Saturday, February 4, 2012

Perkongsian Ilmu...

 Bismillah…

Ada kawan saya kata saya makin sombong. Sbb saya dh jarang keluar makan malam dengan mereka. Tapi saya x sombong. Dan tidak berniat utk menjadi sedemikian rupa. Cuma, alasan yg saya beri kepada mereka,” aku nk dgr kuliah maghrib…aku makan lepas isya’ kat kafe…”

Sebenarnya timing mereka mengajak saya keluar makan malam tuh agak x kena ckit. Bukan saya x mau keluar. Tapi saya terpaksa mengutamakan mana yg lebih penting. Menuntut ilmu itu fardhu ‘ain, makan itu harus bg manusia. Jadi, sah-sah dgr kuliah maghrib tuh lg penting dr makan. Kan??? Saya ade fikir gak, kenape dan mengape nak p makan time tuh??? Ade bnyk pilihan masa utk makan malam. Pertama, mcm yg saya buat, lepas solat isya’. Kedua, makan sebelum maghrib. Yg nih paling bagus. Sihat. X dak r gemuk mcm saya. ^__^

Walau bagaimanapun, saya minta maaf kalau ade yg terasa hati dgn perubahan sikap saya nih. Jujur, bukan niat saya mahu menyombong dgn sesiapa.

Ok. Ada satu malam, saya mendengar kuliah maghrib yg disampaikan oleh salah seorang pensyarah agama saya di sini. Ustaz Azman. Kitab Al-Iqna’. Malam tuh citer bab najis. Rupa-rupanya, kalo ikut pandangan mazhab imam hambali dan imam maliki, najis haiwan yg boleh disembelih itu bukan najis. Faham tak nih???

Baik. Contohnya, kalau kita nk p beli murtabak kat pasar malam, kita mesti akan tgk sama ada pembuat murtabak tuh basuh atau tidak telur ayam yg digunakan tuh. Kalau kita tgk telur ayam tuh mcm x basuh, kita x akan beli murtabak kat kedai tuh walaupun sedap sbb ikut ilmu yg kita ada, ia adalah najis. Ye r, dh telur tuh kuar ikut buntut ayam. Kompem ade taik ayam yg dok melekat kat kulit telur tuh. Tapi, mengikut pandangan dua imam nih, najis ayam ini bukan najis sbb ayam merupakan haiwan yg boleh disembelih utk dimakan.

Ada kisah sahabat nabi yg pernah meminum air kencing unta, solat di kandang kambing yg penuh dgn najis kambing dan air kencingnya. Kalo nk makan najis2 tuh pun boleh. Cuma sanggup atau x sanggup je r… Dalilnya saya x ingat pulak. Maklumlah, p dgr x bawak buku dan pen. Pasang telinga ja…Tuh pasai ingat yg nih ja…he3…

Maksudnya di sini,kalau r kita p kedai makan yg x basuh telur ayam, jgn r kita marah atau memaki hamun tuan kedai tuh. Mungkin apa yg dipelajari mereka tidak sama seperti kita. Jadi, hormatilah apa yg mereka buat kerana ia juga bukan satu kesalahan.  Kalau pakaian kita terkena najis haiwan yg boleh dimakan, usah khuatir akan ketidak sahan ibadat kita. Sbb tuh r kita diwajibkan utk menuntut ilmu. Bukan setakat ilmu duniawi semata, ukhrawi juga jgn dilupa. Kalo x, kita akan menjadi manusia yg jahil agama. Perut kita perlukan makanan dan minuman, tp jgn dilupa rohani kita juga perlukan “makanan” utk menjadi lebih kuat.

Fikir-fikirkan…Selamat beramal!


TaufiqDesa berkata : utk berubah, x perlu tunggu seru…hidayah tak kan datang kalau kita x berusaha ke arahnya…  

No comments:

Post a Comment