salam hari khamis...
kpd sape2 yg bijak dlm pantun, tolong r beli pantun ini...aku nk tgk cmne nak beli pantun...next week,ada pesta pantun...tp dh lupe r teknik nk membeli pantun...dulu damak dgn faez ada ajo..tp...bese r...manusia...lost memory....hehehehee...
kasih sayang/kekeluargaan:
Pusara dihilir keranda nan usang,
Merekah tanah dihakis usia,
Bonda terpinggir ayahanda terbuang,
Dapatkah kasih dijalin mesra?
Keguruan:
Langit kelabu menyingsing fajar,
malah cahaya berjajar pelangi,
Andai berguru kepalang ajar,
Mampukan menjana pelajar bervisi???
Sains dan teknologi:
Bait puitis elok bahasa,
Irama berbunga pujangga ilusi,
Arif saintis menakluk angkasa,
Bagaimana menjana syurga firdausi???
Budaya kerja cemerlang:
Indah teluk di lembah tualang,
Hatiku riang hibaku lenyap,
Sahsiah dipupuk akhlak dijulang,
Integriti gemilang dapatkah digilap???
Memperkasa bahasa:
Terbang kedidi di puncak gunung,
Alangkah manis sekawan bersama,
Teknologi dikendong Inggerris disanjung,
Terdukungkah pewaris bahasa ibunda???
Kesihatan:
Mengapa diikiat tenunan bersirat,
Ranggi melati merah berapi,
Apa firasat badan yg sihat,
Tinggi mentari masih bermimpi????
Budi bahasa:
Awan barat menghias angkasa,
Alam maya indah berkabus,
Mampukah diangkat martabat bahasa,
Sedangkan kita menongkah arus???
Jenaka:
Keris bersarung tampak serinya,
Diasap limau si taming sari,
Hidung mancung tinggi potongnya,
Harimau berantai pesonakah diri???
Kemanusiaan:
Bercanda seloka buat puteri,
Semoga terhibur tiada terguris,
Bencana menimpa rakyat simpati,
Derma dihulur mengapa terhakis???
Isu semasa:
Riak di air tenang di kali,
Gelora mengorak tiada sudahnya,
Minyak dikorek hasil digali,
Harga melonjak apa puncanya???
Budaya Membaca:
Sore terbenam mentari selatan,
Berlabuh suria berlagu pawana,
Genre picisan menjadi santapan,
Mampukah minda maju dijana???
Perpaduan:
Tuah belatuk di hujung tanduk,
Pukat terlepas di tgh bendang,
Muhibbah dibentuk ukhwah dipupuk,
Muafakat berkat mengapa kecundang???
Kesihatan:
Mana ku tanam batang siantan,
meniti hati daun tercabut,
kononnya senaman sihatkan badan,
Di pagi hari mengapa berselimut???
hurmmmm...kpd sape2 yg pandai tuh, tolong r jawabkan...kalo ada pantun lain yg nak dikongsi/dijual, tulih je kat komen...
apa2, pun aku ucapkn thanx kpd sape2 yg sudi membantu....:)
Tentang kekalahan
7 years ago
No comments:
Post a Comment