Sunday, November 25, 2012

perkongsian "ILMU"...


Bismillah…

Okay. Entri kali nih saya nk share kan kpd kome semua tentang satu cerita a.k.a drama omputeh yg kalian semua WAJIB tonton utk cuti sem nih. Supaya kome semua ade benda nak dibuat dekat rumah. X perlu nk keluar rumah bg mengelakkan kebosanan ke, x perlu nk jumpa kawan2 ke, x perlu membute dari pagi sampai tgh hari, x perlu keluar exercise dan senang cerita, x perlu bergerak ke mana2…unless r family korang ajak p berjimba-jimba satu Malaysia ke, balik kampung ke, p kenduri kawen ke..kena r ikut..atau jika kalian sedang bekerja part-time, maka sudah pasti masa korang tuh x dek r jadik sia2. Kalo x dak semua tuh, juz duduk kat rumah, donlod sampai abes dan tgk cerita nih.

Tajuk cerita nih ialah...

“ONCE UPON A TIME...”

Mcm bedtime story kan??? Keh3... tapi seriously cerita nih saya TERJUMPE time tgh sibuk2 cari episode ke 7 dan 8 cerita merlin season 5…(walhal dh keluar kat tv3 pun..)saya jumpe kat sini.


then, baca synopsis alkisah nih, macam best. Dan ditambah pulak dgn komen2 abang2, kakak2, makcik2, pakcik2 yg rajin mengomen kat ruangan komen laman web tuh. Semua mengatakan cerita tuh sangat best utk ditonton pd waktu malam seblom tido… hehehehehe..
(orang buat solat sunat, aku tgk drama...ape nak jadi...haishhh)

Cerita nih mengisahkan watak2 dalam fairy-tales omputeh yang dipindahkan dari dunia fairy-tale ke dunia kita pada hari ini disebabkan sumpahan oleh mak tiri snow shite. Kan mak tiri dia tuh ahli sihir jahat… tapi, bila semua watak tuh dipindahkan ke zaman ini, mereka semua x ingat tentang siapa diri mereka yg sebenarnya dan diorg terperangkap dlm sebuah bandar pd zaman nih kat amerika syarikat. Hanya anak snow white dan puteranya saja yg boleh merungkaikan sumpahan tersebut di samping mengembalikan semula ingatan watak2 tuh semua. Apa yg mengujakan saya utk terus tgk cerita nih ialah, penyusunan plot atau jalan cerita yang SANGAT SANGAT SANGAT AWESOME!!! Penulis skrip cerita nih telah berjaya menggabungkan semua cerita fairy tales yg ada kat atas muka bumi nih dgn begitu cantik, baik dan hampir sempurna. Semuanya saling berkaitan antara satu sama lain. Kalau kome nk tau, mcm mana mak tiri snow white boleh ade cermin yg boleh bercakap, kome kene tgk cerita nih. Kalo nk tau pasal asal usul hat-maker dlm citer alice in wonderland pun ade dalam nih. Boleh jadi sumber sejarah fairy tales kot drama nih… he3…

tapi dlm link di atas, hanya season 2 sahaja yg boleh didonlod…tuh pun dalam banyak2 link, hanya ada satu atau dua link saja yg boleh pakai utk donlod.. yg lain….hurmmmmm… haprak… baek delete je link2 tuh…he3…(kondem pulak…sorry admin…) nk tau link mana yg boleh gune, korang test r sndiri k…lepas donlod, mcm biasa r…kena extract gne “zip” ke atau software yg seangkatan dgnnya.


Utk donlod season 1, copy n paste link nih…

semua episode ada dlm link nih..dari episod 1 sampai 22…yaaaaaa…22!!! Kalah cerita korea…korea pun, kbnykannya hanya sampai 20 episode je…nih lebih dahsyat dari korea…ape tah lg citer merlin.. tp dgn berdurasi sekitar 42 – 45 minit, cerita nih sangat best utk ditonton. Dan, ada beberapa episod dlm link di atas nih, mempunyai masalah subtitle. Subtitle nye x synchronize dgn audio nye… hero cakap lain, kat bawah tulis lain. Jadi, utk dapatkan subtitle yg ok, korang p kat laman web subscene.com, taip tajuk cerita nih, dan pilih ikut format video cerita nih… pastu donlod dan extract mcm biasa… sebenarnya, agak payah gak nk donlod cerita nih satu season. Nk cari subtitle yg ngam dgn episod2 tertentu. Hadoiii… betul2 memerlukan kesabaran yg tinggi…hehehehe..tapi semua tuh berbaloi bila korang dh tgk cerita nih sampai abes… dan disambung dgn season 2, lagi r buat korang x leh tido malam. Isshhhh…

tapi, bagi kome yg malas nk donlod, x reti nk donlod, atau pakai brokband kat rumah, usah khuatir..usah risau… pada malam ini, ahad, jam 9.30 malam (kalo x silap), di NTV7 saluran ceria anda, akan ditayangkan cerita nih bg episode ketiga kot…ke keempat..ntah…x ingat… boleh r try tengok..tapi kalo x paham dgn apa yg berlaku, padan muke!  

Selamat menonton dan mendonlod!!!


Taufiqdesa berkata : disebabkan cerita nih, saya “menceraikan” sekejap drama korea dan runningman…huk3…

Sunday, November 18, 2012

cuti semester 4


Bismillah,,,

Lama dh x menulis kat blog nih. Sejujurnya agak malas nak taip ape2 kisah yg terlintas kat pala otak nih. Lebih prefer utk cerita melalui mulut bila berjumpa dgn sesape. Boleh guna unsur hiperbola sikit, tambah sound effect sikit bg cerita tuh nampak real. Kah3.

Okay. Cuti semester dah seminggu bermula. Tapi cuti kali nih saya rase macam lain dari cuti2 sebelum nih. Rase macam dah lama bercuti walhal baru seminggu meninggalkan gurun perlis. Kalo cuti time study week aritu, cuti seminggu tuh rase sekejap bebenor. Kali nih rase mcm nih,

“ooooo…baru seminggu aku kat rumah rupenyer…” –ayat mcm orang yg kene penyakit Alzheimer-

Mungkin sbb x dak keja yg perlu dirisaukan, sbb tuh rase mcm tersangat r lambat masa ini berlalu. Kalau cuti sebelum nih kan ade kerja gak yg perlu dirisaukan. Macam esaimen, baca buku, fail MQA dan yg sama waktu dgn nya.

Cerita pasal exam arituh,

Adusssss. Second time rase macam nak pitam. Secara keseluruhan, utk exam kali nih, saya mmg x well-prepared mcm exam sem lepas. Tempoh study yg singkat, JSU yg tak boleh dipercayai dan soalan yg mmg HOT! ( soalan High Order Thinking,,,bukan soalan PANAS!!!) dan saya agak risau dgn kemungkinan utk mengulang satu paper major iaitu BMM3107-pengantar linguistik bahasa melayu… (puhhhhhh…lulusss…) dan target pointer kali nih, perlu lebih realistik. 3.7 dan ke atas??? Kalo dapat tuh namanyer mukjizat… 3.6 dan ke atas??? Tuh pulak karamah… 3.5 dan ke atas??? Haaa…yg nih harapan saya utk sem nih. Kalo x dapat gak, frust tertonggeng atas katil r gamaknyer…isk…isk…isk.. apa2 pun, saya mendoakan keputusan exam saya dan kawan2 yg lain semuanya baik2 belaka. Lulus dgn cemerlang.

Cerita pasal cuti.

Tak banyak yg boleh diceritakan. Lebih kepada operasi menjadi suri rumah suku masa. Yaaaaa… suku masa. Bukan separuh atau sepenuh masa. Sbb saya x masak. Saya x kena kemas rumah. Hanya kerja2 picisan saja yg saya perlu lakukan di rumah. Sbb kat rumah saya ada “SUPER MAMA”. Keh3…dialah ibu saya yg sangat hebat dalam bab2 menyapu rumah. Maka dgn itu, saya x perlu nk sibuk2 amik tender menyapu rumah melainkan kalau ibu saya ada hal di awal pergi seperti urusan di sekolah.

Rutin lain. Golek2 atas katil. Sepak bantal. Guling2 depan tv. 

Sekian!

Sunday, October 7, 2012

permainan kecil


Dengan nama Allah…

Ada sorang junior nih tanya kpd saya mcm mana nak guna game dlm cerita runningman a.k.a RM (bkn Ringgit Malaysia k)  dlm p&p kat sekolah???

Ok. Mcm mane nak start yerppp. Hurmmmm, kpd peminat tegar cerita RM kompem kalian sedar ada bnyk game yg seronok yg telah direka oleh produksi2 game show tuh… sampaikan korang sendiri ade rasa teringin nk join RM sbb nk join game dia…kan??? Kan??? Haaaa…jadik, disebabkan adalah SANGAT MUSTAHIL utk rakyat marhaen mcm kita nih utk masuk dlm game show tuh. Maka, adalah lebih baik kalo kita sendiri yg buat game tuh. Bukan susah pun nk buat.

Pada entri sebelum nih, saya ade tulih pasai amali microteaching utk subjek Seni Dalam Pendidikan (SDP) dan dlm amali tuh saya telah mengadaptasi satu permainan dlm RM utk dijadikan aktiviti permainan kecil dlm kelas. Permainan tuh hanya melibatkan aktiviti melukis sahaja. 

Kalo nk buat dlm p&p, para guru boleh r buat cmnih :

·  Bahagikan murid2 kepada dua kumpulan besar. Tiga pun x pa..ikut suka cikgu dan masa yg ada.
·   Kemudian, minta setiap kumpulan pilih 5 – 6 orang utk masuk dlm game nih.
·    Pasukan pertama akan mulakan dulu dan pasukan kedua dok tgk je r dulu. X leh start serentak.
· Cikgu kena pastikan yg peserta tuh (5-6 orang) membentuk satu barisan lurus. (Mcm nak pergi berkawad.) Setiap orang amik jarak yg sesuai. Dan pastikan tiada yg saling menghadap antara satu sama lain.
· Cikgu akan bekalkan kepada setiap peserta sehelai kertas A4 dan magic pen atau marker pen(kalo cikgu tuh kaye).  Peserta pulak kena bawak sebuah buku teks yg tebal utk dijadikan lapik utk melukis. Kena ingat, aktiviti melukis nih kena buat dlm keadaan berdiri shj dan x dak guna meja.
·       Apabila semua dh sedia, cikgu akan pilih seorang murid dari pasukan lawan utk menjaga masa. Bg r henpon kat budak tuh kalo x dak jam digital. Masa yg diperuntukkan utk setiap peserta utk melukis adalah 15 saat. Nk bg 20 saat pun x pa. Cuma jgn terlampau lama mcm 30 saat sbb takut x sempat nk ajar benda lain. Maksudnya 15 saat x 5 peserta = 75 saat / 1 minit 15 saat.
·   Peserta pertama akan dipanggil oleh cikgu untuk toleh ke belakang. Cikgu akan tunjukkan perkataan yg ditulis atas kertas lain seperti nama haiwan, objek, buah-buahan dan sebagainya (yg mudah utk dilukis oleh murid) kpd peserta yg pertama sahaja.
· Peserta pertama akan lukis gambar perkataan yg ditunjukkan kepadanya dlm masa 15 saat shj. Setelah penjaga masa membunyikan loceng, maka peserta pertama tuh perlu berhenti melukis. Siap atau x siap, perlu berhenti gak. Kemudian, peserta pertama akan memanggil nama peserta kedua yg berada di hadapannya utk pusing ke belakang (menghadap dia r).
·  Peserta pertama akan tunjukkan gambar yg telah dan sempat dilukis kepada peserta kedua. Peserta kedua akan cuba meneka apa yg dilukis oleh peserta pertama dan akan melukis kembali apa yg telah dilukis di atas kertasnya dlm tempoh 15 saat. Perlu diingat, tiada komunikasi lisan atau pergerakan yg dibenarkan sewaktu aktiviti ini berlangsung. Peserta x boleh menulis jawapan atau nama gambar tersebut. Hanya gambar sahaja yg dibenarkan utk dilukis.
·  Aktiviti ini akan berlangsung sehingga kepada peserta keempat. Peserta yg terakhir iaitu peserta kelima tak perlu melukis. Sebaliknya, sebaik sahaja melihat gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat, dia diberikan masa selama 15 saat utk meneka gambar yg telah dilukis oleh peserta keempat tadi. Dia perlu menyebut nama gambar tersebut. Kalau betul apa yg dilukis oleh peserta pertama sehingga keempat, maka potensi utk peserta kelima utk meneka gambar tersebut dgn tepat adalah tinggi. Kadang kala, kalau gambar yg dilukis tuh dh betul,tapi peserta kelima tuh kadang2 pikir laen atau tak dapat tangkap apa yg dilukis, maka akan salah gak tekaannya tuh. Atau pun, peserta pertama dh lukis dgn baik, tapi sampai kat peserta kedua atau ketiga atau keempat, dh jadi lukisan laen. Menyebabkan tekaan peserta kelima jadik salah. Maknanya, kesemua peserta memainkan peranan dlm menentukan kejayaan pasukan mereka. Yg bestnya dlm game nih, kita dpt tgk kreativiti murid2 kita melukis gambar dlm masa yg singkat. Mcm2 rupa yg ada. Kompem gelak tak hengat dunia… keh3…
· Dan perlu diingat, sewaktu game nih berjalan, ahli pasukan yang bertanding yang x masuk melukis, x boleh memberikan sebarang klu atau jawapan kpd kawan mereka. Kalau bg tau jugak, pasukan mereka akan dikira kalah walau pun x abes lagi aktivti melukis tuh. Tapi, ahli pasukan lawan boleh buat bising bagi tujuan memprovokasi atau mengelirukan peserta lawan mereka. Contohnya, peserta perlu melukis gambar lembu, tapi pasukan lawan membuat bising dengan membuat bunyi mengembek bagi membuat pserta keliru sama ada utk melukis gambar kambing atau lembu sbb gambar lukisan tersebut sudah pasti hampir sama.
·    Apabila peserta pasukan pertama dh abes teka, peserta pasukan kedua pulak akan masuk bertanding. Perkataan yg perlu dilukis perlulah ditukar agar tak sama dgn pasukan pertama tadi. Langkah permainan juga sama seperti yg dilakukan oleh pasukan pertama. Pemenang akan ditentukan berdasarkan bilangan tekaan yg betul.
· Berdasarkan amali selama 30 minit yg telah saya lakukan, game nih boleh dibuat sebanyak dua pusingan. Utk pusingan kedua, guru boleh mintak setiap kumpulan hantar lima lagi wakil yang berlainan drpd wakil yang pertama tadi bagi memberi peluang kpd semua murid utk terlibat dlm aktiviti p&p.   
·      Kalo x paham gak mcm mane nak buat, silalah tgk citer RM episode 30 dan ke atas (x ingat episode yg mana). Yg pastinya,ada dua atau tiga episode dlm range episode 30 – 40 tuh yg ada main game nih…
·       Selamat mencuba! ^___^


TaufiqDesa berkata : saya suka buah strawberi, perisa strawberi dan yg sama waktu dgnnya… keh3..

I'm Back!


Dengan nama Allah…

Alhamdulillah… setelah lama jari2 ini tidak bersenam mengetuk papan kekunci, akhirnya, pada pagi ini saya memaksa juga ia bersenam. Sedar tak sedar, entri yang terakhir telah ditulis pada bulan 7 yg lepas. Hari nih dah 7/10/12…perghhhh. Hampir 3 bulan tak bertulis ape2. Hehehehehe.... =)

Cer kome bayangkan dlm tempoh 3 bulan nih, mcm2 benda yg dh berlaku dlm hidup saya. Daripada aktiviti di bulan Ramadhan, syawal, esaimen, perkhemahan, program anak angkat, debat dan macam2 lagi yg saya rase cepatnye semua nih berlalu…rase mcm malam td je baru p solat terawih….keh3…(yg tuh bohong!) 

Dan yg paling saya teruja dgn semester nih adalah aktiviti rogaining challenge 2012 a.k.a orienteering sejauh 24 km baq angggg!!! Fanatic punye pasai dengan runningman, saya gigihkan diri utk masuk event tuh. rase nk tercabut tempurung lutut! Banyak benda kalo nak diceritakan pasai event nih dan event2 lain…disebabkan saya agak malas nk taip, mungkin laen kali je kot saya story kan. ^__^


TaufiqDesa berkata : beralah tidak bererti kalah.

Sunday, July 15, 2012

kisah microteaching...

Bismillah,,,

Lama menyepi,,,bukan tanda x ada story utk distorykan,,tp x dak mood nak menekan-nekan keyboard nih…rasa mcm ada benda yg menolak jari nih dari keyboard,,,tp kalo bab tekan2 benda2 lagho, laju ja taip,,,keh3,,, (>___<)

Ape2 pun, minggu lepas adalah antara minggu yg membebankan kepala otak saye,,,sejak isu “hardisk” pd dua minggu lepas, insiden x boleh tidur malam berlaku lagi minggu lepas,,,microteaching atau amali pengajaran dan pembelajaran / p&p (sesi mengajar mcm kat sekolah cuma anak2 muridnya dah bertukar jd mak bapak murid) bg subjek seni dalam pendidikan…sepatutnya subjek tu ada pada hari selasa dan rabu,,,jadi, start hari ahad minggu lepas saya dh mengalami insomnia dan mimpi2 ngeri,,,hati nih x tenang memikirkan idea2 kreatif utk amali tersebut…sebabnya amali tuh perlu dilakukan oleh setiap orang secara INDIVIDU,,,bukan berpasangan apatah lg berkumpulan,,,maknanya, anda perlu memerah otak dan keringat utk mencari idea, buat bahan bantu mengajar dan yg penting rancangan pengajaran harian (RPH). Dan utk amali nih ada 3 perkara yg perlu diselitkan sewaktu mengajar.

1.   Unsur muzik
2.   Unsur pergerakan
3.   Unsur seni visual

Dalam masa 30 minit, anda perlu melakukan sesi pengajaran yg ada 3 benda nih,,,x ke sakit jiwa nk pikior,,,dan akhirnya, setelah penat memikirkan idea hampir selama dua minggu, akhirnya Allah kurniakan ilham kat saya sewaktu mandi malam…tiba2 teringat citer reality-show korea RUNNINGMAN..teringat game2 yg ada dlm program tuh…maka saya pun cuba r selitkan game tuh dlm p&p saya…rasa mcm dh ok..settle dah satu perkara..ada lg dua…unsur muzik saya gunakan lagu yg saya belajar time PLKN dulu,,,x sia2 cikgu saya kat sana ajar saya nyanyi mcm budak tadika,,,hehehehe,,,unsur pergerakan saya buat simple je,,,tepuk tangan waktu nyanyi dan pergerakan sewaktu aktiviti seni..

Dan giliran saya utk ber”amali” tiba pada hari rabu..sebabkan nama saya berada pd tempat keempat dlm senarai nama kelas, maka saya pun mendapat giliran yg keempat dlm amali nih,,,sebelum turn saya, ada seorang kawan saya yg perlu mengajar dulu,,,dua org kawan saya yg namanya dok kat atas list nama iaitu Syauqi dan Haikal, dah pun lepas dgn jayanya minggu lepas,,,kawan saya yg ketiga nih menggunakan tajuk p&p yg sama dgn saya iaitu HAIWAN,,,dgr tajuknya saja dh buat saya gabra,,,mana taknya, kalo aktivitinye sama, kompem lecturer akan bising dan kawan2 akan buhsan,,,tp Alhamdulillah, semua aktiviti yg kawan saya buat tuh x sama dgn aktiviti saya…lega sekejap waktu dia mengajar…abes giliran dia, maka tiba giliran saya,,,waktu nak setting barang2 tuh agak ketaq r tangan dan kaki nih,,muka pun dah bertukar pucat,,kalo toreh dgn pisau muka nih, keluar darah putih rasenyer,,,,kah3

Babak pertama dimulakan dgn nyanyian,,,sebab x dak contoh nyanyian lagu tuh dlm youtube, maka saya terpaksa membuat demo nyanyia kpd lecturer dan kawan2 dgn menggunakan suara asli sendiri,,,hadoiiii,,terserlah sudah suara anuar zain,,,kah3,,,,kat situ r yg paling saya nervous,,,menyanyi dpn kawan2 tanpa sebarang bunyi2 muzik,,,mujur suara nih “sedap”…

Abes babak nyanyi, baru r lega sikit…diteruskna dgn aktiviti teka bunyi, pantun teka teki, melukis versi runningman dan diakhiri dgn nyanyian lagu yg sama cuma diolah dgn cara yg sedikit berbeza. Alhamdulillah, sesi pengajaran saya mendapat respons yg sangat-sangat baik dari kawan2 sekelas dan lecturer…diorg sgt enjoy dan aktif waktu saya mengajar…lecturer saya pun mengucapkan tahniah kpd saya atas hasil kerja saya nih,,,sobs…sobs…rase nk teriak apabila hasil kerja kita dihargai sedemikian rupa…yg paling x boleh blah, lecturer saya kata mcm nih kata saya sejurus saya tamat mengajar :

“Saya tak sangka,  pelajar yg saya tengok mcm USTAZ rupa-rupanya sangat kreatif waktu mengajar…tanpa menggunakan LCD pun beliau tetap boleh mengajar dgn baik…”

Haaaaaa…muka saya mcm ustaz…blushing seketika .hehehehe…apa2 pun saya rasa lega dan bersyukur pd Allah sbb memudahkan segala urusan saya pd hari tersebut.  Hilang satu beban utk semester nih… =D

Sebenarnya, point utama yg saya nk sebutkan kat sini adalah, tak sia-sia saya tgk citer runningman tuh walaupun ia menyebabkan saya x keluar rumah waktu cuti sem lepas…sbb melalui cerita tuh saya mendapat idea yg sgt bagus utk amali saya nih…maksudnya, saya kena tgk runningman lagi sampai habes utk menjana idea yg lebih kreatif,,,,(hahahahaa,,,alasan saja)

Taufiqdesa berkata : semoga berjaya kpd kawan2 yg belum lg ber”amali”…all the best!

Friday, June 29, 2012

Bersyukur dgn Ujian dari Tuhan...

Bismillah…

Lama betul x melawat blog nih,,,sejak bukak sem baru,,,sejak jadi ketua kelas,,,pejam celik pejam celik, dah abis dah dua minggu berada di maktab…cepat betol masa berlalu. Dan seiring dgn masa yg beredar, mcm2 yg berlaku…ujian dari Allah datang dan pergi bersama-sama dgn rahmat yg diberi.

Okay. Dalam bnyk2 ujian yg Allah hadirkan ke atas diri yg kerdil dan hina ini, rupa2 nya Allah tak lupa nak berikan ganjaran kpd diri ini. Tgh dok susah hati dgn masalah yg dialami oleh laptop dan pengurusan kedai servis laptop yg mcm hampeh, ditambah dgn kerja2 yg perlu diselesaikan dgn laptop, Allah kurniakan kejayaan yg x pernah saya bayangkan dlm peperiksaan sem lepas…Alhamdulillah…dapat gak merawat keresahan hati nih. Kawan2 saya ada yg naik pointernye dan ada pulak yg kurang bernasib baik. Jadi, seharusnya saya wajib utk bersyukur atas kurniaan Tuhan nih.

Tapi, tak sampai seminggu saya berkongsi cerita gembira nih dgn family dan kawan2, Allah uji saya lagi dgn satu ujian yg hampir membuatkan saya menangis sorang2 tgh malam. Ujian yg saya kira antara yang terberat pernah Allah berikan atas diri saya. Melibatkan kepercayaan seorang kawan ke atas diri kita. Melibatkan amanah yg perlu dijaga dgn sebaik mungkin. Disebabkan ujian ini, saya tak boleh tidur malam walaupun badan nih rasa penat yg amat sgt…walaupun kelopak mata terasa berat. Tp apabila hati ini tidak tenang, gundah gelisah, saya x boleh tidur sampai jam 4 pagi. Sekadar tidur2 ayam utk malam itu.huk3...~__~"

Allah itu maha penyayang. Dia beri kita ujian. Namun dia juga yg berikan kita jalan penyelesaian. Dia hadirkan kawan2 yg setia utk membantu. Setia utk mendengar luahan hati saya. Walaupun x dapat menyelesaikannya, tp saya tetap bersyukur dan lega. Bila saya muhasabah diri balik, saya teringat kata2 nih:

“Allah tak kan uji hamba-hambanya tanpa sebarang sebab. Allah tak kan uji hambanya melebihi keupayaan diri hambanya itu sendiri.”

“Kita patut bersyukur apabila diuji Allah…sebab kita tahu, apabila Allah uji kita, itu tandanya Allah masih lagi mahu memerhatikan kita. Allah tak abaikan kita di dunia ini.”

“Kalau kita fikir kitalah manusia yg paling susah dan paling malang di atas dunia ini, sebenarnya masih ada jutaan lagi manusia di luar sana yg jauh lebih susah dari diri kita.”

Oleh sebab itu, saya yakin dan percaya bahawa semua yg berlaku, pasti ada hikmahnya. Bila teringat kisah ketua usrah saya dahulu yg ditinggalkan bas di RnR sewaktu dalam perjalanan dari perlis ke johor, ia menguatkan diri saya kembali. Kalau dia masih lagi boleh tenang, sabar dan bertawakal kpd Allah, mengapa tidak saya??? Dia ditinggalkan bas seorang diri di RnR dan barang2 miliknya masih lagi berada di atas bas tersebut. Dan dia masih lagi boleh bertenang, dan berkata lebih kurang mcm nih, 

“Insyaallah, kalau ada rezeki ana, x kan ke mana…”

Tersentap bila baca status dia di facebook.  Jadi, kisah senior saya nih sedikit sebanyak menjadi kekuatan utk diri saya sabar menghadapi ujian dari Allah. 

Sebenarnya, apabila manusia itu diuji oleh Allah dgn kesusahan, maka mereka akan lebih dekat dgn Tuhannya berbanding jika mereka diuji dgn kesenangan… =)

TaufiqDesa berkata : terima kasih ya Allah…terima kasih kawan2…

Saturday, June 2, 2012

kenduri kawen...


Bismillah…

Musim cuti sekolah cengginih mmg bnyk kenduri kawen. Dan individu yg paling seronok apabila menerima jemputan ke kenduri kawen ada dua golongan. 

Pertama, kanak-kanak sekolah rendah dan kanak-kanak riang tadika. Mereka seronok sbb trend pada hari ini tuan rumah akan menyediakan gula-gula dan jajan khas utk tetamu “kecil”. Namun, yg lagi sadis apabila mak bapak dan abang kakak si adik pun turut diberikan jajan...bukan TELUR…sadiskan??? Sapa nk makan jajan2 tuh melainkan adik2 mereka???? Dan itu bagi mereka yg ber”adik” kecil…bagi yg x ada adik kecil, maka jajan2 itu akan disimpan berzaman-zaman lamanya dlm peti sejuk bergantung kpd jenis jajan. Kalo takat gula2 yg x sedap dan x best, akan diletak dlm balang gula2..kalo yg nmpk mcm sedap akan diletak dlm peti ais utk tahan lama….kot-kot ada yg teringin nk makan seminggu kemudian…he3…namun selalunya, jajan2 nih akan diberikan kpd budak2 yg menjadi anak kpd jiran2 saya. Ibu saya r yg rajin menyedekahkan jajan tersebut…ha3….itu lebih mulia daripada membuang jajan tersebut ke dalam tong sampah. Paling tidak, keluarga saya tidak membazir dan menyelamatkan tuan rumah yg bg jajan tuh drpd dosa membazir. Bagus kan cara nih??? =)

Golongan kedua pulak ialah ibu-ibu yang menjadi suri rumah…tak kisah r part-time(yg bekerja) atau full-time..sbb nya apabila menerima jemputan kawen, mereka secara automatiknya akan mengisytiharkan hari cuti memasak serumah….ade yg cuti separuh hari (tgh hari) dan ada yg cuti full day bergantung kpd jumlah kenduri yg diterima. Pada pemerhatian saya, ibu2 yg menerima jemputan kawen nih seronoknya mcm dapat g honeymoon…walhal p makan je pun…tak tau ape yg mereka rasakan sebenarnya…~__~

Dan pada hari ini, keluarga saya telah menghadiri 3 jemputan kenduri. 2 daripadanya dihadiri oleh kami sekeluarga dan 1 lagi hanya ibu dan ayah saya saja sbb kami 3 beradik lagi dah kekenyangan yg teramat. Dan pada kenduri yg pertama gak, ada satu peristiwa yg berlaku yg menyebabkan saya nk riak sedikit….hehehehehe….

Almaklumlah, bila ibu2 membawa anak2 mereka ke kenduri kawen, pasti akan ditegur oleh kawan2 mereka. Soalan lazimnya,

“Nih anak ke???” – Gila punya soalan..dah nmpk muda dari maknya mmg r anak…x kan anak ikan kot…

“Mana yg sulung?”

“Ni yang kecik kan?”

“Wah…dah besar anak-anaknya…belajar kat mana sekarang?”

Itu sume adalah bentuk2 soalan yg akan diajukan di kenduri kawen…

Dan tadi, ibu saya diajukan soalan oleh kawannya,
“Yang ini yang last kan?” sambil jari menudingkan jari ke arah saya…adik saya dok sebelah abang saya yg dok sebelah kanan ibu saya dan saya dok sebelah ibu kiri saya. (pikay r sendiri cmne nk pahamkan…)

Hahahahahaa…nampak sangat saya nih awet muda…x macam adik saya…awet TUA!!! Kah3….ini bukan soalan pertama yg diajukan kpd saya…tapi ade r dekat 5-6 kali…(riak sikit2 ja…)=D


TaufiqDesa berkata : parents saya kata nk adakan kenduri kawen yg simple je utk anak2 nya…dengar citer mcm kenduri kesyukuran ja…=)