Bismillah...
Alhamdulillah. ujian akhir kursus a.k.a UAK untk paper TITAS selamat utk dijawab pagi td...2 jam. itu masa yg diperuntukkan utk menjawab paper tuh. kesimpulannya, soalan sejarah SPM jauh lg senang dr yg nih...mcm hampeh! 20 objektif, 4 soalan struktur dan 2 buah esei yg wajib dijawab kesemuanya...no choices anymore like before. soalan objektif hampir kesemua adalah fakta. x de soalan kbkk langsung. cissss...struktur pun dua kali lima. mcm hampeh. semua maen fakta...mane r nak ingat nye....cume esei je yg agak mudah utk dijawab dgn yakinnya. so, utk orang yg study TITAS tanpa buku rujukan akibat hilang/dicuri/dipinjam lalu dibuat harta pusaka, mmg ini dh cukup baik. study 100% based on research kat internet. cayalah kau topeq!!! =)
Ok. kisah hari ini pun bermula....pasal my classmate...bukan nk mengumpat atau mengutuk sbb bila saya post kat sini, kompem ade classmate saye yg bace....kan???kan??? mmg post kali ini saya tujukan kpd anda semua yg terasa hati...sorry k!
Fail untuk pengalaman berasaskan sekolah (PBS) pun dh selamat dihantar utk disemak oleh lecturer. syukur dan teramat lega. kurang sikit tekanan. minggu nih akan ada amali utk pengajaran mikro subjek BM dan perlu buat RPH sebelum hari Jumaat nih. my classmate, especially the boys, masyaallah....sikap suka ambil mudah. mmg dh sebati dlm diri masing2. x boleh nk buat apa dh. bayangkan, sepatutnya, fail PBS yg saya hantar td perlu dihantar pada hari jumaat last week. tp atas budi bicara lecturer kami yg agak sporting dan bertimbang rasa, dia bagi postpone sampai hari ini. malangnya, bg kawan2 saya yg TAK RETI nak menghargai peluang itu, diorg masih lagi x nak hantar fail tersebut. alasannya mudah,
"alah, x pe...maktab lain x yah hantar fail pbs pun...steady je..."
"dia kata arituh suka hati nak hantar bila..."
"x pe...ramai lg yg x hantar..."
haishhhhhhhhhhhhhhh....mmg payah kalau mentaliti ini yg keluar dr otak kalian semua. itu ok lagi. kata mereka, nak hantar esok. baik. sepatutnya, malam inilah mereka akan membuat fail tersebut sebaik mungkin utk dihantar pd esok hari. namun, tahukah anda semua, bahawa mereka semua ini boleh pergi bermain FUTSAL pada waktu ini!!! korang memang HEBAT! saya berani jamin, bila dh balik dari main futsal nanti, kompem payah nk buat kerja...kalau boleh siap gak fail tuh, saya bg tabik spring kpd anda semua....haishhh...mereka2 ini termasuklah rumate saya...haishhh.
sepatutnya, alasan utk riadah x boleh digunapakai utk waktu ini. riadah itu sendiri bermaksud melakukan aktiviti fizikal pada waktu lapang. skarang nih kira waktu lapang ke??? musykil...x cukup dgn riadah waktu petang, malam pun nak main gak....bila masa nk prepare utk semua yg lain??? pastuh, mula r nk copy n paste kerja kawan2 yg lain. semua nk ambil mudah. bukan saya nk berkira. tidak. saya masih boleh berkompromi, namun haruslah kena pada tempatnya. kalau dh mmg namanya malas, pastu nak dtg jumpe saya utk copy n paste, saya minta maaf awal2...saya x sebaik itu. saya mmg berkira kalau bab2 blajar.
yupp. kawan2 saya kata, saya asyik dok dalam bilik waktu petang. x beriadah. tp bg saya, cukup la saya beriadah setiap hujung minggu bermain badminton sehingga 3 jam. dua hari bermain badminton dlm tempoh masa yg cukup pnjg. itu bg saya dh cukup. saya bukan nk bermain utk menjadi hebat seperti Lin Dan atau Chong Wei, tp hanya utk menjaga kesihatan. mengikut kajian, manusia perlu beriadah sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit bg setiap sesi. saya dh beriadah dua hari, lagi sehari tuh saya kira x perlu pun x pe. sbb aktiviti kat maktab nih pun dh boleh pecah peluh. naik turun tangga, berjalan....itu pun dh kira senaman ringan. cukup utk menjaga kesihatan saya kira.
itu lah, apabila manusia nih senang sikit, terus lupa kpd benda2 yg lain. cuba lah sedar diri tu sentiasa. hidup ni x lama. jgn lupakan Tuhan. jgn lupakan tanggungjawab kita sbg hambanya. cube kita tanya diri kita, berapa kali aku solat berjemaah hari ini? aku dh bace quraan atau belum hari ini? kerja2 aku dh siap ke belum?
harap2, anda semua boleh menerima teguran saya nih....
lastly, minta maaf kalau ada ayat2 yg saya tulis nih buat "anda" terasa hati...
topeque said: x payah pun kalau nak hidup kita nih aman bahagia...
: perlu ke ikut cara kawan yg x baek? kenapa x nak ikut yg baik?
Tentang kekalahan
7 years ago
topek~~ we are in the same boat laaa
ReplyDeletepenat aku tk tido mlm buat assignment, lab report segalanye sampai pagi~diorang tido terlentang~mengadap laptop maen game laa~ last nye amek soft copy kt aku, edit skit2 anta~ haishhh penat laa cm ni~ bile tegur sume buat muke tk puas hati ~mcm mane laaa manusia mcm ni huhu