Dengan nama Ar-Rahman Ar-Rahim.
Malam tadi, usai mandi dan solat Isya' saya terjumpa sebuah majalah Islamik di rak buku lama. Majalah tu pun bukannya edisi baharu...tahun 2009 terpampang di cover depan. Dalam majalah tu, dibahaskan satu isu yg menarik minat saya utk dikongsi dan difikirkan bersama iaitu mengenai muzik. Islam tidak pernah menghalang umatnya daripada berhibur namun berhibur itu biarlah bersederhana, kena pada tempat dan masa. Malah jenis-jenis hiburan itu pun perlulah berlandaskan dan sesuai dengan hukum Islam.
Hukum mengenai muzik, pemuzik dan alat muzik mengikut Hujjatul Islam alGhazali (Ihya’ Ulumidin, vol 2, pg 283-301) menjelaskan ada tiga komponen penting yang mempengaruhi hukum muzik yang mungkin berubah dari masa kesemasa: zaman, makan dan ikhwan.
‘Zaman’ merujuk kepada masa, apakah muzik itu melalaikan daripada jihad dan ibadah.
‘Makan’ merujuk kepada tempat, suasana, situasi, occasion atau upacara di mana muzik itu dipersembahkan.
‘Ikhwan’ merujuk kepada aktiviti muzik itu dan pemain muzik itu sendiri; jika dengan muzik itu boleh menyebabkan mereka terdedah kepada manusia yang jahat atau membawa kepada kejatuhan moral.
Menurut al Ghazali inilah tiga komponen yang menjadi neraca bagi muslim di setiap zaman menghukum muzik: zaman, makan dan ikhwan.
So kalau kita lihat pada zaman kita sekarang ini,
Faktor 'Zaman' (Masa) : Bagaimana muzik dimainkan? Di setiap masa ada orang mendengar muzik. Sehingga waktu solat disanggahi dengan konsert-konsert dan rancangan-rancangan hiburan. Adakah ini dibolehkan?
Faktor 'Makan' (Situasi) : Dalam situasi apakah yg menuntut muzik dimainkan? Hampir di semua situasi, di semua keadaan. Hatta di kedai makan pun diperdengarkan muzik. Konti-konti radio beroperasi 24-jam non stop memperdengarkan muzik.
Faktor 'Ikhwan' (Aktiviti) : Muzik-muzik dimainkan di disko2, di konsert2. Malah dipertandingkan di 'akademi-akademi'. Wujudnya pergaulan bebas di dalam konsert, malah artis-artis terlalu dipuja-puja melebihi para Rasul dan Nabi sendiri.
Maka dengan itu, dalam menentukan hukum muzik itu perlulah dilihat akan ketiga-tiga aspek tersebut. Andai kata muzik itu mempunyai salah satu daripada aspek berikut, maka jatuhlah hukum haram ke atas muzik tersebut untuk tujuan berhibur.
Bagi pemain alat muzik, Islam membenarkan umatnya bermain alat muzik yang pelbagai kecuali alat muzik bertali dan bertiup. Mengapa dan kenapa? Mengikut kajian yang dilakukan oleh cendekiawan Islam, alat muzik bertiup dan bertali ini berpotensi besar untuk melalaikan pemain dan pendengar muzik yg dihasilkan dari alat muzik tersebut. Malah, terdapat kenyataan yg menyatakan bahawa pemain alat muzik bertali dan tiupan ini merupakan penghuni-penghuni neraka (tidak ingat di mana sumbernya). Walaupun begitu, dalam dunia Islam dahulu, terdapat beberapa orang tokoh cendekiawan Islam yg begitu arif dan mahir mengenai dunia muzik. Saya tidak mengingati nama-nama mereka namun kewujudan mereka memang nyata dan boleh dikaji sendiri. Apa yang pasti, tokoh-tokoh muzik ini amat jarang bermain alat muzik bertali dan bertiup sebaliknya lebih gemar bermain alat muzik seperti gendang, kompang dan alat-alat muzik yang lain yang dibenarkan oleh Islam.
Dunia hari ini memperlihatkan kepada kita semua bagaimana remaja2 terutamanya remaja2 Melayu-Islam begitu teruja untuk mempelajari dan bermain alat muzik terutamanya alat muzik bertali seperti gitar. Mereka merasakan kebolehan bermain gitar itu seperti suatu kelebihan yang boleh dibanggakan dan dipamerkan di hadapan khalayak umum. Walhal, mereka sendiri tahu ataupun pura-pura tidak tahu akan hukum bermain alat muzik bertali. Saya juga mempunyai seorang sahabat baik di maktab perguruan yang mempunyai latar belakang pendidikan agama sewaktu zaman sekolah menengahnya. Beliau begitu teruja melihat kawan-kawannya yang lain yang pandai bermain gitar dan amat mengagumi "bakat" mereka itu. Lantas, timbul niat di hati beliau untuk turut mempelajari cara bermain gitar. Walaupun sudah diberitahu dan dinasihatkan supaya menguburkan sahaja niatnya itu namun, beliau masih tetap berdegil mahu mempelajari ilmu tersebut walhal beliau sendiri sudah tahu akan hukum bermain alat muzik bertali. Usah jadikan niat sebagai penghalal cara sesuatu yang haram. Haram tetap haram dan tidak akan pernah menjadi halal. Mempelajari cara untuk bermain itu tidak salah, namun untuk mengamalkannya itu amat ditegah dan jatuh hukum haram ke atas pemainnya. Maka dengan itu, sia-sia sahaja mempelajari ilmu yang kita belajar jika kita sendiri tidak boleh mengamalkan ilmu tersebut. Nah, bukankah lebih baik jika kita tidak perlu belajar cara bermain gitar jika kita tidak boleh menggunakan kemahiran itu untuk berhibur? Lebih baik jika kita belajar pelbagai lagi ilmu Allah yang lain yang amat banyak di atas muka bumi ini. Ilmu dalam Al-Quran itu sendiri sebagai contoh cukup luas untuk kita kuasai dan pelajari. Bukankah itu lebih baik dan bermanfaat kpd diri kita dan agama? Jangan biarkan nafsu dalam diri menguasai pemikiran dan hati kita.
Mengikut pendapat empat imam utama Islam (Maliki, Hambali, Syafie dan Hanafi), kesemua mereka lebih memberatkan ke arah pengharaman muzik sama ada mendengar atau pun bermain alat muzik. Mereka tidak menyatakan bahawa muzik itu haram, namun lebih memberatkan ke arah hukum haram itu sendiri. Bahasa mudahnya ialah sipi-sipi lagi nak masuk hukum haram. Hanya terdapat seorang imam sahaja dalam kalangan mereka yang membenarkan penggunaan muzik sebagai tujuan hiburan dalam konteks tertentu.(saya tidak ingat imam yang mana).
Konklusinya mudah. Bagi saya, mendengar muzik itu tidak salah jika tidak bercanggah dengan salah satu daripada tiga aspek di atas dan bermain alat muzik bertali seperti gitar dan alat bertiup seperti serunai dan seruling itu adalah HARAM.
p/s: Islam itu mudah dan tidak membebankan.
: Selamat berpuasa hari 'Asyura!
Tentang kekalahan
7 years ago
nsb bkn aku n aku tau sape orgnye...ngeh3
ReplyDeletetaw aje hg nih...bela hantu raya ke???? kah3...
ReplyDeletebela hantu ryer???copy paste mane ayat 2??buat bracket taw!!!hahah
ReplyDeletehmmm,,,,abes 2 cmne kalo yg amik muzik????
kalo muzik yg pukul2 cm caklemp0ng 2 xpe la ea??
hehehehe...cepat je reply ko nih....kalo yg amik muzik tuh, belajar boleh..x salah...sbb ilmu muzik tu pun salah satu dr ilmu Allah..cumenye, kalo ko dh pandai muzik mcm maen gitar, ko dh x boleh nk amalkan maen gitar sbb haram...hanya boleh belajar tp x boleh maen...so, sia2 la gak balajo maen gitar...caklempong tuh boleh kot aku rase sbb dia mainan yg dipalu...aku rase r...wallahualam...
ReplyDelete