan ditayangkan cerita nih bg episode ketiga kot…ke keempat..ntah…x ingat… boleh r try tengok..tapi kalo x paham dgn apa yg berlaku, padan muke!  

Selamat menonton dan mendonlod!!!


Taufiqdesa berkata : disebabkan cerita nih, saya “menceraikan” sekejap drama korea dan runningman…huk3…

Sunday, November 18, 2012

cuti semester 4


Bismillah,,,

Lama dh x menulis kat blog nih. Sejujurnya agak malas nak taip ape2 kisah yg terlintas kat pala otak nih. Lebih prefer utk cerita melalui mulut bila berjumpa dgn sesape. Boleh guna unsur hiperbola sikit, tambah sound effect sikit bg cerita tuh nampak real. Kah3.

Okay. Cuti semester dah seminggu bermula. Tapi cuti kali nih saya rase macam lain dari cuti2 sebelum nih. Rase macam dah lama bercuti walhal baru seminggu meninggalkan gurun perlis. Kalo cuti time study week aritu, cuti seminggu tuh rase sekejap bebenor. Kali nih rase mcm nih,

“ooooo…baru seminggu aku kat rumah rupenyer…” –ayat mcm orang yg kene penyakit Alzheimer-

Mungkin sbb x dak keja yg perlu dirisaukan, sbb tuh rase mcm tersangat r lambat masa ini berlalu. Kalau cuti sebelum nih kan ade kerja gak yg perlu dirisaukan. Macam esaimen, baca buku, fail MQA dan yg sama waktu dgn nya.

Cerita pasal exam arituh,

Adusssss. Second time rase macam nak pitam. Secara keseluruhan, utk exam kali nih, saya mmg x well-prepared mcm exam sem lepas. Tempoh study yg singkat, JSU yg tak boleh dipercayai dan soalan yg mmg HOT! ( soalan High Order Thinking,,,bukan soalan PANAS!!!) dan saya agak risau dgn kemungkinan utk mengulang satu paper major iaitu BMM3107-pengantar linguistik bahasa melayu… (puhhhhhh…lulusss…) dan target pointer kali nih, perlu lebih realistik. 3.7 dan ke atas??? Kalo dapat tuh namanyer mukjizat… 3.6 dan ke atas??? Tuh pulak karamah… 3.5 dan ke atas??? Haaa…yg nih harapan saya utk sem nih. Kalo x dapat gak, frust tertonggeng atas katil r gamaknyer…isk…isk…isk.. apa2 pun, saya mendoakan keputusan exam saya dan kawan2 yg lain semuanya baik2 belaka. Lulus dgn cemerlang.

Cerita pasal cuti.

Tak banyak yg boleh diceritakan. Lebih kepada operasi menjadi suri rumah suku masa. Yaaaaa… suku masa. Bukan separuh atau sepenuh masa. Sbb saya x masak. Saya x kena kemas rumah. Hanya kerja2 picisan saja yg saya perlu lakukan di rumah. Sbb kat rumah saya ada “SUPER MAMA”. Keh3…dialah ibu saya yg sangat hebat dalam bab2 menyapu rumah. Maka dgn itu, saya x perlu nk sibuk2 amik tender menyapu rumah melainkan kalau ibu saya ada hal di awal pergi seperti urusan di sekolah.

Rutin lain. Golek2 atas katil. Sepak bantal. Guling2 depan tv. 

Sekian!

Sunday, October 7, 2012

permainan kecil


Dengan nama Allah…

Ada sorang junior nih tanya kpd saya mcm mana nak guna game dlm cerita runningman a.k.a RM (bkn Ringgit Malaysia k)  dlm p&p kat sekolah???

Ok. Mcm mane nak start yerppp. Hurmmmm, kpd peminat tegar cerita RM kompem kalian sedar ada bnyk game yg seronok yg telah direka oleh produksi2 game show tuh… sampaikan korang sendiri ade rasa teringin nk join RM sbb nk join game dia…kan??? Kan??? Haaaa…jadik, disebabkan adalah SANGAT MUSTAHIL utk rakyat marhaen mcm kita nih utk masuk dlm game show tuh. Maka, adalah lebih baik kalo kita sendiri yg buat game tuh. Bukan susah pun nk buat.

Pada entri sebelum nih, saya ade tulih pasai amali microteaching utk subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP) dan dlm amali tuh saya telah mengadaptasi satu permainan dlm RM utk dijadikan aktiviti permainan kecil dlm kelas. Permainan tuh hanya melibatkan aktiviti melukis sahaja. 

Kalo nk buat dlm p&p, para guru boleh r buat cmnih :

·  Bahagikan murid2 kepada dua kumpulan besar. Tiga pun x pa..ikut suka cikgu dan masa yg ada.
·   Kemudian, minta setiap kumpulan pilih 5 – 6 orang utk masuk dlm game nih.
·    Pasukan pertama akan mulakan dulu dan pasukan kedua dok tgk je r dulu. X leh start serentak.
· Cikgu kena pastikan yg peserta tuh (5-6 orang) membentuk satu barisan lurus. (Mcm nak pergi berkawad.) Setiap orang amik jarak yg sesuai. Dan pastikan tiada yg saling menghadap antara satu sama lain.
· Cikgu akan bekalkan kepada setiap peserta sehelai kertas A4 dan magic pen atau marker pen(kalo cikgu tuh kaye).  Peserta pulak kena bawak sebuah buku teks yg tebal utk dijadikan lapik utk melukis. Kena ingat, aktiviti melukis nih kena buat dlm keadaan berdiri shj dan x dak guna meja.
·       Apabila semua dh sedia, cikgu akan pilih seorang murid dari pasukan lawan utk menjaga masa. Bg r henpon kat budak tuh kalo x dak jam digital. Masa yg diperuntukkan utk setiap peserta utk melukis adalah 15 saat. Nk bg 20 saat pun x pa. Cuma jgn terlampau lama mcm 30 saat sbb takut x sempat nk ajar benda lain. Maksudnya 15 saat x 5 peserta = 75 saat / 1 minit 15 saat.
·   Peserta pertama akan dipanggil oleh cikgu untuk toleh ke belakang. Cikgu akan tunjukkan perkataan yg ditulis atas kertas lain seperti nama haiwan, objek, buah-buahan dan sebagainya (yg mudah utk dilukis oleh murid) kpd peserta yg pertama sahaja.
· Peserta pertama akan lukis gambar perkataan yg ditunjukkan kepadanya dlm masa 15 saat shj. Setelah penjaga masa membunyikan loceng, maka peserta pertama tuh perlu berhenti melukis. Siap atau x siap, perlu berhenti gak. Kemudian, peserta pertama akan memanggil nama peserta kedua yg berada di hadapannya utk pusing ke belakang (menghadap dia r).
·  Peserta pertama akan tunjukkan gambar yg telah dan sempat dilukis kepada peserta kedua. Peserta kedua akan cuba meneka apa yg dilukis oleh peserta pertama dan akan melukis kembali apa yg telah dilukis di atas kertasnya dlm tempoh 15 saat. Perlu diingat, tiada komunikasi lisan atau pergerakan yg dibenarkan sewaktu aktiviti ini berlangsung. Peserta x boleh menulis jawapan atau nama gambar tersebut. Hanya gambar sahaja yg dibenarkan utk dilukis.
·  Aktiviti ini akan berlangsung sehingga kepada peserta keempat. Peserta yg terakhir iaitu peserta kelima tak perlu melukis. Sebaliknya, sebaik sahaja melihat gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat, dia diberikan masa selama 15 saat utk meneka gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat tadi. Dia perlu menyebut nama gambar tersebut. Kalau betul apa yg dilukis oleh peserta pertama sehingga keempat, maka potensi utk peserta kelima utk meneka gambar tersebut dgn tepat adalah tinggi. Kadang kala, kalau gambar yg dilukis tuh dh betul,tapi peserta kelima tuh kadang2 pikir laen atau tak dapat tangkap apa yg dilukis, maka akan salah gak tekaannya tuh. Atau pun, peserta pertama dh lukis dgn baik, tapi sampai kat peserta kedua atau ketiga atau keempat, dh jadi lukisan laen. Menyebabkan tekaan peserta kelima jadik salah. Maknanya, kesemua peserta memainkan peranan dlm menentukan kejayaan pasukan mereka. Yg bestnya dlm game nih, kita dpt tgk kreativiti murid2 kita melukis gambar dlm masa yg singkat. Mcm2 rupa yg ada. Kompem gelak tak hengat dunia… keh3…
· Dan perlu diingat, sewaktu game nih berjalan, ahli pasukan yang bertanding yang x masuk melukis, x boleh memberikan sebarang klu atau jawapan kpd kawan mereka. Kalau bg tau jugak, pasukan mereka akan dikira kalah walau pun x abes lagi aktivti melukis tuh. Tapi, ahli pasukan lawan boleh buat bising bagi tujuan memprovokasi atau mengelirukan peserta lawan mereka. Contohnya, peserta perlu melukis gambar lembu, tapi pasukan lawan membuat bising dengan membuat bunyi mengembek bagi membuat pserta keliru sama ada utk melukis gambar kambing atau lembu sbb gambar lukisan tersebut sudah pasti hampir sama.
·    Apabila peserta pasukan pertama dh abes teka, peserta pasukan kedua pulak akan masuk bertanding. Perkataan yg perlu dilukis perlulah ditukar agar tak sama dgn pasukan pertama tadi. Langkah permainan juga sama seperti yg dilakukan oleh pasukan pertama. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan tekaan yg betul.
· Berdasarkan amali selama 30 minit yg telah saya lakukan, game nih boleh dibuat sebanyak dua pusingan. Utk pusingan kedua, guru boleh mintak setiap kumpulan hantar lima lagi wakil yang berlainan drpd wakil yang pertama tadi bagi memberi peluang kpd semua murid utk terlibat dlm aktiviti p&p.   
·      Kalo x paham gak mcm mane nak buat, silalah tgk citer RM episode 30 dan ke atas (x ingat episode yg mana). Yg pastinya,ada dua atau tiga episode dlm range episode 30 – 40 tuh yg ada main game nih…
·       Selamat mencuba! ^___^


TaufiqDesa berkata : saya suka buah strawberi, perisa strawberi dan yg sama waktu dgnnya… keh3..