Thursday, October 14, 2010

Musibah,,,

Dengan nama ar-rahman ar-rahim...

Setiap manusia pasti akan diuji oleh Allah dgn pelbagai dugaan, cabaran dan ujian bg menguji tahap keimanan kita sbg hamba kpd-Nya,,,tiada seorang pun yg akan terlepas dr menghadapi ujian yg telah ditetapkan oleh-Nya kerana takdir hidup kita ini semuanya telah tercatat di Luh Mahfuz.

*******************************************************************************
semalam, slps pulang beriadah bermain petanque bersama haikal, helmi dan fakhri, saya baru sedar yg saya telah kehilangan kunci!!!! kunci motor, kunci box motor, kunci bilik dan kunci2 lain,,,,subhanallah...mungkin, ini ujian dari Allah kpd saya. saya dah cari kat tempat2 yg saya kunjungi semalam...saya tanya kat org2 yg sepatutnya...namun, jawapan yg menghampakan..."Tak de pun"...sejujurnya, saya kecewa mendengarnya. kini, saya hanya mampu bertawakal dan berdoa kpd Allah agar ditemukan kembali kunci2 tuh sume setelah penat mencari...saya amat berharap ada kawan2 yg menyakat saya dgn menyorok kunci tersebut. Namun, tetap tiada. sebaliknya, saya yg silap kerana berprasangka dengan kawan-kawan. Astaghfirullah,,,,maafkan saya...
Kawan-kawan, saya minta maaf kerana telah menyusahkan anda semua,,,,terima kasih kerana sudi menemani saya pada waktu malam mencari kunci di gelanggang petanque, call saya pagi2 bertanyakan kisah kunci, risaukan hal saya,,,,minta maaf sgt2 kerana menyusahkan hidup anda. minta maaf gak kpd seorang sahabat yg telah disalah anggap sebelum nih... maaf kerana menuduh anda yg mengambilnya...
yg paling penting, minta maaf kat ayah dan ibu kerana dah menghilangkan kunci motor sume....bangcik x de niat nak hilangkan sume tuh. cume bangcik betul-betul x sedar bila kunci tuh hilang. maafkan bangcik...
******************************************************************************
apa-apa pun, saya akan bertanggungjawab terhadap masalah yg saya timbulkan sendiri. yuppp!!! sudah tiba masanya saya kena belajar berdikari dan berusaha menyelesaikan masalah sendiri. kalau bukan sekarang, bila lagi kan?????
maka dengan itu, esok saya akan pulang ke rumah utk mengambil kunci pendua motor. ibu dan kawan2 kata, "x yah r balik....pos laju je kan senang..." mmg r senang...tp saya x nak susahkan ayah dan ibu...p beli envelop, then nak p pos ke pejabat pos pulak,,,mmg menyusahkan sbb x de sape kat umah yg boleh tolong wat sume tuh..... baek saya yg susah sorang2 dari menyusahkan mereka walaupun terpaksa mengorbankan elaun sendiri utk beli tiket bas yg amat mahal!!!!! waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa......."x pe topek....sabar...nih r namanya dugaan. percayalah bahawa sume nih pasti ada hikmahnya...Allah x kan bg kau susah tanpa sebab...Allah x kan uji kau kalau kau x mampu nak menghadapinya...kau kuat!!!" yg nih saya pujuk hati saya agar x nak risau dah pasal hal nih.
kakak saya ada kata kat saya dlm mesejnya yg berbunyi:
ketahuilah 4 perkara yg mengundang syurga:
i. merahsiakan musibah
ii. merahsiakan sedekah
iii. berbuat baik kpd ibu bapa
iv. menyebarkan ilmu bermanfaat kpd org laen

sebenarnya, saya nk cuba merahsiakan musibah yg saya hadapi nih...tp x boleh sbb kalau saya diamkan sorang2, saya x kan tahu kalau-kalau ade orang yg terjumpa atau ade orang yg terambil kunci tersebut. so, nak x nak, saya kene gak bgtahu kawan2 saya pasal hal ni...dgn harapan, mereka tahu ada orang yg jumpe kunci tersebut. patut r Allah kata, kalo kita leh wat 4 perkara di atas, insyaallah akan mendpat syurga...rupa-rupanya x mudah utk dapat sume tuh...nampak je senang...tp, nak amalkan, mmg susah...Allah nak kita bergantung harap kepada-Nya sahaja dan bukannya kpd manusia kerana Dia maha berkuasa dan mengetahui apa yang berlaku kpd hamba2 nya...saya silap kerana terlupa akan hal nih...astaghfirullah...sebagai manusia yg lemah, kita hanya boleh berusaha, berdoa dan bertawakal. selebihnya terserah kpd Allah bagaimana utk menentukan nasib kita...

yang penting, jangan bersangka buruk dengan Allah kerana itu merupakan satu dosa sebaliknya percayalah bahawa semua yg berlaku itu pasti ada hikmahnya...jangan berkata "kalaulah aku..." kerana sekali kita berkata begitu, kita telah membuka satu pintu hati kita utk syaitan masuk ke dalamnya...

p/s : belajar daripada kesilapan.
     : moga2 ada hikmah di sebalik semua nih.

No comments:

Post a Comment