Friday, June 10, 2011

Orang baik itu masih wujud...

Bismillah,,,
Hari ini, saya sedar bahawa betapa sesungguhnya, manusia itu tidak semuanya sama. tidak boleh dinilai dari paras rupa, pekerjaan mahu pun pendidikan. mungkin rupanya agak kelihatan seperti mat rempit di atas jalanan, namun mempunyai sikap yg terpuji. mungkin pak cik ini cacat. kakinya kudung sebelah. namun, dia tetap ingin membantu. musibah yg dialami hari ini, biarlah mnjadi rahsia antara Dia dan saya. Akhirnya, saya dpt mengucapkan kalimah "Alhamdulillah" sewaktu diuji...bukan keluhan atau rintihan yg keluar dari bibir ini. tiada istilah "kalau" yg terlintas. Sbb itu mungkin Dia membantu. Musibah dipermudahkan. Orang kata, nak senang itu tidak mudah. itu hukum dunia! mencuri sekalipun sebenarnya cukup sukar. oleh itu, hanya ucapan terima kasih yg tidak terhingga dan doa saya yg mampu dikirimkan buat kalian berdua walaupun kita saling tidak mengenali antara satu sama lain.

TaufiqDesa berkata : Janji Dia itu pasti!
:salam takziah buat keluarga En. Wan Zul Azmi Wan Hamat dan keluarga C.A.... 

No comments:

Post a Comment