Sunday, April 10, 2011

Cubalah bersyukur

Bismillah.

alhamdulillah. Allah memudahkan segala urusan saya pd hari ini. walaupun diuji dgn pelbagai dugaan/halangan/cabaran, saya masih tetap mampu bersabar walaupun terpaksa menarik muncung seribu. bukan ape, bg saya, tarik muncung atau buat muka dan yg sama waktu dgnnya adalah lebih baik drpd marah sambil mengeluarkan kata2 kesat. sesungguhnya, menahan marah itu bukan perkara yg mudah.

sebagai manusia yg dilahirkan dlm keluarga yg sederhana, saya telah diajar dr kecil utk berjimat cermat, tidak membazir, dan sentiasa besederhana dlm apa jua keadaan. nak beli baju mahal2, punye la payah. kadang2 x kan dapat sbb tuh bukannya keperluan, tp kemahuan. mmg betul. keperluan amendenya kalau harga dh mencecah ratusan ringgit. mmg pembaziran r kalau beli. oleh sbb itu, saya mmg tidak diajar utk membeli benda2 yg mahal2..
apabila makan, saya tidak pernah tidak menghabiskan makanan yg telah saya ambil. ok. tipu. ade la beberapa kali saya makan x habis. tuh pun atas faktor2 tertentu. tp kebiasaannya, kalau saya makan, kompem akan habis tanpa meninggalkan sebarang sisa. bukan kebulur mcm org x makan, tp menunjukkan tanda bersyukur. ambil makanan yg dirasakan boleh dihabiskan dan jgn ambil makanan tuh kalau x boleh nk habiskan. bukan payah nk taw boleh habis atau tak. tanya sama diri sendiri, bukan nafsu.
kalau nk beli barang2 mainan waktu kecik dulu, ada syarat2 yg ditetapkan oleh parent saya. antaranya, mesti dapat no 1 bila exam akhir tahun. kalau dapat no 1, baru la dpt mainan yg diidam-idamkan. walaupun nmpk mcm teruk sgt, sebenarnya cara parent saya mendidik saya amat2 berguna. bila mcm tuh, saya tahu menghargai dan menjaga permainan tersbut sebaik mungkin. sbb saya tahu, nak dapat mainan yg diidamkan bukan senang. nak dpt no 1 dlm exam pun bukan senang. walaupun saya bersekolah di sekolah kawasan kampung, tp x semua studentnya berfikiran kampung.
saya tidak dididik mcm kawan2 yg saya kenal. mungkin mereka apabila dilahirkan atas muka bumi ini sudah dilimpahi dgn kemewahan yg pelbagai. apa yg mereka kehendaki, pasti akan dapat. nak makan apa, pasti boleh. kalau x habis, x pe...buang saja ke dalam tong sampah. namun, saya tidak pernah diajar seperti itu. mungkin, org sekeliling akan nampak saya seperti kedekut. walhal, saya sedang bersyukur dgn nikmat Tuhan.
ayah dan ibu saya selalu menyatakan bahawa nak cari duit itu bukan mudah. kami x de printer yg boleh print duit sebnyk mungkin. ayah saya bukan bekerja sbg gabenor bank yg mana tandatangannya adalah bernilai di atas kertas. maka dengan itu, saya dan adik beradik saya diajar utk berjimat cermat bila menggunakan wang. bukan ape. utk jaminan pada masa depan. alhamdulillah. saya nampak hasilnya. berkat didikan ibu bapa saya, kesemua adik beradik saya sudah ada simpanan tabung haji sendiri dan simpanan kami semua insyaallah boleh membawa kami untuk menunaikan haji pada usia muda kelak.
kita harus ingat, apabila kita hendak melakukan pambaziran, cuba fikirkan, nasib org2 yg tidak sebaik diri kita. mungkin kita rasa kita ini antara org yg susah. sebenarnya, masih ada ramai insan di luar sana yg lebih susah dan daif drpd kita. oleh itu, cubalah bersyukur. hargailah benda-benda yang telah dan pernah kita miliki. jagalah ia seperti mana kita menjaga amanah Allah yang lain. belajar dan fahami erti syukur itu sendiri. kerana kelak, segala nikmat yg kita perolehi itu akan ditanya oleh Allah ke arah mana kita gunakan...

topeque said: ditujukan kpd semua pembaca. semoga mampu menjadi peringatan buat diri sendiri.

Saturday, April 9, 2011

when I am bored...

Bismillah...

It's been a long time . Now i wanna to express my feeling . I know that i'm not a friendly person but i know i'm such a happy-go-lucky person . I'm not romantic persons but i'm a kind-hearted person . i don't know if i'm a good friend nor bad . because i can't judge myself rite . only my friends can do so . but one thing i know for real , i love my family and friends till death . ohh yeah i'm single but i don't care as long as i have my lovely family and friends .all of them can cheer me up . they are also caring, loving and funny ! that's enough for me . yes i do want to be in a relationship. i want to be in love n being loved by someone .  who doesn't want it ? simply said , human -> lust -> love . hope u understand my points . hehe ;) each person need a partner in their life rite . but for me now is not the best time for me to be in a serious relationship. although it's a puppy love, it is still a big sin. there are lots of things i need to focus on . especially in study. just be cool n relax . being single is freedom and i want to enjoy it till boredom appear in my head or i realize that being single all the time is for loser . hehehe ;) nor maybe , until i found someone who might melt my heart ;) 
Insyaallah! 
AMINN =)

topeque said : who will be my wife???

Thursday, April 7, 2011

selesai!

Bismillah.

kpd kak long, inilah kisah bgcik pada minggu ini...

segala puji bg Allah, tuhan yg menciptakan diriku dan seantero dunia. syukur. hari ini, siap gak dua buah esaimen utk dihantar kpd pensyarah. tinggal lg dua. namun, melihatkan yg dua sudah berlalu "pergi" , cukup melegakan hati ini. lega yg teramat sgt! lg dua perlu dihantar pd minggu depan. x perlu nk kelam kabut. tp x boleh nak terlampau santai.
hidup sbg manusia nih, perlu fleksibel. kadang2 hepy. kadang2 sedih, kadang2 serius. yep. hidup mesti selamber dan heppy. tp ade sesetengah perkara kita perlu ambil serius. bukan  main-main. kalau perkara yg serius pun masih tetap boleh dibuat main2, saya andaikan anda semua masih lg ditahap kanak-kanak yg suka bermain dgn rakan2. jgn bersikap terlalu ambil mudah. takut2 perkara yg mudah menjadi sukar.
alhamdulillah. saya berjaya menempuh minggu ini dgn baik walaupun berlaku beberapa konflik kecil dan ketidakpuasan hati dgn roomate sendiri.
hilmi ahmad, saya minta maaf sbb sepanjang minggu nih, mood saya bnyk yg x baek. minta maaf sbb selalu mengarah-arah, meninggi suara dan tarik muncung seribu. senang citer, minta maaf je larh!
kpd manusia2 di sekeliling, cubalah berusaha sebaik mungkin. jgn bergantung kpd manusia lain, ttp bergantunglah kpd diri sendiri dan juga kpd Allah. jgn asyik mencari kesalahan yg ada pada orang, tp lihatlah dulu kesalahan dan kelemahan yg ada pada diri sendiri. Insyaallah. semuanya bakal selamat.
mungkin pada hari ini dan tika ini anda membenci "insan-insan" itu. tp percayalah.... hari esok anda pasti akan merindui dirinya yg anda benci dahulu...

topeque said : I missed my sister so much!

Saturday, April 2, 2011

kealpaan dan kekhilafan

Bismillah...

Hanya diri sendiri yg betul2 memahami dan mengetahui apa yg terjadi. Perubahan demi perubahan berlaku hari demi hari. Namun, bukan perubahan/hijrah yg baik. tetapi sebaliknya. kadang2 diri ini pernah memuhasabah diri. sebelum tidur jika tidak terlampau kepenatan. mmg benar. banyak kekhilafan yg telah dilakukan semenjak peristiwa itu. kealpaan diri sendiri??? usah ditanya. tidak terkira oleh jari jemari ini.  salah siapa??? hendak menuding jari. hentikanlah. sia-sia. salahkan diri sendiri dahulu.
lumrah manusia mungkin. apabila berada dalam keadaan senang, mereka akan alpa. Lupa kpd sang pencipta. lupa kpd tanggungjawab sbg hamba.
Masa lapang yg dikurniakan Allah, naudzubillah. Hanya Dia yg mengetahui apa yg saya lakukan. Insaf seketika. Namun saya berharap agar keinsafan ini akan berterusan sampai saya mati kelak.

"Allah, kuatkan imanku, tetapkan akidahku, jadikan aku sbg hamba-Mu yg soleh. Lindungi aku dari segala maksiat. Jauhkan aku drpd azab neraka-Mu. Aminn ya rabb."

topeque said: alhamdulillah. hari ini panas. tidak hujan seperti biasa. moga2 banjir cepat surut dan buah mempelam cepat2 larh masak. =)

Friday, March 25, 2011

Apabila sahabat menipu...

Bismillah.
Sahabat saya pernah berkata :
"tak susah pun nak jd jujur...cakap je yg benda yg benar...abes citer."

ok. sampai skarang saya ingat kata2 dia. mmg betul apa yg dikata. buat apa nk menipu org laen??? utk kesenangan diri sendiri??? hurmmmmm...mungkin. tp kalau dh mencari kesusahan kat akhirat wat pe? ni r namanye useless. x gune.

jujur. saya juga bnyk kali menipu. tp hanya sekadar menipu utk tujuan gurauan dan bukan utk mengambil kesempatan. tp mmg sedih apabila kita sendiri ditipu oleh insan yg bergelar sahabat. sahabat dan kawan. bg saya dua istilah yg berbeza. x faham??? fikir2 lah sendiri.

pelik. nak menipu. ok. tp perlu diingat dan dikaji. pertama: siapa yg kamu tipu? kalau sahabat kamu, maka celakalah kamu kerana kamu bakal mencetuskan perbalahan dengannya kerana perbuatanmu. kedua: di mana kamu berada? kalau kamu berada di bumi ALLAH ini, tak yah r nk menipu...Allah tahu semuanya dan Allah akan membongkarkan penipuan kamu itu dgn mudah. kamu bersusah payah mencari idea utk menipu sahabat kamu, kemudian Allah dgn mudahnya membongkarkan penipuanmu itu kepada sahabatmu. kesian saya yg mnjd sahabatmu itu ditipu hidup2. walau apa pun niat kamu utk menipu, ketahuilah, x de istilah "tipu sunat" dlm agama Islam. kalau ada, p larh cari dlm agama lain. mane taw. kot2 ade. bg saya, apelah tujuan kamu itu utk menipu. cakap je benda yg sebenar. x cacat sedikit pun anggota tubuh badan kamu. tolonglah bersikap jujur.

serius. saya kecewa dgn kamu!

topeque said: berkatalah benar walaupun ianya pahit.

Monday, March 21, 2011

cuti2 malaysia!

Bismillah.
bulan yg sibuk. mcm2 benda perlu dilakukan. hingga akhirnya, cuti sekolah kali nih x dpt dihabiskan di rumah sendiri. dihabiskan di rumah rumate sendiri di alor star. di sana, mcm2 benda saya blajar. first sekali, saya belajar bermain futsal dgn org2 yg tidak dikenali. walaupun dlm iklan tv kata, budak2 cute mcm saya x boleh bercakap apatah lg bermain dgn org yg x dikenali, tp sbb saya nih terror karate-do, saya x kisah sume tuh. saya maen gak setelah diPAKSA oleh rumate sendiri. hurmmm, hebat gak saya maen sbb dlm game di waktu petang yg terik tuh saya boleh score SATU golll!!!! mcm x cayer... gol pertama dalam seumur hidup bg si kaki kerusi....hahahahahahhaa.....hebat! pastuh, kat rumah rumate saya gak, saya memberanikan diri memegang arnab...mujur arnab tuh x gigit orang mcm kucing....kalau x......haishhhh...pastuh, saya maen boling, jalan2 dan p umah kawan rumate saya. fayadh namanya. sporting. boleh jd kawan baru pasnih. tp otak agak gila2...mnjdikannya agak gila.
ok. tuh pasal aktiviti. pasal makan lak, jgn citer r...menu makan malam...KFC....hahahahhaa...oleh itu, di sini saya nk promote kat kawan2 saya...siapa2 yg mengidam kfc, tp x de duit, moh le bercuti ke rumah rumate saya....tp kene menginap r baru merasa sume tuh.....=)
apa2 pun terima kasih bnyk2 kpd keluarga rumate saya yg sudi melayan saya seperti seorang VVVIP....
tuh pasal bercuti di rumah rumate. then, saya pergi bercuti di Universiti Utara Malaysia!!! wohoooooo...tidur kat UUM INN....mcm hotel gak r...tp 3 bintang je....kat situ mcm pusat perlancongan...ade go-kart (RM5-5 pusingan), ekuistrian (RM3 sejam), swimming pool, sauna, pusat refleksologi, mini zoo, dan mcm2 lagi...malangnya, satu tmpt pun x dpt p sbb kene bertanding debat...bukan makan angin free2...tp best r gak sbb dlm bilik hotel tuh ade tv bersama chanel astro, ada bilik tidur bersama ekon, dan yg penting ada shower. not bad larh....bende pun free...makan pun free...so, p lawan debat, walaupun kalah 4 match dari 6 match, still x rase rugi.....=) yg penting, saya heppy!

topeque said: pengalaman berasaskan sekolah!

Thursday, March 3, 2011

Perang!

Bismillah.
Musim peperangan pun akhirnya tiba. Musim yg saya x berape nak gemar. Umpama makan bawang....isshhhh...x gemor betol larh....namun, nak x nak, kene gak berperang...selagi namanya manusia yg bergelar pelajar. tp setakat berperang dgn esaimen je bukanlah apa sgt jikalau hendak dibandingkan dengan manusia yg berperang fi sabil lillah....berperang demi agama dan negara. itu larh yg mampu mnjd semangat utk diri ini bangun, menghadap laptop, dan meneruskan aktiviti2 menekan-nekan huruf...(sumpah bosan!)
oleh itu, pelbagai cara telah dilakukan bg menangani kebosanan menaip esaimen. antaranya mendengar radio on9....tuh pun sekejap je bertahan....pastuh dh bosan sbb radio tuh mcm cilakak....asyik buffering ja...baek dgr lagu dlm lappy....then, wat kerja sambil kacau my rumate....nih mmg berkesan...sumpah best. x boring. tp efeknya mmg la keje saya langsung x gerak. akhirnya, kerja x buat, penat yg dapat, pastu terus tidur....abes satu hari yg bermakna......hailaaaaaaa....now, saya buat satu benda baru....haaaaaa.....download movie lak sambil wat esaimen....yg nih mcm berbaloi....sambil2 tgh d.load, wat r esaimen sikit2....dh abes d.load, rest jap sambil layan citer yg dh d.load....alangkah teruja nya hati ini apabila first time dpt d.load movie dr tenet....selama nih asyik sedut dr orang je...nampak sgt jahil I.T,,,,x taw nk d.load movie....haiyooooo...malu...malu....kini, dh maju setapak bersama Score A....(maaf....merepek.)
Movie pertama yg berjaya di d.load ialah citer khurafat...wlaupun mengambil masa dekat sejam nk d.load citer tuh, tp bila dpt bukak gne GOM player dh cukup melegakan....kini, saya tgh teruja nk d.load citer2 laen....(alamatnya mmg x gerak la keje cmnih....)
ok. ini kisah saya berperang...rumate saya yg baru jd jpp pun tgh perang gak...perang dgn sakit...kesian...demam sendi...(first time dengar...) nama dlm omputeh saya dh lupe....pnjg bebenor...x muat hardisk dlm otak nk save...tp yg peliknya, walaupun dia demam, dia masih boleh menghabiskan ayam dua ketul dlm set snack plate kfc....walaweyhhhhh,,,hg mmg hebat hilmi!!! bela saka kot....hehehehe...hilmi.....hilmi.....smoga cepat sembuh ok! esaimen hg dh r sume dgn aku...hg sakit, aku pun akan sakit buat esaimen sorang2...=)
my classmate pun ade yg tgh berperang...berperang dgn perasaan dan emosi sendiri..agak sedih mndgr kisah beliau..semoga Allah memberi kekuatan kpdmu....
konklusinya, jgn mudah berputus asa!

topeque said : muka tidak menggambarkan hati.
                    : bila nak kaye???