Dengan nama ar-rahman ar-rahim...
perempuan itu ibarat sebutir permata. mempunyai nilai yang perlu dijaga. kalau rosak bentuknya, rosaklah nilainya. permata yg paling mahal ialah permata yg paling sukar ditemui di atas planet bumi ni...(kalo kat planet laen bnyk, x taw la pulak)...sama gak halnya dgn perempuan....perempuan yg solehah merupakan perempuan yg sukar ditemui dan perempuan seperti inilah yg saya ibaratkan seperti permata yg paling sukar ditemui. kerana apa??????
kerana perempuan yg solehah sudah pasti(99.99%) mampu menjadi pendamping hidup yg setia kpd sang suami. perempuan solehah mampu taat kpd perintah allah, meninggalkan segala larangannya, dan mampu menasihati dirinya dan org2 di sekelilingnya.
pada satu hari, kawan saya bertanyakan kpd saya perihal sikap perempuan yg dianggap solehah....
saya berkata kpdnya, lebey kurang begini:
"perempuan yg baek akan mampu menurut segala perintah allah tanpa sebarang alasan"
"manusia yg suka memberi bnyk alasan diibaratkan seperti org Yahudi krn sikap suka berdalih itu merupakan sikap org Yahudi."
"aurat bg wanita itu wajib utk dijaga dan kalau mereka tidak mampu melaksanakannya, bagaimana mereka mampu utk melakukan perintah2 Allah yg laen???? bagaimana mereka mampu utk mentaati perintah suami kelak sdgkan perintah Allah yg lebih wajib ke atas diri mereka itu pun tidak mampu dituruti?????
adakah sukar utk memakai tudung yg labuh bidangnya, tidak jarang dan saya kira tidak perlu utk berfesyen-fesyen....Islam tidak pernah mengajar ummatnya berfesyen-fesyen dlm berpakaian. cukup sekadar bersih, kemas dan menutup aurat. tudung yg labuh dan tidak jarang mampu melindungi mata-mata liar sang Adam daripada rakus melihat sanggul-sanggul rambut kamu yg tinggi menggunung, leher-leher kamu yg jinjang, dan buah dada kamu semua yg sudah pasti menggiurkan hati semua lelaki. adakah kamu mahu diri kamu "diratah" secara batiniah oleh lelaki2 di sekeliling kamu????? kalau kalian mampu berfikir dgn waras, kalian tahu apakah jawapannya...
adakah sukar utk memakai stoking? adakah kalian tahu tentang aurat wanita secara fizikal? aurat bg wanita ialah seluruh tubuh badan mereka dr kepala sampailah ke hujung kaki kecuali wajah dan tapak tangan...(armsock juga perlu dipakai jika perlu)... adakah kalian tahu apakah itu aurat????? aurat itu bermaksud kecacatan. Maknanya, menutup aurat itu, samalah maknanya dgn menutup kecacatan yg dimiliki oleh seseorang. mmg kaki kalian itu cantik. putih bersih, gebu. Tp, bagaimana pula dgn mereka yg mempunyai kecacatan pada kaki-kaki mereka???? sudah pasti ia perlu utk disembunyikan dgn cara ditutupkan dgn stoking bg menajaga aib yg dimiliki. namun, adakah itu bermaksud, jika kaki anda cantik seperti model, anda tidak perlu memakai stoking????? jawapannya TIDAK kerana kaki yg cantik lagilah akan mengundang bencana dan musibah atas diri mereka. menaikkan nafsu syahwat lelaki. sbb itulah perempuan memakai purdah. ada dua sbb sahaja. pertama ialah rupa yg terlalu hodoh sehingga takut menjadi buah mulut org yg akan menjadi dosa2 kering mereka semua yg mengatanya dan kedua ialah rupa yg terlalu cantik sehingga mampu mendatangkan musibah kpd dirinya dan keluarganya seperti dirogol, diculik dsb.
adakah sukar utk menjaga batas2 pergaulan dgn lelaki bukan muhrim???? mungkin susah bg mereka yg sudah terbiasa dgn cara pergaulan sedemikian atas faktor keluarga dan sahabat ketika di sekolah dahulu, namun belum terlambat utk melakukan perubahan ke arah yg lebih baek. mungkin ada yg akan berkata, "x yah r kolot sgt pemikiran tuh...open minded r ckit..."
sebenarnya, open minded itu tidak salah namun kita harus tahu makna open minded yg sebenarnya. open minded dlm proses pembelajaran amatlah digalakkan iaitu berfikir di luar kotak pemikiran bg menjana pelbagai idea baru. tp, open minded dlm pergaulan tidak pernah wujud dlm kamus syariat Islam. so, "berjumpa" berdua-duaan walaupun ditemani seorang kawan, makan bersama-sama yg boleh menimbulkan fitnah, bergayut di telefon, ber"sms" hampir setiap masa tanpa sbb yg sewajarnya (kecuali hal pelajaran) sememangnya tidak ada dlm tuntutan Islam. sebaliknya amat2 ditegah kerana dikhuatiri akan menjurumus ke arah kemaksiatan seperti zina. zina pula harus diketahui bkn sekadar zina yakni melakukan persetubuhan tanpa ikatan pernikahan yg sah ttp merangkumi zina mata, hati, telinga dll. maka dgn itu, apabila wujudnya perbuatan yg boleh menjurus ke arah perkataan zina itu sendiri, secara automatiknya ia akan jatuh pd hukum HARAM.
mungkin ada yg mengatakan "niat aku wat sume tuh sekadar atas nama kawan,,,"
harus diketahui dlm Islam telah dttp kan batas-batas persahabatan antara lelaki dan perempuan. walaupun niat kalian itu sememangnya mulia dan murni, namun jikalau melalui cara yg salah, ia ttp haram krn niat tidak menghalalkan cara. analoginya samalah seperti kita hendak bersedekah, ttp tidak mempunyai wang atau barangan berharga, lalu kita mencuri duit atau barangan org lain dgn tujuan/niat utk disedekahkan kpd org yg memerlukan ala-ala Robin Hood. sebenanrnya, cara kita itu salah dan tanpa kita sedari kita telah memberi sumbangan yg haram kpd org yg menerimanya. maksudnya, kita dan org yg menerima sumbangan "hasil curi" itu telah mndpt dosa yg akan bersangkut dan berkait. oleh itu, kita harus faham bahawa niat yg baek sahaja tidak akan dapat menghalalkan cara yg haram.
perempuan sememangnya mempunyai hati yg lembut. mudah tersentuh krn mmpunyai sifat sensitif. oleh sbb itu mereka amat mudah utk jatuh cinta atau sayang kpd seseorang lelaki. jatuh cinta atau sayang kpd seseorang itu pun tidak salah krn perasaan itu sendiri dicipta oleh Allah. tp, yg menjadi kesalahan ialah apabila perasaan itu dilafazkan dgn tutur kata ditambah pula dgn melakukan perbuatan2 yg melambangkan "cinta" dan "sayang" mereka itu kpd lelaki2 yg dicintai. Adalah lebih baik jikalau perempuan2 ini memendam perasaan cinta dan sayang mereka itu agar tidak menjatuhkan maruah mereka sbg perempuan muslimah yg solehah. sebaik-baik cara utk mendapatkan cinta dan sayang lelaki tersebut ialah dgn berdoa kpd Allah agar dipanjangkan jodoh kalian dgn lelaki yg diimpikan. mintalah kpd Allah krn meminta sesuatu kpd Allah sudah pasti akan dimakbulkan(jikalau kena pada cara dan tempat) ttp meminta kpd manusia belum tentu akan mampu ditunaikan krn sesungguhnya manusia itu bersifat lemah dan tidak berkuasa.
hubungan perempuan sesama perempuan nmpk baik di mata lelaki. namun sebenarnya dlm hati mereka mempunyai pelbagai niat dan perkara yg tidak dpt ditafsir oleh org di sekeliling mereka. oleh sbb itu, agak sukar bg golongan perempuan ini utk menerima perkataan "madu" atau poligami walaupun bakal madu mereka itu sahabat baik mereka sejak dahulu lagi. sesungguhnya, glgn perempuan harus berusaha seupaya mungkin utk menjauhi sifat2 tercela seperti kuat cemburu, bersangka buruk dsb. bukan saya mahu menyatakan lelaki tidak mempunyai sifat2 ini, namun sifat2 ini lebih menonjol dlm kalangan wanita.
********************************************************************************
hurmmmmm, cukup kowt cetusan idea hari nih.... terlintas kat kepala nk tulis pasal tajuk nih arini melihatkan keadaan yg berlaku di sekeliling. niat di hati bkn utk mengutuk, menyindir atau menunjuk pandai, ttp sejujurnya utk saling menasihati sesama saudara seagama. benar, krn utk menasihati menggunakan lisan memerlukan kekuatan yg jitu dlm diri. oleh sbb itu, saya merasakan menegur menggunakan tulisan adalah sebaik-baik cara. maaf jikalau tulisan ini menimbulkan perasaan marah dsb dlm hati anda semua....
peace!!!!! no war!!!! hehehehe,,,;)
p/s : kapel itu HARAM dan tidak akan pernah halal...
: bercintalah bila tiba masanya...
Tentang kekalahan
7 years ago
No comments:
Post a Comment