Sunday, April 10, 2011

Cubalah bersyukur

Bismillah.

alhamdulillah. Allah memudahkan segala urusan saya pd hari ini. walaupun diuji dgn pelbagai dugaan/halangan/cabaran, saya masih tetap mampu bersabar walaupun terpaksa menarik muncung seribu. bukan ape, bg saya, tarik muncung atau buat muka dan yg sama waktu dgnnya adalah lebih baik drpd marah sambil mengeluarkan kata2 kesat. sesungguhnya, menahan marah itu bukan perkara yg mudah.

sebagai manusia yg dilahirkan dlm keluarga yg sederhana, saya telah diajar dr kecil utk berjimat cermat, tidak membazir, dan sentiasa besederhana dlm apa jua keadaan. nak beli baju mahal2, punye la payah. kadang2 x kan dapat sbb tuh bukannya keperluan, tp kemahuan. mmg betul. keperluan amendenya kalau harga dh mencecah ratusan ringgit. mmg pembaziran r kalau beli. oleh sbb itu, saya mmg tidak diajar utk membeli benda2 yg mahal2..
apabila makan, saya tidak pernah tidak menghabiskan makanan yg telah saya ambil. ok. tipu. ade la beberapa kali saya makan x habis. tuh pun atas faktor2 tertentu. tp kebiasaannya, kalau saya makan, kompem akan habis tanpa meninggalkan sebarang sisa. bukan kebulur mcm org x makan, tp menunjukkan tanda bersyukur. ambil makanan yg dirasakan boleh dihabiskan dan jgn ambil makanan tuh kalau x boleh nk habiskan. bukan payah nk taw boleh habis atau tak. tanya sama diri sendiri, bukan nafsu.
kalau nk beli barang2 mainan waktu kecik dulu, ada syarat2 yg ditetapkan oleh parent saya. antaranya, mesti dapat no 1 bila exam akhir tahun. kalau dapat no 1, baru la dpt mainan yg diidam-idamkan. walaupun nmpk mcm teruk sgt, sebenarnya cara parent saya mendidik saya amat2 berguna. bila mcm tuh, saya tahu menghargai dan menjaga permainan tersbut sebaik mungkin. sbb saya tahu, nak dapat mainan yg diidamkan bukan senang. nak dpt no 1 dlm exam pun bukan senang. walaupun saya bersekolah di sekolah kawasan kampung, tp x semua studentnya berfikiran kampung.
saya tidak dididik mcm kawan2 yg saya kenal. mungkin mereka apabila dilahirkan atas muka bumi ini sudah dilimpahi dgn kemewahan yg pelbagai. apa yg mereka kehendaki, pasti akan dapat. nak makan apa, pasti boleh. kalau x habis, x pe...buang saja ke dalam tong sampah. namun, saya tidak pernah diajar seperti itu. mungkin, org sekeliling akan nampak saya seperti kedekut. walhal, saya sedang bersyukur dgn nikmat Tuhan.
ayah dan ibu saya selalu menyatakan bahawa nak cari duit itu bukan mudah. kami x de printer yg boleh print duit sebnyk mungkin. ayah saya bukan bekerja sbg gabenor bank yg mana tandatangannya adalah bernilai di atas kertas. maka dengan itu, saya dan adik beradik saya diajar utk berjimat cermat bila menggunakan wang. bukan ape. utk jaminan pada masa depan. alhamdulillah. saya nampak hasilnya. berkat didikan ibu bapa saya, kesemua adik beradik saya sudah ada simpanan tabung haji sendiri dan simpanan kami semua insyaallah boleh membawa kami untuk menunaikan haji pada usia muda kelak.
kita harus ingat, apabila kita hendak melakukan pambaziran, cuba fikirkan, nasib org2 yg tidak sebaik diri kita. mungkin kita rasa kita ini antara org yg susah. sebenarnya, masih ada ramai insan di luar sana yg lebih susah dan daif drpd kita. oleh itu, cubalah bersyukur. hargailah benda-benda yang telah dan pernah kita miliki. jagalah ia seperti mana kita menjaga amanah Allah yang lain. belajar dan fahami erti syukur itu sendiri. kerana kelak, segala nikmat yg kita perolehi itu akan ditanya oleh Allah ke arah mana kita gunakan...

topeque said: ditujukan kpd semua pembaca. semoga mampu menjadi peringatan buat diri sendiri.

No comments:

Post a Comment